Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, September 14, 2011

Kecewa Najib tak layan dia.. Blogger UMNO nak cantas kaki Namawee?



Gambar diatas ialah gambar rakaman screen sebuah blogger tegar Umno, Blog RBF atau lebih dikenali sebagai Ruang Bicara Faisal ialah antara blogger tegar Umno yang telah menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri kerana tidak dapat bertemu dengan PM walaupun mempunyai idea dan aspirasi, sedangkan Nawemee yang dikatakan telah menghina negara, bangsa dan agama diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


Dengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan.

dalam blog tersebut jelas menyatakan;

Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?



Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM.

Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.

Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini.

Namun kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi "Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar.

Maka Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu program.

Akhirnya setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri.

Jika difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri mendapat ruang istimewa.

Walaupun memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai pengajaran berpada dalam tindakan.


by cheguBard

20 comments:

rakab said...

Asd,

Terpaksalah buat ugutan bunuh !
Bukan senang nak dapat perhatian PM.
Tapi aku rasa itu cuma acah ajer!

Tidak dapat dinafikan, bloggers pro BN atau pro pakatan memang banyak menyumbang kepada parti masing-masing.

Sepatutnya lah mereka diberikan perhatian.

PengikutPenganutPAS said...

sikit ari lagi PenganutPAS, rakab pun akan ikut jejak langkah RBF . . lebih trok kot. . sebab bukan takat isu PM tak layan depa tapi juga isu habuan elaun tak dapat hehehe

FMZam said...

Kalau tak silap aku bukan ke hari tu ada sorang pencacai kata "takkan Najib nak layan Mat Zain polis pencen tu". So apa nak hairan lak bila Najib tak ada masa nak layan seorang blogger carma macam mamat ni. Najib tu PM awak tu macai je, sedarlah diri sikit. Najib tu enggang awak tu pepet. Tak main la merajuk2 ni.

Anonymous said...

apa la susah RBF ni..cakap je ko kena liwat dgn DSAI..cepat2 najip jemput ko dtg rumah..he3

dd said...

woi zam,..ko memang sial,..anak betina sundal!....ko jual bontot mk ko pon lg baik lah!
blogger tu buat keje,..apa salah beri perhatian sikit.
ko pk ko bagus sngt nk panggil org lain macai.
ko mmg bangsat sebangsat-bangsatnyer!
babi..

Anonymous said...

bukan blogger je .. ketua bhg/cwg dan pencacai yg dah bertahun tahun ... tp katak katak lompat je dpt lebih dr mrk ..

apa nak heran kan ..

salah tu bukan enggng dgn pepet.. pepet boleh jgk terbang lg .. bsk kata adakala bibik pun mkn kat dapur.. tp pencacai ni kena makan tepi jamban .

Anonymous said...

skg sedar lah taraf ko org ..

jgn kan nak jumpa pm nak jumpa kj pun rasanya tak pernah kod.. nawemee siap bergambar lg..


adakah nasib blogger umno akan dibela oleh pemuda umno ..

Anonymous said...

Tidak dapat dinafikan, bloggers pro BN atau pro pakatan memang banyak menyumbang kepada parti masing-masing.

isu nya nawmee dpt keistimewaan atau lebih sdgkan bloggers umno dah bertahun tahun .. dpt kutukan dan makian free je ..

dlm pro pakatan tak de yg lebih ..

rakab said...

Dalam pro pakatan tak ada yang lebih,..samarata!...bunyi macam fahaman komunis jer !

Anonymous said...

rakab kau masuk jerat aku daaaa..


aku ulang dan kau fikir balik ...

tak ada yg lebih....

dan fahaman komunis pulak apa.. faham kan betul betul ya..

oleh sb kau dah komen aku punya komen aku nak tanya ada kah kau akan bela umno sbg pencacai sekiranya kau tak dpt bantuan dr umno.. umno tlg kau tak salah tp kau kena tolong org yg spt kau dulu jd kita tak perlu terhutang budi dgn umno begitu juga jika pas atau pkr . kita sama kita boleh buat . ini lah merdeka yg sebenarnya.. ini lah tujuan diberi peluang kpd halim saad tajuddin ramli dll supaya mrk pulak menolong org kita bukan lg umno... ni lah car kita bebas dr org politik dan menyokong sesiapa yg adil dan bijak memmimpin bukan kerana jasa mrk sb itu tggjwb mrk..

tp aku respect jgk kat kau .. sikit je .. sb dpt jugak jd peniaga brg runcit ..

Anonymous said...

rakab,
kalau kau pun nak jumpa najib mudah aje.
Kau ambil gambar kau tengah dakap bini kau tu, gunting gambar kau(lepas tu bakar) dan ganti dengan gambar anwar. lepas tu pos kat najib...guarantee dpt perhatian first class.

PenganutPAS said...

Bagus jugak ASD kuarkan artikel ni. Sebenarnya tak der perjumpaan pun antara PM dengan komunis namawee tu . Khabar angin jer lah .

Kita boleh nampak antara RBF dengan Chegubard sapa yang senang dicucuk hidung ?? sapa yang jenis sentiasa mengikut bontot pemimpin mereka ?? da siapa yang mudah diperkotak-katik oleh pemimpin mereka.

Pemimpinkan hak rakyat . alaa sekali sekala pemimpin ni kena gak makan ugut dengan rakyat .

Anonymous said...

bloggers umporno ni punnn rosmah dah bagi beraban raban cukup laaa...nak jumpa pulak dahhhh...korang duduk buat fitnah depan komputer senyap senyap dah lahhh...

Anonymous said...

penganutpas
pi lah saman china press, mana tau hang dapat RM30juta...hang pun boleh buat rumah macam jamil khir...kalau ada lebih bagi kat kedai todi rakab.
--------------------------------
A China Press report today said Namewee had received a call from the Prime Minister's Department last Saturday, confirming the meeting.

FMZam said...

pPAS,

Apa pulak khabar angin? kan ke yang tulis dia marah kat PM sebab nak jumpa Namawee tak nak jumpa dia tu adalah si mamat blogger UMNO gak? kamu sesama blogger satu kapal dengan dia pun tak percaya sama sendiri ke?

hasbullah said...

Mana Perkasiiiiiii????
Dulu Namew**** nak buat konsert, mereka berdemo, skang nih dah buat filem senyap pulak.......Mana Ahli Silat???????
Yang lain aku malas nak cerita la, buang negara la, kerakyatan lucut la, last-last mamat nih dapat untung, siap buat filem, dan terbaru mintak nak jumpa PM supaya bagi projek buat Filem 1 Malaysia....HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHAHHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAAHAHHAHAHAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAH

hasbullah said...

Aku sokong Najib jadi Ketua BN. Selagi Najib yang jd ketua, pembangkang ada modal untuk serang Najib, kalau boleh, selepas PRU-13 ini, kalau seandainya Najib masih menang dengan majoriti yang lebih kecil, aku berharap biarlah Najib yang masih jd PM..Sebab hanya Najib sahaja yang mudah diserang......Lagipun, Najib memang cool..Dan kalau seandainya ditakdirkan PRU-13 BN kalah, aku harap Najib jugalah yang terus menjadi ketua pembangkang...Sebab aku respek kat dia, mudah diserang dari pelbagai sudut...heheheehe dan dia tetap cool bersama isteri tercinta

rakab said...

saudara 7.38,

Kau sudah salah tafsir kenyataan aku tentang 'umno tolong aku'..

Bukannya bermaksud pemimpin umno mana-mana peringkat yang bagi duit atau beri lesen, permit atau pun apa-apa surat sokongan kepada aku.

tidak!..tak pernah pun !!

Maksud sebenar aku ialah pemimpin Umno/BN yang menjadi tonggak pemerintahan negara selama ini,..telah banyak membangun,memajukan dan mewujudkan berbagai peluang untuk rakyat termasuk aku mencari rezeki dan menjalani kehidupan yang damai !!.

Sebab itu aku katakan,'umno tolong aku'...kalau pkr yang berada di tempat Umno sekarang ini sebagai kerajaan yang memerintah negara semenjak merdeka, maka aku akan berkata 'pkr tolong aku' dengan membawa maksud yang sama!.

rakab said...

saudara 8.06,

Kalau macam itu punya teruk nak jumpa Najib,...aku fikir tak jumpa pun lagi baik laa...

kehkehkeh!

rakab said...

Saudara 7.38,...ada sikit lagi komen,

Bukan semua orang boleh pakai mahkota di atas kepala!

Kalau tak cekap, lemah ..negara jadi mundur serta rakyat menderita !!

Cuba renungkan...

Archive

Related Posts with Thumbnails