Monday, September 5, 2011

Jurukamera Terbunuh : Mamak Azeez mahu lari dari tanggungjawab?

Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia, Mamak Azeez.

Dia mula bersilat dah... baru semalam Najib kata sekarang bukan masa untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak, sila baca di SINI.. (mungkin pasal hanya satu pihak saja yang menganjurkan misi Mengejar Publisisti ini, iaitu Kelab Putera 1 Malaysia)


Sebagai Ketua Misi Mengejar Publisiti ini sepatutnya Mamak Azeez ini memikul tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku bukannya menuding jari kepada Polis dan juga Tentera Kerajaan Somalia..


Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia pagi ini di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV.

Datuk Azeez Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kematian Noramfaizul Mohd Nor Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.

Ketua Putera Umno itu, yang muncul pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi ini, mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.

Azeez berkata Noramfaizul dimasukkan sebagai anggota misi dua hari sebelum pasukan Malaysia berlepas ke Somalia.

“Dia memberitahu kami bahawa dia wajar (diterima) pergi kerana ada pengalaman membuat liputan misi kami di Gaza dan Pakistan.

“Saya memberitahu mereka di Bernama, saya selesa dengan dia dan mereka bersetuju untuk menghantarnya,” kata Azeez.

Semalam, Kementerian Luar berkata pihaknya telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke sana.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.

Azeez juga berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu juga ada menghantar sebuah pasukan tinjauan, yang terdiri daripada seorang bekas duta dan bekas kolonel tentera darat, ke Somalia sebagai sebahagian daripada langkah persiapan.

“Apabila mereka tiba di sana, kami diberitahu oleh polis dan tentera di sana.... mereka memberi jaminan kepada kami bahawa adalah selamat... semuanya berjalan dengan baik. Kami berhati-hati,” katanya lagi.

Azeez juga berkata pasukan Malaysia dilindungi oleh askar tempatan dan itu sebabnya askar Malaysia tidak mengiringi mereka.

Bagaimanapun kata beliau, kesemua mereka yang menyertai dalam misi itu melakukannya secara sukarela dan mereka telah dimaklumkan mengenai risiko bakal dilalui.

Azeez berkata kesemua peserta termasuk mereka dari media telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab dan telah diberitahu hak mereka bahawa boleh menarik diri daripada misi jika mahu sebelum pasukan meninggalkan tanah air.

Justeru katanya, meskipun para peserta telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab itu, kelabnya masih mengambil insurans khas bagi anggota misi.

Azeez berkata, beliau dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa RM200,000 akan dibayar kepada keluarga Noramfaizul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Semalam, beberapa saudara terdekat mahu penganjur memikul tanggungjawab atas nasib yang menimpa jurukamera itu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails