Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, September 5, 2011

Jurukamera Terbunuh : Bukan masa menyalahkan mana-mana pihak kata Najib?

Najib pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

Yalah.. bukan masa untuk menuding jari.. tak perlu nak tuding jaripun semua orang tahu jurukamera ini terbunuh kerana agenda untuk mengejar populariti oleh Kelab Putera 1Malaysia dikepalai oleh Mamak Azeez dan dinaungi oleh Najib sendiri.


Tak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak kerana wartawan yang terbunuh itu telah dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia tanpa dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

Tak perlu juga menuding jari kepada mana-mana pihak kerana wartawan yang terbunuh itu telah dibawa oleh Kelab Putera 1Malaysia gagal memberikan perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Kan betul kata Najib tu.. bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, kerana hanya satu pihak saja yang sepatutnya bertanggungjawab..

Lagi satu.. korang tahu tak mengapa misi bantuan ini riuh rendah di siarkan dalam TV3 tapi misi bantuan oleh Putera 1Malaysia ke Fukushima dulu sunyi sepi?

Sebabnya.. ada sumber mengatakan misi bantuan Putera 1Malaysia kepada mangsa Loji Fukushima dulu, kantoi setengah jalan, pasal Putera 1Malaysia dikatakan tak mampu untuk membiayai kos pengangkutan bantuan tersebut dari Airport ke Fukushima.

Kos transport dikatakan mencecah RM1Juta.. malu weh!!! pasal di Jepun tak ada siapa yang kenal apa itu Putera 1Malaysia jadi diaorang tak peduli lu siapa.

Apa dah jadi dengan barang bantuan tu entahlah...




Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.

Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.


Malaysiakini

6 comments:

KL BOYZ said...

kalau ajal bapak kau sampai boleh kau halang ke...syaitan...?? Sapa kau..??

BOMBO said...

Kalau nak tunjuk populariti,tak salah...tapi sebelum nak turun gelanggang peluru tu dlm dada dan perut tu kena diisi dgn pengalaman asas setidak2nya kita faham apa itu survival dan makan angin free,kalau ajal tu memang Allah saja yg tentu,namun sikap kelemahan diri kita perlu diperbaiki demi mencapai matlamat kerana Allah,jgn syok sendiri....org hendak kebulan kita pun ingin terhigih2 tapi kosong...kelab putra 1mamak 1malasia tu matlamat baik,waa sokong namun perlu persiapkan diri dari segala aspek demi nama negara.

Anonymous said...

memang ajal..... syaitan KL boyz.... xpi kite perlu berusaha bile dah berusaha tawakkal.... berserah pada tuhan tu baru ajal...... ni hang tau ada periuk api kt depan yang hang pijak gak wat per..... ooo dah ajal nak wat camner.....

PenganutPAS said...

misi ke somalia adalah misi ke 15 kelab putra 1malaysia . peserta telah berpengalaman mengikuti misi di pakistan , afganistan , new zealang dan diberi kursus dan talimat khas mengenai somalia oleh kolenel perisikan ATM .kejadian tersebut berlaku 200meter dari gudang yang juga menempatkan pasukan perubatan dan bantuan dari australia. kejadian ini adalah kejadian yang terasing yang berlaku pada hari terakhir misi . harap orang yang suka dok komplain tu akan menawarkan diri untuk menyertai misi bantuan dimasa akan datang tak kira didalam negara ataupun di luar negara . semoga dengan kecerdikan yang ALLAH berikan kepada mereka yang sibuk dok mengata ini akan memamtapkan misi misi kemanusiaan tak kira lah dari NGO ker kepalb Putra ker AMK PKR ker unit amal PAS ker .....

Anonymous said...

dok bantu luar negara dalam malaysia pun tak terbantu. dana tu kalau bantu org susah kat malaysia lagi baik. kuman seberang laut nampak gajah depan mata wat derk jer

PenganutPAS said...

kuman seberang laut nampak gajah depan mata wat derk jer ----> contoh manusia yang sentiasa tidak senang dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain . sepatutnya kalau kita ni sedikit lebih baik dari orang lain , kita akan memberi bantuan yang lebih sedikit dari orang itu . bukan nya mengkritik dan mengata , yang hanya akan mengundang satu persoalan dikalangan orang ramai . Mereka dah selalu beri bantuan kat dalam negara , YANG KAU TU APA BANTUAN YANG KAU DAH BERI KEPADA SAHABAT SE AGAMA ???

Archive

Related Posts with Thumbnails