Friday, September 30, 2011

Jawapan Sultan Johor mengecewakan Utusan dan TV3?



Setelah Guan Eng menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain khususnya Johor semasa diwawancara di Australia, TV3 telah menyiarkan satu rakaman audio yang dikatakan beliau menghina Johor.


Antara yang disiarkan ialah.."Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan akan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan hadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.

Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.

Mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata "Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Perbualan Tertutup dan bukannya kenyataan rasmi yang salinan ucapannya telah diedarkan.

Bagaimanapun penafian oleh Guan Eng itu tetap menimbulkan rasa kurang senang Media-media yang ditunggangi UMNO antaranya Utusan dan TV3.

Mereka cuba pula melagakan antara Guan Eng dan Sultan Johor pula ianya semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada Guan Eng..

Ini jelas apabila TV3 memanaskan lagi isu tersebut semalam(Video sila lihat di SINI)

Bagaimanapun..Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jelas bijak dalam menangani isu ini beliau tidak termakan hasutan dari media tunggangan UMNO itu..

Biarpun baginda mengaku tersinggung namun beliau juga memberikan jawapan yang sudah pasti mengecewakan pihak TV3 sendiri..

Titah Baginda yang dipetik dari The New Straits Times Press "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkaitan keadaan di Johor,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa negeri ini tidak selamat kepada warga Singapura.

Sultan Ibrahim bertitah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di bawah kepemimpinan Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan demi kesejahteraan seluruh rakyat juga pelancong di negeri ini.

Titah baginda, sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak wajar diheret sama ke dalam kancah politik.

“Yang penting dan dekat di hati saya adalah rakyat dan sesiapa jua yang tinggal di Johor Darul Takzim termasuk pelancong atau warga dari negara jiran PDRM Kontinjen Johor di bawah Mokhtar sudah diberi tanggungjawab dan beliau menunaikan amanah itu.

“Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali, tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri,” titah baginda yang merujuk kepada desakan supaya baginda mengharamkan Guan Eng menjejakkan kaki ke Johor.

Sultan Ibrahim meluahkan rasa hati baginda terhadap isu itu ketika berkenan menerima menghadap wakil The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pejabat baginda di sini, pagi semalam - sepenuhnya sila baca di SINI


TV3 sudah pasti mengharapkan agar Baginda bertitah “Beta MURKA dengan kenyatan Guan Eng itu!!”

Jika itu yang diitah Baginda maka semakin bersemangatlah TV3 mengapi-api kan isu ini dan beribu NGO lagi akan muncul mengutuk Guan Eng..

Tapi kenapa Johor tak boleh di kritik? sedangkan sudah berpuluh tahun negeri Kelantan diperburukkan oleh mereka?? korang bacalah kat (SINI)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails