Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 13, 2011

Isu dijajah : Rakyat bukan bodoh.. err.. kecuali pencacai UMNO.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah membawa kepada implikasi besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.

Ketua Penerangan Dr Muhammad Nur Manuty berkata kenyataan beberapa profesor juga menimbulkan persoalan baru sama ada negara benar-benar merdeka dan untuk “apakah kita meraikan kemerdekaan?”


“Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, PKR merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama MPN yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu, kata beliau.

“Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada. Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.

“Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya,” kata beliau.

Justeru, Muhammad Nur bertanya, “bukankah ini namanya penjajahan?”

“Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?” kata beliau.

Muhamad Nur juga menegaskan, PKR melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka.

“Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya,” kata beliau lagi.

16 comments:

Anak kg pertama said...

Ha..ha..PR cuba nak alih tajuk...pasal kes terlepas cakap Mat Sabun kata komunis hero...la ni ramai org yg marah sangat kt Mat Sabun...kata mereka bila bersama komunis (DAP) maka lama-kelamaan terikut-ikut juga..dan kini kena tarik hidung masuk lubang biawak..

Allah Maha Kaya..belum lagi PRU13..PR dah korek lubang dan terjun..

bunbinban said...

hahaha... kelam kabut umno ye. jap mat indera pahlawan jap komunis. jap di jajah jap tak pernah di jajah. lu sambut merdeka tak anak kampung pertama?. kalau lu sambut, lu merdeka dr sape?. Yg bunuh Al Syahid Ibrahim Libya dan rakan2 dia sape?. komunis?. Yg hambat pahlawan2 terbilang melayu dulu sape?. komunis?. hahaha...kalau lu nak tau, british ke jepun ke, belanda ke, siam ke, komunis ke umno ke....seme jahat bro...membunuh je keje dorang. lu melayu ke mamak?

Anak kg pertama said...

bunbinban..

Merdeka le kawan!! dari pemikiran kolot otak2 engkau org le...he..he

Anonymous said...

woi anak kampong

tau pulak lu sambut merdeka
gua ingat otak lu sama ngan prof. kangkong yang belajar tak abis tu..

orang putih tak jajah,lindung je
apa punya tongong prof.kangkong ni
abis arwah tunku yang angkat tangan tiga kali tu apa hal..

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

woi anak kampong
lu jangan marah kat bro mat sabu
kalau bro mat sabu tak cerita pasal mat indera ni
sampai mampos lu kena kencing..
lu bukan setakat kena kencing
lu kena berak sekali ngan prof.kangkong yang belajar tak abis
ni...

cuba lu buka mata,telinga luas2
ada ke bro mat sabu ni cakap dia sokong komunis..
tu la lu asyik baca suratkabar utusansex mana nak jumpa..
yang lu jumpa cerita prof.kangkong

jadi otak lu pun dah serupa....

KANGKONG DALAM LONGKANG

Anonymous said...

Bunbinban dan tuan punya blog lagi kangkong:

Korang sedar ke dak apa yg Ibrahim Libya perjuangkan? Negara Islam ke Negara Berkebajikan @ Negara Kominis?

Kalau korang tak setuju dgn pandangan Majlis Prof pun tak apa. Tak de hal. Tapi yg Mat Sabu sampai iktiraf Mat Indera yg bunuh kaum bangsa sendiri sbgi hero apsal? Adakah korang dan mazhab PAS mmg berfahaman yg satu bangsa, satu umat, satu syahadah itu sbgi musuh yg wajib dikafirkan, dibunuh?

Tapi dgn orang yg terang-terang menganut 'hadis' "langkah mayat aku dulu kalau nak negara islam" bukan main eratttt lagi berpelukan dan bercium mesra? Ini ke Islam?

Renungkanlah.

-Psst, dah dengar phonesex mat sabu belum? Bila nak saman?
- Psst, kalau berani jggn delete aa komen aku.

FMZam said...

AKP,

PR tak alih tajuk, tajuknya ialah " Rakyat bukan bodoh err kecuali pencacai UMNO". Kau yang cuba alih tajuk, kitorang tetap fokus yang rakyat bukan bodoh kecuali pencacai UMNO.

FMZam said...

Anon kangkong,

Tajuknya ialah Rakyat bukan bodoh kecuali pencacai UMNO. Prof kangkong kata Mat Indera bukan rakyat tempatan, orang luar, walaupun dia lahir disini. Jadi apa halnya pulak kau kata Mat Indera bunuh kaum bangsa sendiri? Kau boleh pilih2 pulak mana yang prof kangkong tu kata mana yang kau nak pilih, gitu ke?

Jangan cakaplah pasal berbunuh sesama Islam, tu yang bunuh Ibrahim Libya tu apakah bukan UMNO yang befahaman satu bangsa, satu agama, satu negara? Macamlah kau tau apa yang Ibrahim Libya perjuangkan, cuba cakap kitorang nak dengar hujah kau yang cemerlang, gemilang dan terbilang tu tentang menghalalkan cara UMNO?

Anonymous said...

Tuanku Abdul Rahman , melaungkan Merdeka, merdeka........syok syok je.
Just for fun, so that rakyat Malaya boleh cuti dan malam nya boleh.......,,,,,
Apa apa pun nak tanya , dah merdeka ke belum Malaya ni?

SAMRisik said...

AKP,

Kau kata bila PKR bersama ngan komuis (DAP), lama2 terikut gak. Aku setuju. Yang malaun Najib, Muhyiddin ngan UMporNoAPco bersama komunis tu, apa e jadah nyer? Nanti terikut2 gak sikap kuku besi.

Anon (Sept 14, 2011 1:24 AM),

Kau dok tuduh arwah Ibrahim Lbya sbg komunis. Kau ada ukti ke? Kau kena ingat, kau dah buat fitnah pada org yang dah mati. Kau tanggungla dosa memfitnah tu. Tapi nama agama kau jer islam. Hakikatnya, perbuatan kau kafir yg sesat.

Anonymous said...

aku nk tya ni,negara kita ni merdeka xlg ni,apa kah status negara kita ni.klu xmerdeka lagi mungkin ada org yg nk perjuangkan kemerdekaan,hahahaha.

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anon 1:24 AM tu..

Kalau berani letak nama la..

Cabar orang tapi diri sendiri penakut!

Anonymous said...

cuba kita faham mmg isu nya dr mat sabu tp kita pergi jauh ke negara di jajah ..

ini bermula bila mat sabu kata mat indera menentang kuasa inggeris dan mengikut fahaman dia (mat indera)inggeris tlh menjajah malaya. dan org org yg berkerja dgn inggeris ada lah tali barut.. jd keluar lah kenyataan mengatakan Inggeris tidak menjajah malaya..

sb nak selamat dr tuduhan jd barua Inggeris maka jadi lah sejarah cacar merba nie ..

Anonymous said...

Tuanku melaungkan merdeka pada masa itu krn bg semau org pd ketika itu kita tlh bebas dr pemerintahan Ing.

Naik bendera Malaysia..
Turun bendera Union Jacks..

Tapi yg buat kalut skg ni umno dan prof nangkong ..

abb dituduh sbg barua Ing .. mrk kena nafikan dgn mengatakan kita tdak di jajah ..

Anonymous said...

Rupanya FMZam lagi kangkong.

Engko ingat Ibrahim Libya kalau masih hidup redho ker dgn perjuangan PAS sekarang?

Ni aku nak tanya.

Korang selalu cakap Umno kafir, sesat. Korang tak ingat ke mafhum hadis "Barangsiapa yang menuduh saudaranya kafir/sesat, jika tidak yg demikian, maka kembalilah tuduhan itu kpd yang menuduhhhhhhh"

Korang tak rasa ke semua tu sdg berlaku kpd tuan-tuan, seketul demi seketul, sebijik demi sebijik esp pimpinan PAS. Depan mata dik ooii..

Mana pergi Amanat Hj Hadi? Mana pergi ceramah hukum hudud? Mana cerita nak buat Negara Islam? Mana tuan-tuan....

Mana sensitifnya tuan-tuan skrg dgn isu murtad dan pemurtadan, ambiga dan IFC, isu JAIS dan DUMC?

Dari aku kecik sampai besar, Pas tuduh Umno kafir sbb bersekongkol dgn MIC/MCA dll. Nah! alih-alih skrg PAS bersekongkol dgn PKR. PKR ok lagi tuan-tuan. Ni DAP dan Ambiga yg terang-terang cakap "Langkah mayat aku dulu kalau nak tubuh Negara Islam". Kalau bersekongkol takpe tuan-tuan, ini PAS dah jadi balaci dan anjing suruhan jer tuan-tuan...

Yang dulu duk gelar org lain 'al-Juburi', ghupanya eewah ... al-jilati la dia.

Inilah politik Machivelli.

Korang tak sedar ke?

Ok laaa .... JGN MARAH. Cuba tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus perlahan-lahan sambil istighfar. Lepas tu ambil wudhu', solat taubat dan doa dgn ikhlas dan sepenuh hati minta petunjuk "Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk yang jelas dan petunjuk yang aku boleh memahami akan petunjuk-Mu itu, adakah perjuanganku dalam parti PAS sekarang ini sebagai perjuangan yang Engkau redhoi, sebagai ibadah dan perjuangan yang bernilai di sisi-MU di dunia dan akhirat. Amin, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Petunjuk".

Ok tuan-tuan na. FMZam ...

Anonymous said...

buat apa lah tny pd almarhum Ibrahim... ada tak anak bini dia masuk umno ? tak pun adik beradik dia ? atau pun mrk yg terlibat dlm serangan mati tsbt dah insaf masuk umno ?

ni aku pulak nak tanya

kalau dah kata pas tu sesat dan kafir kan umno, siap dng amanat tuan hj hadi, apa ke bodoh dan bangang nya umno nak minang pas utk kjaan perpaduan.

Isu murtad jgk .. yg dedah terang terang mufti perak tu pun tak resmi tak de aduan cuma lapuran dlm akhbar .. buat lah betul betul .. JAIS DUMC kan dlm siasatan dan JAIS kena bg lapuran .. ya apa cite nya skg psl JAIS ni? Apa yg dia org nak buat dgn org islam dlm gereja tu?? sensitif je tak cukup ..

DAP dan Ambiga tu tak faham sangat psl Islam sb pemimpin yg berkuasa tak tonjolkan Islam.. apa nak heran.. Rumah menteri yg jaga hal ehwal islam pun boleh di persoalkan .. dia ikut kalifah yg mana rumah besar besar ni ...

kau je ingat org marah tp aku tak marah sb aku kesiiaaan kat kau ..



jwb lah komen aku ni sb komen kau 3:13 akan menjadi petunjuk kpd aku. Amin.

Penggali Kubuq said...

memang la profesor2 kangkung dan kongkang tu tak rasa malaysia pernah dijajah. sebab mereka berfikiran sama dengan pemimpin2 UMNO. yang dijajah adalah rakyat malaysia tetapi bukan UMNO kerana dalam UMNO itu sendiri pemimpinnya adalah pegawai2 British.. tu sebab British tak haramkan UMNO, dah anak syarikat dia sendiri..

Archive

Related Posts with Thumbnails