Video sidang media diakhir entry..
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.
“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.
“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.
Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.
“PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini,” kata pemimpin itu.
Dalam kenyataan itu mereka menambah, mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa “kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat.”
“Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini,” kata mereka.
“Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi bagi mencapai kemaslahatan umum untuk semua rakyat,” kata ketiga-tiga pemimpin kanan ini.
Minggu lalu, Anwar menyokong pelaksanaan hudud yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Kelantan ketika PAS dan DAP bertembung dalam isu ini.
Hampir 30 pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan lebih tiga jam malam tadi untuk menyelesaikan perbezaan pendirian parti-parti dalam perikatan itu.
Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
Khamis lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.
Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.
Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membenarkan ahli-ahlinya memberi pandangan masing-masing tetapi tidak akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja mereka tanpa konsensus daripada semua pihak.
“Mengapa harus PAS dinafikan hak untuk memberikan pandangan mereka? Kita tidak boleh menafikan hak mana-mana parti untuk membawa sebarang pandangan.
“Pakatan Rakyat menghormati inisiatif dan aspirasi PAS, tetapi kita mesti mencapai satu konsensus,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
Katanya, enakmen berkaitan dengan hudud telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS pada 1993 dan 2003 sebelum Pakatan Rakyat dibentuk.- The Malaysian Insider
Thursday, September 29, 2011
Hudud : Pakatan tak pecah, UMNO kena cari isu lain.. (Video Inside)
Posted by
Anak Sungai Derhaka
at
Thursday, September 29, 2011
Labels:
Hudud,
Pakatan Rakyat,
Videoclip
Archive
-
▼
2011
(2602)
-
▼
September
(175)
- Video Kenyataan Mohon Maaf dari Guan Eng kepada Su...
- Jawapan Sultan Johor mengecewakan Utusan dan TV3?
- Hudud: Sekarang UMNO gigit jari kaki..
- PANAS!! Warga Israel telah dibenarkan memasuki UPM...
- Felda disaman lagi..
- Rais Yatim kata Video Clip 'Undilah' tak disenangi...
- Klip video: Adun Kota Anggerik lapor polis
- Tarikh-tarikh PRU13 dari Nujum-nujum Politik.
- Hudud : TG Nik Aziz tak kecewa.. Pencacai UMNO yan...
- Hudud : Pakatan tak pecah, UMNO kena cari isu lain...
- Selamatkan Melayu Bagan dari UMNO Bagan!!
- Terima kasih banyak, Utusan - Anwar
- Kuota Bumiputera dihapuskan kerana Najib ikut kata...
- Tuduhan Liwat : Jelaskan pertemuan dengan Saiful k...
- PANAS!! Orang-orang Anwar mula menguasai Badan Str...
- FUCK UTUSAN!! - Namawee (Video Inside)
- Najib akan hapuskan kuota Bumiputera..
- Letupan di pusat beli-belah di Subang Jaya, empat ...
- Bukan sahaja Akhbar Cina, The Star juga mula membe...
- Rosmah Kawan Baik Jho Low?.. patutlah dia kaya ray...
- Video Scandal ini bukan dalam Pejabat ADUN Kota An...
- Tuduhan Liwat : Najib dan Rosmah akan nafikan pern...
- PANAS!! Sindrom menipu Utusan telah menjangkiti Ak...
- Tentera pengaman AU akui bunuh jurugambar Bernama
- 82 Penduduk Sg Besar terima surat hak milik tanah
- Gambar : Najib Naik Basikal... Koh Tsu Koon pula d...
- Najib Guna Duit Judi... UMNO Penang tak mau kutip...
- Kartun Terbaru Utusan Malaysia Hina Hukum Hudud
- Transkrip temubual Guan Eng dan Radio Australia.. ...
- Sokongan rakyat P. Pinang kepada BN meningkat?
- DAP ugut PAS?
- Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'
- Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’ kerana propaganda...
- Najib berbasikal pula...
- Gambar Bas dinaiki Najib di Perak..
- Hudud: Keris UMNO tikam tuan.
- Najib naik bas dalam lawatan ke Perak.
- Filem Bukit Kepung patut diharamkan - Abdullah CD
- Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis
- Muhyiddin patut malu dengan kenyataan Bishop ini.....
- Luahan isteri Ahmad Sarbaini.
- Dokumentari 'Edisi Siasat' papar kemiskinan di Sab...
- Najib salahguna kuasa lantik Isa Samad sebagai Pen...
- Hudud : UMNO diugut MCA dan Gerakan.
- Video ini telah diharamkan SKMM
- Rakaman aksi lucah didakwa Pegawai Kastam pula dis...
- IGP: BN boleh kalah PRU 13...
- Patutlah Najib nak rampas Selangor dengan apa cara...
- Video : Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysi...
- Mak Aih!! Pulau pun depa nak jual?
- Syabas Mat Sabu.. BN jadikan anda Hero..
- Parking Bukit Bendera : Tan Tee Beng.. lu mahu SPR...
- Tuduhan Liwat : DNA sperma kes Anwar paling ajaib ...
- PANAS!! TV Indonesia sahkan Rakyatnya diberikan My...
- Tuduhan Liwat : Kronologi hari ini..
- Melaka nak jadi Las Vegas pula..
- Koh Tsu Koon yang tak boleh dipercaya - Sanusi Jun...
- Muhyiddin Yassin itu ANAK PARIA.. Sang Kelembai k...
- PANAS!! Video Seks Anwar Ibrahim durasi 16min dah ...
- Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim kata Najib t...
- "Miss Bikini ": MB, Mufti Perak digesa perjelas bu...
- Lagi bukti janji Najib tak boleh dipercayai.
- Tuduhan Liwat : DNA bukan dari sperma jika tidak ‘...
- Semalam Najib kata Kerajaan tidak tahu nak menipu ...
- 'Miss Bikini' di Pangkor.. Jawapan dari 'Blogger B...
- PANAS!! Chegu Bard kata dia tahu milik siapa DNA k...
- Siapakah Ustazah Kama ini wahai Jamil Khir?
- Wikileaks dedahkan SPR pernah keluarkan 60,000 IC ...
- Gambar dan Video : Pagar Rumah Mat Sabu mangsa keg...
- S Class KCX 8, Jawapan buat Pencacai UMNO.
- Tuduhan Liwat : Pendakwaraya buat kerja gila..
- 'Miss Bikini' di Pulau Pangkor?
- Pagar Rumah Mat Sabu pulak menjadi mangsa keganasa...
- Harga minyak dunia turun
- LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah?...
- Poster Gambar Bogel Anwar diedar di Sungai Petani
- Tuduhan Liwat :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar...
- UMNO tiada kaitan dengan poster ini.. - Ahmad Bash...
- Tuduhan Liwat : Penemuan ahli kimia Malaysia diper...
- BN Selangor bermimpi di siang hari.
- RM80,000 tu.. bukan untuk Parpukari seorang...
- PANAS!! Kapal Selam ketiga Malaysia sudah Mari
- Mansuh ISA: BN jangan ‘syok sendiri’ ambil kredit
- 7,000 sertai BN? Najib diperbodohkan lagi dalam pr...
- Several key Sarawak PKR men resign.
- 24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh...
- Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
- Najib akui, Program BN Program Syok Sendiri
- 202 kawasan Parlimen sudah ada kompeni askar Watan...
- EKSKLUSIF! - Rakaman CCTV Berwarna Dato Seri Anwar...
- Mansuhkan ISA idea Najib bukan dicuri dari Buku Ji...
- Kata Najib, ISA dimansuhkan tetapi kenapa tahanan ...
- Tak dapat tanduk.. telinga nak dipulas..
- PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepaskan pelua...
- Jangan seronok sangat.... - Aziz Bari
- Najib Mansuh ISA : Ibrahim Ali tak puas hati..
- PM umum pemansuhan ISA
- Malaysian Boy The Video
- Najib mansuhkan ISA.. Kumpulan bodoh ni apa macam ...
- 900 lebih Laporan Polis terhadap Mat Sabu telah di...
- Siapa pulak tuduh Jamil Khir ubah suai rumah guna ...
- Kes Aminulrasyid: Kpl Jenain didapati bersalah
- Kalau saya Menteri Dalam Negeri .... - Ibrahim Ali...
- Patutlah tiba-tiba Kabinet dilaporkan setuju guna ...
- MAS taja RM18 Juta untuk Jersi Kelab QPR milik Ton...
- Kecewa Najib tak layan dia.. Blogger UMNO nak cant...
- Mat Sabu saman Muhyiddin dan akan datang Musa Hass...
- Tan Tee Beng.. lu diamlah!
- Bagaimana Jamil Khir mampu miliki Rumah Mewah ini?...
- Mat Sabu fail saman hari ini
- Anda mahu dikenakan GST? Undilah Barisan Nasional....
- Demi Kuasa.. UMNO Penang melutut dan merayu kepada...
- Isu dijajah : Rakyat bukan bodoh.. err.. kecuali p...
- IKHLAS kah?
- UMNO Pulau Pinang fail saman RM30 Juta terhadap Li...
- Ummi Hafilda melopong lagi..
- Muhyiddin Makan Malam bersama Setiausaha Agung Par...
- Mohamad Sabu itu sejak lahirnya adalah seorang Kom...
- Pakcik ini geram dan marah bila Najib kata Komunis...
- Merepek rupanya Mahathir semalam...
- Najib dikritik Mahathir lagi..
- Tak boleh edar Risalah.. diedar pula Majalah..
- Surat dari Datuk Mat Zain kepada Ketua Polis Negar...
- Alahai.. Naya saja Anwar kena penjara..
- Mahathir merepek, kata Aziz Bari
- Malaysia tak dijajah.. Tun salahkan Raja-raja Mela...
- PANAS!! Terengganu Cadang Cemar kesucian Islam
- Undi India: Ada pemimpin Pakatan akan Tumbang...
- 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Malaysia... kebanyakk...
- 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia.....
- 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia.
- Rumah Terbuka Malaysia atau Pilihanraya ni? (Gamba...
- Najib nafi naikkan cukai prepaid? ini Buktinya Naj...
- Al-Fatihah! Keadilan Permatang Pauh kehilangan seo...
- Gagal kawal tindak tanduk Rosmah, Najib bakal diBE...
- Raya sudah berlalu.. Serangan keatas Najib kini be...
- Anwar Bayar WikiLeaks siar berita memfitnah Najib?...
- Cukai Kereta Recond Naik 12 hingga 30%..
- Rumah Terbuka Malaysia : Siapa nak sabotaj Siapa n...
- BONGKAR!! 10,000 Risalah memfitnah Kerajaan PR Pul...
- BUKTI! Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS...
- Marahkan Mat Sabu, 50 Ahli PAS keluar Parti..
- Prepaid dikenakan Cukai 6%... Raikanlah..
- Kita di Jajah, Gani Othman menyanggah pendapat Dua...
- Antara profesor 'Kangkung' dan 'Kongkang'
- Mereka kata Kita tak pernah dijajah.. jadi apa Kej...
- Mamak Azeez kata Waris Noramfaizul akan mendapat R...
- Debat : Khairy telah terbukti sebagai Pengecut dan...
- Lapan Fakta Tentang Muhammad Indera yang disorok B...
- 1989 UMNO iktiraf Parti Komunis Malaya..
- APA?? Najib bakal berbesankan Komunis?
- Nurul Nuha di Nibong Tebal.. Ihsan tak nak calonka...
- Tiada Tanda pada Kenderaan?.. Mamak Azeez BOHONG l...
- 554 laporan Polis terhadap Mat Sabu.
- Prof Emeritus Khoo tak faham beza Teknikal dan Hak...
- Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim diperti...
- Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UM...
- Mat Indera orang Seberang? Dr Khoo putar belit Sej...
- PANAS!! Berita dari Sabah yang tak disiarkan oleh ...
- Balu Polis Bukit Kepong dakwa tak terima Pencen
- KP Utusan kata Jurukamera Terbunuh kerana UMNO Gil...
- Adakah Benar ini Puncanya Jurukamera BernamaTV ter...
- Jurukamera Terbunuh : Mamak Azeez mahu lari dari t...
- Jurukamera Terbunuh : Bukan masa menyalahkan mana-...
- MP BN dapat dana khas hingga RM2.5 juta dari Keraj...
- Mat Indera, ketokohannya diiktiraf Kerajaan UMNO J...
- Najib Bercuti Ke Australia untuk Fisio Therapy lut...
- Video : Mat Sabu menjawab Fitnah Media UMNO (Parts...
- Rosmah muka tak malu.
- Najib memang tak popular - Merdeka Center
- Benarkah Umno menentang ideologi komunis ?
- PANAS!! WikiLeaks Dedah rancangan 16 September ham...
- UMNO, British dan PKM.. Sejarah yang tidak dicatat...
- Mat Sabu perlu bertaubat - Mat Sembab
- UMNO/BN Palsukan sejarah
-
▼
September
(175)

