Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, September 7, 2011

Debat : Khairy telah terbukti sebagai Pengecut dan Bacul

Jika Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (Menantu Pak Lah)menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Beliau pula sebenarnya adalah seorang yang telah terbukti sebagai Bacul dan juga Pengecut kerana beliau sendiri telah menolak untuk berdebat dengan DAP sekitar tahun 2005 mengenai isu yang hampir serupa iaitu sejarah kemerdekaan negara..


Dalam isu debat ini Khairy terbukti sebagai Bacul dan Pengecut kerana telah menolak cabaran DAP itu manakala Mat Sabu pula cuma menolak untuk berdebat dengan Khairy tetapi mahu berdebat dengan Muhyiddin yang telah menggesanya bertaubat kerana menganggap Mat Indera sebagai Pejuang Sebenar..


Lau: Khairy gali kubur sendiri

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘menggali kubur sendiri’ mengenai kontroversi sejarah Bukit Kepong.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja DAP Selangor berkata “ini kerana Khairy sendiri pernah menolak cabaran berdebat dengan DAP dalam tahun 2005 mengenai sejarah kemerdekaan negara.”

Lau berkata demikian ketika membidas Khairy kerana marah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang enggan berdebat dengannya (Khairy) berhubung isu tersebut.

“Saya melihat kenyataan Khairy ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005 walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau,” kata Lau dalam satu kenyataan media.

Kelmarin Khairy menggelar Mat Sabu bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam peristiwa sejarah Bukit Kepong.

Isu Bukit Kepong timbul ekoran laporan akhbar Utusan Malaysia bulan lepas bahawa Mat Sabu mengiktiraf Muhammad Indera (Mat Indera) yang memimpin serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai wira negara.

Mengulas lebih lanjut Lau berkata bahawa Khairy menolak tawaran debat yang ditawarkan oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat

Ronnie Liu Tian Khiew pada tahun 2005 berikutan kontroversi yang timbul dari kenyataan Liu berkenaan pejuang kemerdekaan.

Khairy cepat lupa

“Saya mengingatkan Khairy supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada Liu pada masa itu.

Liu kini Exco Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan kenyataan bertajuk “The Real Fighters for Merdeka” pada awal September 2005.

“Laman web Utusan Malaysia telah melaporkan percakapan Khairy pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Khairy dipetik sebagai berkata bahawa “kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila,” ujar Lau.

Lau turut menekan peri pentingnya sejarah perjuangan golongan kiri diberi tumpuan sewajarnya kerana ada pihak yang senantiasa mempersoalkan kesahihan sejarah.

“Isu berkenaan sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk sumbangan oleh pejuang-pejuang sayap kiri dan radikal harus dibincang dengan rasional, objektif dan secara ilmiah oleh ahli-ahli sejarah dan akademik melalui pembentangan fakta-fakta sejarah.

“Saya berharap para pengkaji sejarah dari dalam dan luar negara dapat berusaha untuk memulihkan sejarah lengkap perjuangan kemerdekaan negara kita antara tahun 1945 hingga 1957.


Free Malaysia Today

7 comments:

Anonymous said...

no balls punya ketua pemuda UMNO. pertama dalam sejarah ketua pemuda yang langsung tak diberi harapan dan peluang jd menteri hahaha..sapa nk bg klu asyik nak kumpul harta berkoyan2, kerja x serupa bikin. belajar tinggi2 akhirnya jd penyamun..ini ja kualiti pemimpin yang diangungkan oleh AKP, pejuang bangsa, penganut pas dll...dia dh billionaire..apa2 jd kt malaysia dia cabut dlu..bwk maya karin sekali

Awan Fantasia said...

nak berdebat kena ada ilmu bro..hehe

Entri Terhangat!! :
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!
HOT!! - Rakan Ajak Onani?

PenganutPAS said...

nama aku jugak disebutnya . apaaaa lahhhhh . untuk pengetahuan ko orang semua , aku pun tak suka dengan budak KJ ni . Ko orang nak balun dia balunlah sepuashati .aku ni tukang tengok jer !!!! ehheheheh

Anonymous said...

bila ada kata kata amnonis retak seribu dia nafikan.. tp dia boleh pulak suruh kita balun kj sepuas puas hati..

jenis mcm kj ni bukan satu.. yg pegi somalia .. yg bising psl bil mat sabu.. lg teruk dr kj ..

Anonymous said...

Pengaunutpas ni jelas sebagai gunting dalam lipatan di dalam UMporNO. Cekup banyak spesis macam ni....tu lah penagnutpas oooi dulu aku dok pangil kau menafiq kau tak percaya, kini kau sendiri mengiakan.
Cepatlah taubat bro.

anak seberang jaya said...

ketua pemuda umno takda teloq...sama dengan timbalan presiden pas pon takda teloq....sama2 pondan...hahahahaha...

Yang pasti....fakta dan kenyataannya...ramai penyokong pas telah beralih arah...tunggu PRU 13...

Anonymous said...

Muhyiddin pun tak de telog bro..

mandai mandai suruh org bertaubat tp bila mtk berdebat dulu mtk tolong kj yg mmg tak de teloq.. mtk tolonglah dgn anak det..

muhyiddin hny berbangga dgn jumlah lapuran polis..

buat malu pd pejuang mat indera..
inilah cara parti tajaan kolonial inggeris sb tu mat indera tentang cara parti tajaan kolonial .. sb melayu jenis mcm muhyiddin pengecut .. tak de inggeris kj pun jadi lah .. sbb dia ada fikiran oxford..

Archive

Related Posts with Thumbnails