Semalam aku publish berita pasal prepaid dikenakan cukai 6%.. Ini pula berita pasal lagi cukai dinaikkan..KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport.
Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.
Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000.
Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu.
''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini.
Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.
Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu.
Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini.
''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.
''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya.
Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara.
Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu.
''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung.
''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya.
Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali.
Lidah Rasmi UMNO

9 comments:
Macamana agaknya kalaulah aku ni pencacai UMNO yang menulis pos tentang perkara ni dalam blog ASD.....
Puak2 PR ni sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah hidup dalam negara yang kerajaannya berjaya membuatkan hampir semua rakyatnya mampu memiliki kenderaan walaupun bergaji rendah, malah situasi ekonomi yang terhasil dari usaha kerajaan BN ini telah membuatkan ramai pendatang asing pun mampu memiliki kenderaan.
Tindakan kerajaan menaikkan cukai kereta recond sepatutnya disokong oleh semua rakyat demi mengurangkan pengaliran keluar wang ke negara lain dan menggalakkan pengeluar kereta tempatan untuk sentiasa mengekalkan harga kereta tempatan pada paras termurah supaya lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta.
Amat penting pasaran kereta tempatan di lindungi dari persaingan luar demi menjayakan cita2 kerajaan 1Malaysia iaitu untuk menjayakan pelan 1 rumah 1 kereta, sepertimana kerajaan telah melaksanakan pelan 1 rumah 1 komputer dan 1 peluru 1 musuh....bla...bla..bla...
Sapa2 yang kata aku tak ada bakat nak jadi pencacai atau blogger upahan UMNO, korang fikir baik2 kalau menulis bodoh camni pun boleh dapat RM5000 sebulan tak kena cukai, tak payah punch card, tak payah keluar rumah, sebulan sekali pergi jolok ATM, sikit punya smart ke tu?
makan lah duit haram 2..jgn risau,xmasuk neraka nyer..:D
mak datokkkkkk punye le hebat 'tulisan' kao ni. .
hish hish tak bole cari makan le PenganutPAS cam ni. . dia mesti kena tabik spring gilak2 punye la kat kao. .
atau pun kao da 'share profit' dgn PenganutPAS hahaha hihihi huhuhu
Takde ke sapa2 yang nak suruh aku bersumpah laknat atas dakwaan PengikutPenganutPAS yang kata aku ada 'share profit' dengan PenganutPAS?
jom ubah kerajaan.pencacai umno korg boleh hidup lama mana sgt dgn menjilat jubor rosmah najib dan lain2.guna otak baik2.jgn jadi bangang dan bodoh sehingga menyusahkan org lain.
UMNO tengah kumpul duit buat buah tangan dan projek2 mee segera semasa PRU13 nanti..juga utk menampung kenaikan gaji tahunan beserta bonus buat blogger2 fitnah upahan UMNO. "Anda tolong saya, saya akan tolong anda"..aku tak pasti siapa yg cakap tp mungkin saudara Penganut Pas boleh membantu?
-penganut UMNO
Lu cakap pakai otak ke pakai lutut der?cukai naik kena sokong?ape lu membabi buta neh?nak beli Toyota kini kena bayar extra RM7000.Lu bagi la gua extra RM7000 tu bleh?ape bodoh gile...dah camni pun tak sedar lagi ke...6% cukai utk prepaid...what the hell?Malas la nak ckp byk...ko mkn la duit haram...tanggung lah sendiri.
Leasson learn that: Rakyat kena berhutang sampai mati selagi hidup. Kalau kerete ni ada 2nd value macam rumah tak pe kalau nak jual mahal pun. NI hutang tak habih lagi, rosak dah macam2, bunyi lak dah macam konsert bila naik. Nak tunggu 9 tahun entah berapa ribu/ratus ribu habis dok repair. Tu tak masuk bayar bulan2.
Bagi pencacai suka la, naik la macammana rupa pun, sokong tetap sokong walaupun poket dah kering dok perabih kat dia org
rakyat malaysia punyalah bangga naik wish recond (baca second hand)...bangga sebab 'boleh' bayar 100k utk kereta terpakai...takat tu je la nasib rakyat yg didahulukan...
Post a Comment