Thursday, September 8, 2011

BUKTI! Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah alat BN

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.


"Bersama Kamalanathan (gambar bawah), 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.






"Ini gambar beliau (gambar atas) dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.




Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.


Berita dari Harakahdaily
Gambar dari KhalidSamad.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails