Wednesday, September 28, 2011

Bukan sahaja Akhbar Cina, The Star juga mula membelit fakta?



Perhatikan tajuk laporan The Star Onlineyang disiarkan pada 26 September 2011 diatas dan perhatikan pula tajuk laporan yang disiarkan oleh The Star Online juga pada 25 September 2011 dibawah, kandungan beritanya adalah hampir sama tetapi tajuknya adalah berbeza.


Menurut pejabat KM, laporan yang disiarkan The Star Online bertarikh 25 September 2011 ditulis oleh oleh Martin Carvalho adalah benar dan tepat .

Dalam laporan 25 September, Guan Eng telah dilaporkan berkata seluruh pimpinan DAP yang berada di dalam Central Executive Committee (CEC) akan meletakkan jawatan jika ada sesiapa yang boleh membuktikan bahawa undang-undang Hudud akan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga.

Atau dalam lain ayat, jika Hudud ditulis dan dimasukkan dalam Common Policy Framework (CPF) atau Buku Jingga para pemimpin DAP akan meletakkan jawatan secara beramai-ramai dari jawatan parti mereka di dalam DAP.



Bagaimanapun tajuk laporan 25 September diatas telah digantikan dengantajuk laporan lain yang disiarkan pada 26 September 2011 dimana ianya adalah satu laporan dengan tajuk yang mengelirukan.



26 September The Star melaporkan Guan Eng telah mengugut untuk keluar dari Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jika Hudud dijadikan sebagai antara agenda dalam Buku Jingga.

Ini adalah tidak benar dan satu fitnah kerana Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk ugutan untuk keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya..

Apa yang Guan Eng katakan ialah seluruh Pemimpin DAP yang berada dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat akan meletakkan jawatan yang disandang mereka dalam parti bukannya keluar dari Majlis Pempinan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat secara amnya..

Kenapa agaknya The Star mengeluarkan satu berita dengan dua tajuk yang berbeza?

Ada orang kata ini adalah antara petanda pilihanraya semakin hampir.. dimana media-media yang dikawal kerajaan mula memutar belit cerita..

Baca juga Media Cetak berbahasa Cina yang turut memutar belit fakta di (SINI)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails