Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, September 7, 2011

APA?? Najib bakal berbesankan Komunis?

Kisah kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang Ahli Perniagaan dari Kazakhstan ini, sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah kehilangan Altantuya..

Edgar Salduzi dilaporkan hilang oleh portal berita Kazakhstan selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah dan Altantuya juga pula dilaporkan hilang setelah bertengkar dihadapan rumah Razak Baginda..

Kedua-duanya dilaporkan hilang setelah bertengkar..


Tapi bukan hal kehilangan Edgar Salduzi yang nak didedahkan disini tapi kisah Najib yang bakal berbesankan pemimpin Komunis dari Kazakhstan..

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM satu laporan berita dari Portal Berita Kazakhstan tentang kes kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal negara tersebut, selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah Mansor (ipar kepada Presiden Kazakhstan)[Bakal besan Rosmah].

Dalam kehangatan media propaganda Umno, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan komunis, satu fakta cuba ditutup dari pengetahuan rakyat.

Rakyat Malaysia dialihkan dari fakta bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis.

Sudah diketahui umum bahawa bakal menantu mereka Daniyar Nazarbayev, merupakan anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev merupakan anak Bolat Nazarbayev adik beradik Presiden Kazakhstan [The Star].



Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?

Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].


Rakyat cuba dipesongkan dan ditutup dari mengetahui fakta ini dengan cara meyerang Mat Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan Komunis hanya kerana beliau menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Namun maklumat yang sebenar ditutup. Apakah perasaan keluarga mangsa kekejaman komunis apabila mengetahui fakta sebenar bahawa Perdana Menteri bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis?


Sumber : Milo Suam

5 comments:

Awan Fantasia said...

haaa....eloklah...sama2 sama perangai...

Entri Terhangat!! :
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

FMZam said...

Badi Altantuya tak akan habis dari menghantui Najib kerana badi itu telah meresap masuk ke batang tubuh Rosmah dan mengalir kedalam darah dagingnya turun kedalam badan anak Rosmah yang akan berakhir bila anak Rosmah pulang membawa roh Altantuya kembali untuk disemadikan di Monggolia. Seperti kata Maya Karin...PULANGKAN!

Anonymous said...

mana menghilangnya AKP, penganut PAS dan lain2..x nk komen ke? patutla rejim Najis serang tubi2 mat sabu supaya isu ni boleh terlepas pandang terutama rakyat2 yg dungu, buta IT (hati sekali) dan di luar bandar..aku berani bersunat sekali lagi klu berita mcm ni masuk buletin utama dan muka depan utusan meloya.

BOMBO said...

jangan pangkah dacing sebab menipu penguna...pangkahlah bulan sinar nur sentiasa bersamamu

Anonymous said...

komunis ni tak sama dgn komunis melayu zaman penjajah..

komunis ni dia percaya pd agama dan tak bakar mesjid.. tak anti islam ..

ada sape sape yg ingin berlwn dgn komunis ini - bukan komunis ini yg jd petualang tp org yg serang komunis ini yg jd petualang.

Ini bukan komunis cina ..

so kalau dia boleh terima fahaman komunis ini mengapa dia tak boleh terima chin peng ?

Lu org yg bikin itu lepot polis sama mat sabu.. lu olang tenguk juga laaaa komunis mari masuk msia.. mcm itu inggeris masuk tanah melayu..

Archive

Related Posts with Thumbnails