Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Jahat sungguh manusia yang bernama Anwar atau kawannaya itu ya... Kerana Anwar, ekonomi Malaysia merudum.. Kerana Anwar juga pelabur tak berminat untuk melabur di Malaysia.. Kerana Anwar juga nama Malaysia dikatakan buruk dimata dunia.. Pendaedahan Wikileaks pun Anwar punya kerja juga?
Bayar WikiLeaks siar berita fitnahkan PM
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di WikiLeaks.
''Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan di dalam laman web WikiLeaks dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh.
''Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sebelum ini, WikiLeaks dalam laman webnya iaitu dengan berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang berjaya dibocorkan, Anwar tetap akan didapati 'bersalah' kerana meliwat iaitu hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.
Kabel itu melaporkan, Najib dan pemimpin utama UMNO akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar 'boleh diterima'.
Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam.
''Kuan Yew dengan keras menafikan berita tersebut.
''Kredibilitinya juga semakin dipersoalkan apabila pengasasnya turut berhadapan dengan kes serangan seksual yang kini masih dalam proses perbicaraan," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya antikerajaan.
''Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya," katanya lagi.
Lidah Rasmi UMNO

8 comments:
ini satu lg pncacai bodoh.yg mlompat lompat sronok dgn crita wikileaks ni puak BN.smpai dua tiga hari kluar dlm akhbar hal DSAI.tp bila dh kna btg hidung sndri pndai pulak dia sruh rkyat tapis brita tu.halo apek bljar skit mlayu pny proverbs.jgn di pdg org nk brlari,di pdg sndri nk br jengket.
Yang ni UMNO gerenti tak akan panggil dia kafir laknatullah sebab kafir ni tergolong dalam klas "U.H.M.I.H.U" (U help me I help U). Kafir jenis ni bila mampos nanti pasti akan terus masuk syurga UMNO tak ada soal jawab dah. Bila tiba masanya tu ialah dia bagi signal kat UMNO untuk letak harga yang betul, bila setuju baru dia jual. Dengan APCO pun UMNO berniaga inikan pulak dengan Cina pembelot kafir laknatullah. Orang jujur kalau dah ada bukti tak de nak tunggu2 nya!
Aku pun tak tau nak kata samada anwar ni hebat ke? jahat ke? sampai ke WikiLeaks pun anwar boleh pengaruh? anwar sgt hebat kerana boleh pengaruhi seluruh media antarabangsa condemn Kera Malaysia dan anwar sgt jahat kerana condemn kera Malaysia.
Utuseks sgt baik kerana praise kera malaysia.
hari tu masa wikileaks keluar cerita pasal anwar, puak2 utuseks terkinja2 melompat menyokong..tp bila kena diri sendiri mula tuduh anwar pulak..aku tak paham mana satu puak2 pecacai ni percaya. hidup mcm lalang, otak udang
nama pu bekas rakan
Hebat sungguh manusia yg bernama Anwar Ibrahim ini, boleh kawal satu dunia..tu yg umno jeles tu...Hidup Anwar!!!!!I'm proud of you..
Dalam kepala hotak orang UMNO ni.Tak ada orang lain dalam malaysiani yang depa mampak dan kenal nama .Yang kenai dan tahu nama hanya seorang yaitu DSAI.Haprak betui ahli UMNOni..
Dah habis dipelingkup duit dikantong
Anwar punya pasal. Semua anwar punya pasal. Apa punya tur punya fakta. Dah tak boleh nak majukan negara Anuar punya sebab.
Post a Comment