Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, September 10, 2011

Al-Fatihah! Keadilan Permatang Pauh kehilangan seorang yang komited.



Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh kehilangan seorang lagi Ahli yang komited terhadap perjuangan Parti semalam, bukan kerana beliau melompat keluar dari parti seperti yang dilakukan oleh teman-teman rapat Anwar Ibrahim tetapi kerana telah kembali ke Rahmatullah.


Ilyas Bin Ismail, 62 atau juga lebih dikenali dengan Pak Leh telah menghembuskan nafas terakhirnya pada sekitar jam enam petang semalam 9 September 2011 di Cherok Tok Kun.

Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cherok Tok Kun berhampiran Galeri Pejuang.

Bagi pihak KeAdilan Permatang Pauh, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pihak Polis yang sudi membawa jenazah kerumah mayat Hospital Bukit Mertajam dan juga membawa Jenazah kembali kekediamannya di Cherok Tok Kun setelah selesai menjalani pemeriksaan Doktor.

Tidak lupa juga jutaan terima Kasih diucapkan kepada YB ADUN Seberang Jaya, Ariff Shah yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk keluarga Allahyarham dan juga jenazah pada pukul 11 malam semalam dan meluangkan masa bersama kami hingga jam 12.30 malam semalam.

Juga terima kasih diucapkan kepada TKM1 Dato Mansor Othman yang sudi menjenguk jenazah biarpun telah lewat malam..

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya...


AL-FATIHAH!

8 comments:

Anonymous said...

MATI ITU PASTI.. INGAT LAH AKAN MATI YG SEMAKIN HAMPIR PD KITA.

Semuga allahyarham di dlm rombongan yg di nanti nanti kan oleh Allah swt.

Amin...

FMZam said...

Alfatihah, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham, Amin.

Anonymous said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh. Tak dilupakan juga diharap keluarga Allahyarham diberi kekuatan oleh Allah hendaknya terlebih lagi kerna anak Allahyarham yang akan melangsungkan perkahwinan pada 24hb ini yg Allahyarham sendiri telah mula membuat jemputan utk hadir ke majlis perkahwinan tersebut tetapi beliau pergi sebelum menerima menantu yg baru..

Hadiahkan pahala Al_Fatihah utk allahyarham...

Izan ctk said...

Al-Fatihah untuk Allahyarham Pak Leh orang kampungku semoga rohnya dicucuri rahmat olih ALLAH yang Maha Esa.ronsal

Anonymous said...

Al Fatihah, Sehingga saat akhir menabur khidmat, semoga Allah golongkan bersama mereka diredhai, Ameen.

Hilang seorang sahabat yang dikasihi.

Mamu hang

Anak kg pertama said...

ASD, awat hang remove komen aku?? pengecut ke?

PengikutPenganutPAS said...

PenganutPAS nk ckp al-Fathihah ke ATAU nk ckp pi mampos le dgn penyokong PKR ni ? ? ? ? ?

Salah tulis kalu tak de elaun le kali ni kn kn3. . aku agak le kn. . PenganutPAS tak tulis la kali ni hehehe

Anonymous said...

kdg kdg dlm komen kita ini kita tdk menyampai cara direct kpd penganutpas.. kita hrp hrp dia berpolitik cara bermaurah ..

dia pasti agak keciwa krn ariff shah sudi menziarah sdgkan mungkin kita dulu kutuk kutuk dia, ariff shah, lg teruk dr penganutpas yg begitu keciwa komen nya tidak disiarkan.. Sy yakin ASD bukan pengecut tp menjaga keaibab penganutpas yg tidak kira masa dan keadaan..

dulu kita ada kes dua org amno yg mati ditembak.. komen yg disiar tidak ada yg memburukan kedua dua mrk cuma mempersoalkan tindakan mrk krn tdk berpuashati dgn lapuran media dan mengatakan tabiat org amno .. tdk secara khusus kpd arwah yg terlibat ..

kita tdk mempersoalkan ttg kematian Noramfaizul tp kt mempersoal cara Azeez dlm situasi tsbt..

Archive

Related Posts with Thumbnails