Sunday, September 18, 2011

7,000 sertai BN? Najib diperbodohkan lagi dalam program 'Syok Sendiri'..



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).


Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN "Sirih Pulang ke Gagang" di Shah Alam.

7000?? Banyaknya…

Semalam Najib Tun Razak berkata dengan tegas, anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan 'Syok Sendiri' yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12.

'Syok Sendiri' yang dimaksudkan oleh Najib ialah program yang tidak mendapat sambutan tetapi laporan yang dihantar mengatakan ianya Berjaya dan mendaat sambutan luar biasa –sila baca laporannya di SINI

Kalau korang perhatikan gambar di atas.. gambar beberapa wakil bekas penyokong Pakatan Rakyat dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya yang memegang sampul surat mengandungi borang keahlian bersama Najib.

Aku pernah lakukan kerja-kerja macam ini di Seberang Jaya beberapa ketika dahulu.. tapi aku tak spin begitu teruk sehingga menyebabkan Anwar boleh dianggap bodoh.

260 borang keahlian.. Aku bagi tahu Anwar 300 borang keahlian kerana aku tahu Anwar bukanlah begitu bodoh untuk ditipu.. err.. kadang-kadang dia kena tipu jugak.

Berbalik kepada gambar di atas.. Mereka telah dilaporkan menyerahkan 7,000 borang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).. anggaran aku ianya tidak lebih dari 1,000 borang saja..

Kenapa aku anggarkan begitu kurang sekaligus membolehkan Najib dikatakan sebagai bodoh untuk mempercayai laporan ‘Syok Sendiri’ Barisan Nasional Selangor itu?

Korang tengok gambar kotak atau container A4 di sebelah..

Dalam satu Container.. terdapat 2,500 helai kertas A4.. jika tiga kotak seperti gambar di sebelah ianya mengandungi 7,500 helai kertas A4.. dan adakah gambar diatas menggambarkan jumlah itu?

Kesian Najib dalam beliau bertegas kepada Ahli BN supaya jangan 'Syok Sendiri' beliau ditipu lahi oleh BN Selangor yang 'Syok Sendiri'..

Kerana ditipu bn Selangor yang 'Syok Sendiri' itu.. Najib juga 'Syok Sendiri' dengan jumlah 7,000 itu..


PM terima 7,000 permohonan bekas penyokong pembangkang sertai BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN "Sirih Pulang ke Gagang" di Shah Alam.

Mereka adalah bekas penyokong pakatan PAS-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini serta telah mengambil keputusan menyokong BN.

Najib ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan tindakan mereka sebagai mencerminkan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan BN dapat dipulihkan sejak pilihan raya umum 2008.

Sambil berterima kasih di atas sokongan mereka terhadap BN, Najib berkata : "Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita."

Bernama melaporkan beliau berkata sekiranya keadaan politik terumbang-ambing dan tidak menentu serta tiada kestabilan politik, kesannya kepada negara adalah amat buruk.

Katanya pelabur luar dan dalam negara akan bertanya sama ada wujud kestabilan politik di Malaysia sebelum membuat keputusan melabur.

"Jika kita dapat tunjukkan rakyat di Malaysia majoritinya menyokong BN saya percaya kesan pada ekonomi negara kita akan begitu memberangsangkan sekali dan kita akan mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih tinggi lagi," katanya.

Perdana Menteri berkata aliran modal ke Malaysia akan membuka peluang pekerjaan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

"Tentu tuan-tuan puan-puan mempunyai anak yang memerlukan pekerjaan dan ini akan jadi kenyataan jika kita boleh menambahkan pelaburan di dalam negara," katanya.

Najib berkata berkata kerajaan BN menyusun langkah untuk menolong semua kaum di negara ini termasuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.

BN juga akan membantu menyelesaikan masalah yang khususnya dihadapi oleh kaum India seperti ketiadaan MyKad, sijil kelahiran di mana kerajaan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyelesaikan masalah ini, katanya.

"Saya percaya banyak masalah sudah diselesaikan dan dalam masa terdekat banyak lagi masalah seperti ini akan diselesaikan oleh kerajaan BN," katanya.

Sementara itu, salah seorang wakil bekas penyokong pembangkang memberitahu pemberita bahawa mereka menyokong BN kerana ada pemimpin pakatan tersebut yang tidak menunaikan janji kepada mereka dan liat untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

K.Vijayakumar, 29, bekas Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Bukit Kemuning berkata beliau merasa tertipu apabila mengadukan masalah rakyat seperti masalah banjir dan jawapan yang diterima mengecewakan iaitu masalah itu perlu dirujuk kepada kerajaan pusat.-17/9/2011


AD

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails