Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 6, 2011

554 laporan Polis terhadap Mat Sabu.

Mak Aih!! Banyaknya laporan Polis dibuat terhadap Mat Sabu..

Banyaknya laporan Polis itu sebenarnya membuktikan kepada kita tentang kejayaan UMNO/BN memutarbelitkan fakta Sejarah hingga membuatkan ramai rakyat Malaysia terpedaya..

Dan yang nyata kebanyakkan yang masih terpedaya dan akan terus diperdayakan hingga akhir usia ialah golongan dari Saluran 1 kerana mereka tidak ramai yang mendapatkan maklumat dari Internet mahupun Blog..


Berita ini aku petik dari Lidah Rasmi UMNO, jadi korang baca untuk mendapatkan maklumat tentang berapa banyakkah Laporan Polis telah dibuat terhadap Mat Sabu.. yang lain-lain tu baca dan anggaplah sebagai hiburan..


554 laporan terhadap Mat Sabu

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menjulang komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong mengundang rasa marah pelbagai pihak apabila sebanyak 554 laporan polis dibuat sehingga semalam.

Sumber berkata, laporan polis itu dibuat oleh pelbagai pihak dalam tempoh sembilan hari sejak disiarkan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

Menurutnya, pihak yang membuat laporan berkenaan terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan bekas-bekas anggota keselamatan.

“Laporan yang dibuat bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kenyataan Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, tetapi terdapat bekas anggota keselamatan yang tersinggung dengan tindakan ahli politik itu.

“Terdapat laporan polis menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai beracun dan mampu merosakkan keamanan negara yang dipelihara sejak 54 tahun lalu.

“Berikutan itu, pengadu mahu tindakan tegas diambil terhadap Mat Sabu sebelum ada ahli politik lain yang memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka dengan mengagungkan komunis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah sumber itu, hasil laporan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung laporan polis tersebut sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Mat Sabu dalam ceramah tersebut dilaporkan berkata, seorang lelaki Melayu, Mohamad Indera yang bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebelum membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.


Lidah Rasmi UMNO..

6 comments:

Awan Fantasia said...

try fikir balik..Tok Janggut penderhaka tetapi R Anthony salah seorang pejuang..Tok Janggut dihukum tapi R Anthony disanjung?Agak2 pelik tak fakta nie?

Entri Terhangat!! :
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

Anonymous said...

dh tentu semua ketua cawangan/bahagian seluruh negara 'dipaksa' membuat laporan polis supaya rakyat yg masih dungu akan menyokong puak2 pecacai ni..aku tak rasa puak2 yg buat laporan ada baca balik sejarah..silap2 sejarah spm pun kantoi

FMZam said...

Banyaknya sampai 554 aduan atas perkara yang sama? Sebenarnya itulah cara yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia menggambarkan betapa Polis Malaysia ni terlalu lembab dan tidak efisien dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan sehingga rakyat terpaksa menggesa dan mendesak dengan membuat aduan yang sama sampai bertimbun-timbun supaya polis takleh lagi nak jadi polis pemalas.

PengikutPenganutPas said...

mat sabu oh mat sabu. . .
kao patut bersyukur. . dan mesti bersyukur kerna umno-apco hanya buat lawak badut iaitu dengan ARAHkan ahli depa buat 554 laporan polis.
bayangkan kalau depa buat lawak antarabangsa (joke codek) dengan KERAHkan 3 juta ahli mereka buat laporan polis. . tak kalu, mau ketawa smua orang sampai pecah prut dan terkencing-kencing tak tahan dengan lawak tu kan kan3. . yang paling sronok semestinya saudara PenganutPAS hahaha hihihi huhuhu

Anonymous said...

Ilmu sejarah depa buat lapuran gila gila.. tu pun cuma satu ksiah sejarah Mat Indera punya.

Ilmu Bahasa Melayu.. semuanya senyap..

kesan antara sejarah dgn bahasa melayu .. parah lg bahasa melayu..
krn bahasa digunakan harian.. dan dpt membantu perpaduan rakyat.. jdkan bahasa melayu bahasa rakyat..JIWA BANGSA !

Anonymous said...

Mat Sabu, My Hero!!!!
..................apa macam pecaci2 UMporNO sekarang ada jelous ke?

Archive

Related Posts with Thumbnails