Monday, September 12, 2011

30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Malaysia... kebanyakkannya diangkut dari luar...



Bila aku menyiarkan satu laporan berita yang mengatakan 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia (sila baca di SINI dan di SINI) ada penyokong Pakatan Rakyat kurang senang dengan laporan itu biarpun hakikatnya jumlah yang hadir sememangnya begitu , jadi kenapa aku perlu menafikannya?


Lagipun aku sendiri turut berada di sana dan ramai lagi sahabat yang menyokong Pakatan Rakyat turut serta dalam Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia itu.

Meskipun ada seruan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menyeru agar penyokong Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut dengan berpakaian kuning hanya beberapa kerat sahaja yang memakainya, itupun kerana mengiringi Guan Eng dan TKM1.



Selain dari mereka hanya Rais Yatim dan Isterinya sahaja yang berpakaian serba kuning. Najib pakaiannya juga kuning.



Najib masih tidak boleh mendabik dada berbangga dengan kehadiran 30 Ribu hadirin didalam majlis itu seperti yang dikatakan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh, Dato Jalil iaitu kami (semua yang hadir) menyokong Najib dengan sepenuh hati.

Malanglah Najib kalau beliau mempercayai apa yang diucapkan oleh Dato Jalil itu, kerana tujuan Dato Jalil itu sebenarnya hanyalah untuk membodek Najib supaya namanya disokong sebagai Calon untuk Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini sahaja.

Kalah pun tak apa kan Dato? Pasal peruntukannya lumayan….

Najib juga pasti tidak akan berbangga dengan kehadiran 30 Ribu di bumi Permatang Pauh itu, jika beliau tahu hakikatnya kebanyakkan dari mereka telah diangkut dengan sejumlah 60 buah Bas yang di sewa khas ke Majlis tersebut dari luar Kawasan Permatang Pauh.













Dan Najib pasti tidak akan berbangga jika beliau menyedari hampir 25% atau lebih dari 30 Ribu yang hadir itu adalah anak-anak yang masih belum boleh mengundi.







Lagipun jika benar 30 Ribu yang hadir itu menyokong Najib sekalipun mereka adalah pengundi di kawasan Permatang Pauh dan kawasan yang berhampirannya bukannya di Pekan, Pahang.


Ini dari PERKEP Seberang Perai Utara.

Bagaimanapun aku akui Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan jauh lebih Berjaya dari Majilis rumah terbuka DSAI pada 1 September lalu.. 30 Kali lebih Berjaya!

Dan aku juga berasa hairan mengapa ada pemimpin PKR yang sanggup mengeluarkan budget dengan segera untuk mengadakan Kenduri di sebuah Pusat Khidmat berhampiran dengan Sekolah tersebut untuk mengurangkan jumlah yang hadir kemajlis Rumah Terbuka Malaysia sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia itu?

Apa salahnya jika kita semua menikmati juadah yang sama? Sedangkan kita semua rakyat Malaysia...

Lihatlah lagi gambar bas-bas yang mengangkut orang ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia itu..












Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails