Sunday, September 11, 2011

30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia... Betulll..



Dari apa yang aku lihat disepanjang jalan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu tadi, aku menganggarkan sekitar 20,000 hingga ke 30,000.. memang ramai yang hadir.. tanpa mengira latar belakang politik, pasal ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang turut kelihatan di situ.


Cuma dalam banyak yang memberikan ucapan itu ucapan dari Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid aku rasa tak kena dengan tempat.. tak buat homework ka Datuk?

Bukan aku sorang yang anggarkan 30 Ribu yang hadir.. di SINI pun kata begitu..

Anggaran Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob pula ialah tak kurang 25,000 orang.

Korang tengok gambar-gambar dibawah dan saksikan betapa ramai yyang hadir dan baca juga apa yang Ketua Bahagan UMNO Permatang Pauh tu ucapkan..


Dari seberang jalan mengadap pintu masuk.


Kesesakan di pintu masuk.


Ramai yang berpatah balik kerana tak sanggup bersesak.

Rumah Terbuka M'sia: Najib gempur kubu Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di Permatang Pauh dengan menaiki sebuah teksi.



Menurut Bernama, ketibaannya pada pukul 12 tengah hari disambut ribuan penduduk tempatan yang datang seawal 8 pagi, dengan diiringi paluan gendang pelbagai kaum dan komuniti 1Malaysia oleh kumpulan gendang tentera dan pelajar sekolah.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, barisan menteri kabinet dan pemimpin BN negeri.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) itu dimulakan dengan acara sentuhan rakyat oleh Perdana Menteri dan pemimpin BN dengan berkunjung ke rumah Norasmah Othman, 41, suri rumah yang terpaksa bekerja untuk menyara enam orang anak slepas suaminya menghidap penyakit kulit kronik.

Norasmah menerima bantuan untuk membaik pulih kediamannya daripada KPKK menerusi penyeliaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan sumbangan daripada pelbagai pihak lain.

Pada ucapannya, Rais berkata beliau tidak pasti jumlah yang hadir pada majlis ini tetapi menjangkakan tidak kurang 20,000 yang hadir.

"Saya tanya Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacob berapa ramai yang hadir dan bisiknya tak kurang 25,000 orang," katanya.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid pula mengingatkan orang ramai bahawa hari ini adalah juga ulang tahun tragedi menara berkembar 11 September di mana Amerika Syarikat diserang pengganas.

Perubahaan di Permatang Pauh

Katanya, beliau juga ingin melihat perubahaan di Permatang Pauh, yang merupakan kubu dan kerusi yang dipegang oleh Ketau Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Satu rahmat bagi kita.

"Hujan mencurah sejak jam 1 pagi hingga 9 pagi tadi, tetapi rakyat tetap berkumpul di sini sejak 8 pagi! Kami ingin katakan kami sokong perdana menteri dengan sepenuh hati,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

Hadirin pada majlis rumah terbuka itu disajikan dengan pelbagai juadah istimewa seperti nasi beriani daging, lemang, ketupat palas dan beberapa makanan lain serta kuih tradisional.



Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk David Arumugam, Datuk Ahmad Jais, Uji Rashid dan Hail Amir, persembahan oleh kumpulan boria kanak-kanak dan persembahan watak Upin dan Ipin.

Najib kemudian menyampaikan penghargaan berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan sijil penghargaan kepada empat tokoh merdeka dari Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Mohd Yusoff Latif, Datuk Md Noor Ahmad, Datuk A Subramaniam dan Datuk Oon Choo Eng @ Choo Khye.

Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan berupa bungkusan barangan keperluan kepada sepuluh orang yang kurang berkemampuan dan sumbangan 'netbook' 1Malaysia kepada 10 pelajar cemerlang.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails