Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, August 3, 2011

Zahrain macam ‘sampah’ - TG Nik Aziz

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai “sampah”.

“Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.


Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk “Zahrain cabar Nik Aziz” di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, “saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

“Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah,” kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, www.kelatekito. menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

“Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

“Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik,” kata Nik Aziz.

Free Malaysia Today

13 comments:

Anonymous said...

Saya doakan semoga Allah terus memelihara kesihatan TGNA agar Kelantan terus diberkati dah dirahmati Allah.

Anonymous said...

Zahrain gigi berlumut kotornya.....busuknya mulut
Tolong cuci.....

PakSu Man said...

Zahrain, hang telah menyentuh hati Tok Wan kami....
Tuan Guru jarang sekali mengeluarkan kata2 mcm ni pada sesiapa, tapi kat hang Tok Wan dah kata "SAMPAH", hang kena ingat jgn buat fitnah kat org, lebih2 lg org2 Alim.
Kalau betoipun Bang Ku Li p jumpa Tok Wan, tak pa aihh.. bukan p bincang pasai Ketua Pembangkang. Bang Ku Li tu p jumpa p Ziarah Tok Guru, salah ka?
Hang ingat bahaya fitnah tuu tak kena hari ni, kena esok, tak kena esok, kena d Akhirat nanti.
Moga Tok Wan sihat2 selalu negeri Tok Wan d berkati & mendapat rahmat dari Allah, amin.

pasulukinta said...

gigi kotor, berterabur, busuk macam SAMPAH. lompat cari najis

cikdin said...

Malu rasanya rakyat bayan baru mendapat wakil parlimen macam si zahrih ni.. masuk politik nak ambik kesempatan nak sapu projek..kononnya nak hidup kaya raya.. kemudian bila orang x bagi melompat jadi katak dan last sekali dah jadi sampah.. kesian betul..

Anonymous said...

zahrain bukan mcm sampah, tapi mmg sampah,sanggup menghina ulama,tunggulah akibatnya....

BOMBO said...

zahrain kata diri sekolah tinggi,tapi idea mcm sampah eloklahtu dia mewakili bebas,org bayan baru terajang saja dia tu buat kotor je eloklah dia dipanggil YB SAMPAH

no mercy said...

cakap ikut sedap..
kan dah mendapat ngan tok guru..
semoga tok guru tabah dan sentisa dipelihara Allah dr org2 yg mempunyai penyakit hati cam zahrain si katak gempal..

Anonymous said...

knape ya zahrin tak cabar ku li?

apakah pd zahrin ku li tak lyk ganti anwar ?

selalunya org yg mencabar hny cabar gitu je .. tak balik pada dia .. sepatutnya org yg mencabar ni kena kata kalau saya berbohong atau kalau org itu menafikan saya akan ...

patut pun nik aziz nafikan dan katakan dia sampah kalau tak nafi gitu jeee..

kalau zahrin ada bukit tak payah cabar sesiapa .. dedah kan je video tu ... kalau video la!!

Bullet said...

Dah xde apa nk cakap tapi nak cakap jugak.Last2 kelua sampah. Kalau orang ada ilmu xkan menghina ulamak! Takut ALLAH bagi bala...

Anonymous said...

zahrain adalah sampah yg patut di ludah. sejak isytihar bebas sekali pun tak nampak kelibat barua ni di bayan baru. orang bayan baru dok tunggu2 nak ludah kat muka dia. malah di rumah dia di penang puntak berani nak duduk lama, selalu ada di KL.

Anonymous said...

Sejak melompat si poyo Zahrain ni, makin brtambah kayo nmpak eh. Mesti ar ado upah sbg tentero dopan Umno. Sobonar eh 1sen pun tk guno dio ni. Elok sngat Umno ambik dio ni sbb berpotensi gilo kuaso.

Anonymous said...

Essey pun boleh bagi sesiapo pn kayo ttp tdklah spt mangkuk Zahrain ni dgn caro yg salah. Brminat, silo lawat goldprofit2u.blogspot.com

Archive

Related Posts with Thumbnails