Sunday, August 28, 2011

Video : Ucapan Mat Sabu yang dikata Menghina 'Pejuang Negara'



Diakhir entry ini adalah sedutan dari Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini yang dikatakan menghina Pejuang Negara oleh Lidah Rasmi UMNO.


Pejuang Negara yang dimaksudkan ialah anggota-anggota Polis yang berkhidmat dengan kerajaan Penjajah British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama..

Serangan keatas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita Merdeka.

Keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen bukannya taat kepada Malaysia dan Agong.




Sila baca penjelasan yang lebih detail di SINI dan juga di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails