Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, August 8, 2011

Video Racist ni kerja siapa agaknya?

Video diakhir entry..


DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN).


Klip video lapan minit dengan tajuk “Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia” itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.

“Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.


Kenyataan Akhbar Mengenai Klip Video “Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia”

Saya selaku Setiausaha Politik kepada YAB Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengutuk dan mengecam hebat klip video “Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia” yang boleh didapati di laman web Youtube.

Dalam klip video tersebut, yang merupakan hasil muatan naik pengguna Youtube yang bernama ‘Kawasaki9722’, DAP didakwa bersekongkol dengan ahli-ahli peniaga Cina untuk menaikkan harga barang di negara ini demi menimbulkan rasa kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan satu penipuan dan fitnah ke atas DAP yang bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan.

Seperti yang sedia maklum, antara faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga barang di negara ini adalah pengurangan subsidi minyak, gas dan barang keperluan seperti gula. Subsidi-subsidi tersebut merupakan kawalan Kerajaan Persekutuan dan tidak ada kena mengena dengan pihak lain. Di samping itu, syarikat yang mengawal industri gula pula adalah Felda, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada inflasi adalah kuasa pasaran antarabangsa yang berada diluar kawalan, dan juga ketidakcekapan dalam urustadbir ekonomi negara kita. Sebagai contoh, walaupun subsidi gas yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit setiap tahun diberi kepada Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP), tarif elektrik di negara kita makin meningkat. Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat?

Satu lagi contoh polisi yang menguntungkan syarikat besar dan membebankan rakyat adalah monopoli beras, yang dikawal oleh Bernas, sebuah lagi GLC. Oleh kerana monopoli yang mengekang pasaran beras ini, hasilnya harga beras impot di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding harga beras impot di Singapura!

Hakikatnya kenaikan harga barang dan inflasi berlaku kerana ketirisan dan kepincangan dalam dasar dan urustadbir ekonomi negara kita. Justeru, kebertanggunjawaban bagi masalah inflasi harus dipikul oleh Kerajaan Persekutuan dan bukan mana-mana pihak lain, terutamanya DAP.

Dengan itu, bagaimana pula DAP boleh dikatakan terlibat walaupun sedikit? Hipotesis sebegitu langsung tidak memasuki akal dan tidak akan diterima oleh rakyat Malaysia.

Kami percaya bahawa klip video tersebut adalah satu rancangan musuh politik DAP dan Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk memecah belahkan rakyat melalui propaganda perkauman yang sempit. Berdasarkan kualiti terbitan klip video tersebut, jelas ia bukan terbitan sembarangan tetapi telah dibuat secara profesional dengan peralatan dan peruntukan yang mencukupi.

Dalam erti kata lain, klip video ini adalah angkara pihak-pihak tertentu yang mempunyai sumber yang mendalam dan yang sudah kekeringan modal. Satu-satunya cara yang tinggal untuk mereka adalah untuk menggunakan kaedah yang berbahaya yang bertujuan untuk menghasut dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Laporan polis akan dibuat pada hari ini, diikuti dengan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas penerbit dan penyebar klip video tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan dan kesalahfahaman antara kaum di negara ini.

Zairil Khir Johari

7 comments:

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Pihak penyokong dan pendokong PR pun perlu menggunakan media alternatif dengan menghasilkan video2 pendek sebagai menyerang balas propaganda puak2 yang membuat fitnah ni. Uploadkan kat youtube, Insyaallah akan sampai mesej ini kepada orang ramai.

Anonymous said...

Setuju dengan si hamba Allah.. bro ASD, hang kena buat plan untuk wujudkan video alternatif menjawab semua isu bersih and publish semua dalam laman web / blog pembangkang!! kena buat bro...

hangat hati aku nengok video ni.. kalau boleh buat real 1 malaysia punya video (cina, melayu, india, kadazan dan bla..bla..bla ada)

Anonymous said...

Jika boleh masukkan info-info terkini dan semasa yang berbentuk ilmiah untuk menyangkal dakwaan depa semua, barulah video kita berkualiti dan bukan hanya semata-mata tuduhan fitnah dalam video depa!!

Anonymous said...

Buat boleh tapi berani ke? Korang paham2lah pdrm(polis umno) ni. Kalau usik BN siaplah makan tak habis.

Tapi kalau ada yg berani buat video clip hentam kerajaan bn mmg aku salute.

Kita tunggu siapakah gerangan yg berani memulakannya.

Anak kg pertama said...

Mesej yg jelas kepada rakyat Malaysia dari video pendek nie...rakyat perlu tahu siapakah yg sebenarnya naikan harga barang2 keperluan berlipat kali ganda..bila barang naik salah BN..tapi yg menguasai ekonomi Malaysia ramai buat lupa, inilah bukti gilakan kuasa PKR/DAP/PAS sehingga menyerang dari semua sudut..lupa akan terima bukan org BN aje..kesemua...sebab tu ramai org2 miskin telah lahir dibandar2..lepas tu salah kerajaan BN lagi...kata tak bantu..sampai ada gereja bantu...politik paling kotor BN hadapi..tapi ingatlah Allah SWT Maha Berkuasa...segala tohmahan dan fitnah itu bersifat sementara ia akan jatuh satu persatu..Insyallah.

lebaijanggut said...

bodoh!! Macam kodai 1 malaysia ko tu ado merato2. Kek Pilah ado ko? Kok yo pun murah.. berapo tambang nak poie ke kelumpo tu?

Anonymous said...

sapo suroh ko poi kolompo. ko bukak lah kedai ko sendiri yo.

Archive

Related Posts with Thumbnails