Jika Bekas Menteri sendiri mengakui sememangnya UMNO telah lari dari perjuangan asal, UMNO juga tidak ada ruang bebas bersuara (Diktator lah tu..), amat menghairankan bagaimana boleh masih ada pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan UMNO tidak pernah berubah?Adakah mereka (pencacai UMNO) itu terlalu bodoh hingga tidak mampu melihat dan menyedari akan perubahan yang telah berlaku di dalam UMNO itu sedangkan ianya jelas?
Umno sudah tidak ada ruang bebas bersuara, dakwa bekas menteri
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kesal kerana Umno kini sudah tidak lagi menyediakan ruang untuk memberi perbezaan pendapat, mendakwa parti kaum Melayu itu telah beralih daripada dasar-dasar dipraktikkan oleh presiden-presiden terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak.
Bekas menteri kerajaan pusat dan ahli Majlis Tertinggi Umno ini memberitahu The Malaysian Insider, beliau turut bimbang dengan budaya politik semasa dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sambil menegaskan, ia jauh berbeza berbanding pendekatan terbuka dan telus yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Malangnya, keadaan sudah banyak berubah dalam Umno sendiri sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Ketika itu ada banyak kebebasan untuk menyuarakan pandangan kami, ruang untuk perbezaan pendapat dan debat terbuka,” kata beliau.
“Tetapi sekarang anda tidak ada persekitaran sedemikian,” kata Kadir dengan menekankan faktor-faktor yang membawanya untuk menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Kata beliau langakh itu akan membolehkannya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa, yang tidak boleh dilakukan dalam Umno sendiri.
Bekas menteri pelancongan itu merujuk kepada kritikan sesetengah pihak ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang melahirkan pendiriannya mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.
“Ia hanya satu komen, tidak bermakna beliau telah bertindak bertentangan dengan parti atau kerajaan tetapi kini ada gesaan agar beliau (Saifuddin) dipecat dari Umno,” kata Kadir.
“Ini tidak berlaku pada masa-masa lalu,” katanya lagi.
Kadir juga membandingkan kepimpinan Umno semasa dengan masa lalu dan menggunakan kes bekas Ketua Pemuda Umno dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris untuk mengetengahkan poin beliau.
“Kebanyakan daripada kami dalam Pemuda Umno tidak bersetuju apabila Datuk Harun dikenakan tuduhan rasuah.
“Kami menjadi saksi tentangan ke atas kerajaan ketika itu. Kami berkempen bagi Datuk Harun di seluruh negara... tetapi tiada tindakan diambil ke atas kami, meskipun ada perbezaan pendapat,” katanya.
“Itu bukan bermakna kami bertindak menentang BN ataupun kerajaan, ia hanya perbezaan pendapat,” kata Kadir.
Meskipun kesal dengan keadaan semasa dalam Umno, Kadir berkata beliau akan kekal dalam parti itu.
“Saya masih memegang jawatan dalam parti... ada banyak perkara dalam Umno yang saya setuju, sesetengah dasarnya,” kata beliau yang juga bendahari Umno Kulim Bandar-Baharu.
Kadir merupakan salah seorang timbalan presiden Amanah yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.
The Malaysian Insider

5 comments:
Manalah UMNO nak boleh bagi ruang ahli memberi pendapat. Pemimpin-pemimpin mereka angkat tu banyaknya bodoh-bodoh belaka. Jika ada ahli beri pendapat yang bernas dan berguna, manalah nak nak letak muka pemimpin-pemimpin ni. Hang Nadim yang berikan pendapat untuk berkubukan batang pisang masa serangan todak dah dibunuh beratus tahun yang lalu... semuanya angkara pemimpin bodoh macam pemimpin UMNOlah bimbang orang lain lebih pandai.
Pemimpin yang menampakkan kebodohan yang terbaru adalah Menteri Pertahanan yang mempertikai DAP mahu meletak calon Melayu di kawasan orang Melayu. Menteri bodoh ni tak tahukah bahawa DAP adalah parti pelbagai kaum? Lainlah UMNO yang dianggotai oleh orang Melayu... padahal yang 'tanned - kategori putih yang tergelap' pun banyak... Melayu sangatlah Menteri Besar Kerajaan Lanun di Perak.
Diktator mengekalkan kuasa dengan cara menipu.Sebab tu tamadun manusia merekodkan diktator dijatuhakan melalui revolusi. Tapi kita di Mlaysia ni lebih bertamadun, kita adakan perhimpunan BERSIH.
-----------------------------------
Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.
Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.
Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru. Baca berita penuh]
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Mohd Faizul Mohd Salleh (gambar kanan, tiga dari kiri) hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu.
komen mcm kadir ni lah yg aku tak bermaya dlm puasa puasa ni ..
aku peduli apa kalau pemimpin amenot ni diktator .. sb dlm amenot bukan masa skg tp selepas tun hussien lg dah mula diktator.. sb tu bila baca komen asd pencacai tak mampu melihat akan perubahan berlaku dlm emenot mengelirukan aku sb org yg tahu dan sedar ialah se angkatan dng kadir... yg muda muda ni dia ikut cara diktator jgk .. tu yg diwarisi dr pemimpin mereka..
sbg pemimpin amanah mrk sepatutnya memberi komen dr sudut kebaikan kpd rakyat ... jd lebih baikkomen tu tuju kpd pemimpin sbg pemimpin rakyat bukan sbg pemimpin parti.. kalau tak amanah merdeka mcn perkasa jugak..
aku ngaku silap jika komen tsbt atas kapasiti beliau sbg bendahari kulim bandar baharu
Bang Kadiq ajak kawan rakan Bang Kadiq masuk PAS ka masuk.... ajak sekali Datuk Saifuddin tu join kami d belah ni niii.
Tapi... kalau nak jd org ataih dlm PR sori laaa Bang nooo.
Kita d belah ni perlukan sokongan Bang Kadiq dan kawan rakan.
PRU 13 kali ni kita KALIH bagi BULIH!
Ingat Bang Kadiq, kali ni jangan pangkah KATI, p habag kat Bang Ku Li sama noo!
kadir ni pun satu .. kalau byk dah berubah dlm amenot maka termasuk lah presiden tp njib pulak dikatakan terbuka ...
che gu bard pernah tidak bersependapat dgn pemimpin kanan pkr tp dia masih lg dlm pkr ..
adakah semua pemimpin dlm amenot setuju dgn konsep 1msia .. setakat hari ini yg bersuara ialah tun m dan sesekali kenyataan mengelirukan oleh tpm ..
org amenot sedar penglibatan rosmah dlm pentadbiran ngara yg tersasar jauh.. kenapa pemimpin amnenot tak berani beri pandapat terbuka ke tertutup ke kpd njib???
mrk tentu dpt bandingkan dng isteri pm sebelum ini..
Post a Comment