Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, August 17, 2011

Tahukah Anda, Apa sebabnya Najib boleh jadi PM?

Tahukah anda pada tahun 1999,dengan 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN Najib cuma mampu menang kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 241 undi. Melayakkan beliau digelar sebagai 'Wakil Pos' bukannya 'Wakil Rakyat'.

Bagaimanapun selepas kemenangan tipis beliau, tanpa sebarang sebab secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan.

Hasilnya Najib yang dulunya menang tipis melalui undi pos menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).


Kemenangan yang membuktikan bahawa UMNO/BN berjaya memanipulasi sebaik mungkin undi pos untuk menobatkan ahli mereka sebagai 'Wakil Rakyat'

Kata Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa ada 24 lagi kawasan parlimen di seluruh negara yang bergantung tuah kepada pengundi pos termasuk di Jeli dan Ketereh di Kelantan.

“Terdapat 25 kawasan parlimen di semenanjung yang bergantung kepada undi pos termasuk Pekan dan Kepala Batas,” katanya pada satu ceramah di Pasir Mas baru-baru ini.

Malah ramai bekas anggota tentera mendakwa kertas undinya dipangkah orang lain ketika mereka bertugas di perbatasan pada musim pilihan raya.

Contoh mudah dapat dilihat misalnya di Kem Tentera Desa Pahlawan yang terletak di parlimen Ketereh sekarang ada lebih 3,000 undi pos.

Ketika pilihan raya umum lalu hanya sekitar 1,000 orang berada dalam kem dan 2,000 lagi dikatakan bertugas di hutan Gerik, Perak.

Persoalan yang ditimbulkan Bersih 2.0 sekarang siapa pula yang mengundi bagi pihak 2,000 anggota tentera terbabit.

Contoh kedua di Port Dickson terdapat 3,800 pengundi pos. Dan ketika pengundian pada pilihan raya umum lalu hanya ada 1,500 tentera sahaja berada dalam kem, selebihnya bertugas di merata tempat.

Berdasar kepada kajian dibuat hampir kesemua undi pos milik anggota tentera yang tidak berada di kem ketika pengundian tiba-tiba dipangkah lambang dacing. Dan terbaru berlaku di Sibu pada pilihan raya kecil tahun lepas.

Sebelum dikira undi pos calon DAP menang dengan majoriti lebih 3,000 undi. Namun apabila dikira undi pos calon DAP, Wong Ho Leng mengatasi calon BN-SUPP, Robert Lau Hui Yew dan Bebas, Narawi Harun hanya dengan majoriti 398 undi.

Kesimpulan dapat dibuat, jelas ada orang lain mengundi bagi pihak mereka memandangkan tiada kertas undi dibawa masuk ke pos-pos tentera dalam hutan ketika itu untuk membolehkan mereka mengundi.

Malah seorang pegawai kerajaan mengakui tidak ada dalam perlembagaan menjelaskan secara nyata berkaitan peraturan pengundian pos.

Tahukah anda siapa yang memangkah kertas undi tersebut? sila baca pengakuan dari bekas tentera dibawah.. walaupun mengundi di kawasan yang berbeza tapi senarionya adalah sama..


Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi



KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?”

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.


Harakahdaily

21 comments:

PenganutPAS said...

huhh hebat cerita kerani askar ni . mengundi guna 3 batang pen berlainan jenis untuk elak dikesan . agak agaklah kalau nak menipu pun ....

Anak kg pertama said...

Awat la baru la nie nak buat pengakuan? awat dulu tak reti pahala dan dosa ke? bila dah pencen baru nak sedar? kalau benar kena paksa tak perlu buat sidang media di Pejabat Agong PAS! SPRM kan ada..nanti PR kata SPRM makan gaji buta pulak..atau takut yg diri empunya sangkut pasal naik pangkat cepat sebab tolong pangkah kertas undi pulak...buat pengakuan agak2 le...bulan Ramadhan oooii...

Anonymous said...

Atas semangat keberanian merubah, pengundi-pengundi Parlimen Pekan telah memberi undi kepada calon PAS tetapi apakan daya undi pos memenangkan Najib pada tahun 1999. Adalah diharapkan semangat ini akan melonjak semula untuk seluruh negara dengan perubahan yang besar untuk menenggelamkan undi pos dan pengundi hantu. Insyaalah dengan keizinan Allah swt.

Anak kg pertama said...

Dah berkali pi mengundi PRU/PRk..untuk pangkah parti atas kertas kita guna pencil yg di sediakan oleh SPR..ada ke guna pen?...dah kantoi dah.."Mejar" kata guna pen pulak 3batang...Ok,time pengira 'Counting Agent" pun boleh buat bantahan kenapa guna pen? sebab SPR hanya sediakan pencil aje time mengundi Pos. Lain kali agak2 le..nak buat cerita pun.

Anonymous said...

weh! anak kg pertama jgn jd bangang sgt sikit2 bangang dah lah aku tahu kau ahli umporno apco pencacai tegar umporno, aku ni bekas anggota ATM brgkali kau masa tu masih dlm bentuk ATOM lg makna nya mak bpk kamu belum bernikah lg jd sbb itu aku katakan pd kau , kau masih dlm bentuk ATOM lg, sepanjang perkhidmatan aku dlm ATM x pernah sekali pun aku mengundi dan aku tau ada org lain tlg pangkahkan utk aku dan kwn2 aku, kau tau lah displin tentera taat n patuh n sedia berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir, la ni semua kisah2 yg x betul ni dah keluar, memang sistem pilihan raya di m'sia ni xbersih byk penipuan berlaku, lebih2 lg semasa pemerintahan mantan PM che det semua sistem habis punah ranah kehakiman, kepolisian,pej AG, aku salute kpd bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas krn keberaniannya mempertahankan bdn kehakiman m'sia tp akhirnya dia menjd mangsa krn takut kpd Allah drp manusia..brape lama nak hidup..org2 yg pernah menzalimi manusia lain sudah pasti akan merasa amat gentar apabila nyawanya sudah hampir ke hujung HALKUM.

Anak kg pertama said...

Anon 12.20,

Kau tak pi mengundi itu masalah kau! kau lupa hak kau..dan kau lupa apa erti pejuangan, ia bukan aje di medan perang aje..kira main peluru/bom aje..sifat2 pejuangan sebenarnya luas bidangnya...pi tanya anak2 kau dulu.

Anonymous said...

Korang tak yah berhujah la ngan AKP ni.. aku cadangkan setiap kali AKP komen kat blog ASD ni, 2 perkataan je kita reply.. "AKP BANGANG!!". Sebab dia mmg bebal tak leh nak ajar. Melampau-lampau betul kebebalan dia ni.

Anonymous said...

AKP BANGANG!! AKP BANGANG!! AKP BANGANG!!

Anonymous said...

AKP bodoh! Walaupun spr sediakan pensil, tapi kalau pengundi dah bawa pen sendiri, dia masih boleh pangkah guna pen..tak jadi hal..undi masih sah.
awat hang ni begitu bodoh ha!!!

Anonymous said...

seronok betul layan akp bangang nie.

kawan kita tu mmg tak pegi undi tp bila kira jumlah undi semua nya datang ngok.. bahlul!!

dan perjuangan kau utk nafsu
dunia.. khusus dlm bidang ringgit ringgit je..


"aku boleh berhujag dgn 10 org yg berilmu tp aku tak kan berundur dgn seorg yg dangkal spt akp"

Anonymous said...

pada zaman dahulu kala para ketua pemerintah akan meletak kan kem askar di tempat tempat yg strategik diantaranya ialah pusat komunikasi (rtm) sempadan msia (bukan negeri ya) stor makanan spt beras/mknan dlm tin dan stor senjata ..

aku tak tahu apa ada d Pekan. Adakah sempadan negara berdekatan Pekan? Adakah musuh dtg dr arah laut yg berhampiran Pekan? kenapa almahunnah tak serang kem di Pekan?

aku pasti Pertahanan negara Singapura pun akan kehairanan kenapa kem askar di Pekan yg jumlah penduduk nya dan harta bangunannya sgt kecil nilainya yg dipertahankan??

Anonymous said...

tajuk tahu kah anda, apa sbb nya bijan boleh jd pm?

jawab aku, tahu. sb selain undi pos tentera, bijan ada bini yg very powerful dlm amno.

setakat ni dia belum ada prg dgn tentera wanita, polis wanita dan selepas isu ini dia bukan saje melawat mrk ttp pakai baju seragam tentera/polis... just imagine...

Anonymous said...

AKP BANGANG!! AKP BANGANG!! AKP BANGANG!!

Penggali Kubuq said...

AKP BANGANG!! AKP BANGANG!! AKP BANGANG!!

PenganutPAS pun bangang..

serenity9260 said...

ceh,panggil dia Bapa Pos Malaysia lagi best


Kamera Haba Kini Digunakan Untuk Mencuri Nombor PIN ATM!

Anonymous said...

Pakai pen pun diterima bangang

Anonymous said...

Mengikut ramalan ku... UMNO/BN tetap memerintah negara Malaysia. Kini dan selamanya.

Anonymous said...

sini kalau pakai ramalan tp tak de hujah boleh blaaah..

Anonymous said...

kau ingatn aku ni bodoh sgt mcm kau ke AKP kau boleh sokong melulu umporno AKP kau memang bangan pun sbb ikut umporno hidup penuh dgn rasuah penipuan dan penyelewangan sbb itu pintu hati kamu dah tertutup dari HIDAYAH Allah swt, dan kau suka lah kalau umporno menang PRU 13 ni atas ikhsan PATI yg d jadikan warga negara dan 1 hari nanti mrk makan kamu dan anak anak kamu, faham tak?

fidel castro said...

adakah anggota anggota keselamatan negara (atm,tldm,tudm,pga) berani bangun untuk keadilan seperti bekas bekas anggota di atas? takkan PDRM berani guna bom asap..tunjukkan keadilan seperti askar thailand..

PenganutPAS said...

hujah undi pakai pen boleh diterima walaupun ada bantahan dan hujah bawak pen sendiri masa mengundi adalah hujah yang menunjukkan tahap pemikiran pengikut pembangkang ...... emmmmm hancurlah negara jika puak puak ni dapat kuasa ....

Archive

Related Posts with Thumbnails