Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, August 10, 2011

Status PR tidak boleh jadi pemilih - SPR

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyangkal tuduhan sesetengah pihak kononnya terdapat 1,597 pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf menegaskan pihaknya tidak akan meluluskan permohonan sesiapa saja berstatus PR menjadi pengundi dalam pilihan raya.

“Kita menyaring setiap permohonan untuk menjadi pemilih dengan amat teliti menerusi 33 kriteria, yang salah satu darinya ialah taraf atau status pemohon,” katanya.


Menurutnya, sesiapa yang memohon untuk menjadi pemilih mesti menunjukkan kad pengenalan biru dan kad pemastautin tetap warna merah tidak akan dipertimbangkan dalam apa cara pun.

Beliau diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang mengenai status PR yang nama mereka tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan SPR berakhir 2 Julai lalu.

Katanya, pihak membuat tuduhan tidak boleh berpandukan nama-nama PR yang terdapat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebab maklumat di situ kemungkinan belum dikemas kini.

“Di SPR, sekiranya ada sebarang keraguan mengenai status pemohon, kita akan segera merujuk kepada JPN, kita kena teliti setiap kriteria sebelum meluluskan dan mempamerkan daftar pemilih.

“Kita menyemak dan membetulkan nama pemilih setiap hari, jadi sekiranya ada pihak tidak puas hati sila datang untuk membuat semakan dengan SPR, sebab kita terbuka,” katanya.

Ditanya mengenai Mismah yang dalam rekod JPN berstatus pemastautin tetap, tetapi dalam sistem SPR dia telah didaftarkan sebagai pengundi baru, Abdul Aziz menjelaskan “Rekod dalam laman web JPN mungkin tidak dikemas kini, pembangkang tidak boleh merujuk hanya kepada rekod JPN, sebab itu kena semak dengan kita untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.


Sinar Harian

2 comments:

Penggali Kubuq said...

Apa yg SPR maksudkan dengan 'belum dikemaskini'.. adakah bermakna setiap warga negara yg mendaftar IC dengan JPN akan melalui satu peringkat yg mana nama mereka diletakkan sebagai PR dulu kemudian sampai tempoh tertentu baru bertukar kepada warganegara?

Bagaimana pula pemilih yang nama mereka ada dalam daftar pemilih namun tiada dalam senarai JPN.

JPN atau SPR siapa sebenarnya "PUAKA JEMBALANG" dalam isu ini.

serenity9260 said...

lu macam2 taik maw bikin,lu cirit birit ke hape??

1.3 Lagi Planet Kerdil Ditemui Di Sistem Solar
2.Apple Memohon Untuk Tidak Membenarkan Penjualan Samsung Galaxy Tab Di Eropah
3.Rupa Angry Birds Versi Superhero

Archive

Related Posts with Thumbnails