Thursday, August 18, 2011

Soalnya Khairy.. apakah UMNO dipercayai rakyat?

PETALING JAYA: Penulis blog dan pemerhati politik veteran Aspan Alias hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkenaan keperluan Umno mencalonkan individu yang boleh menang di dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib diselesaikan.


“Kita tentu masih ingat semasa parti Umno itu merupakan parti yang ‘winnable’ dahulu, calon-calon Umno pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang,” tulis Aspan di dalam artikel blog yang bertajuk “Khairy!! Kalau Umno itu masih parti yang ‘winnable’, semua calonnya akan menjadi calon ‘winnable’”.


Khairy!! Kalau UMNO itu masih parti yang winnable, semua calonnya akan menjadi calon 'winnable'.

Semalam Khairy membuat kenyataan yang UMNO akan hanya menurunkan calon yang mempunyai kelulusan akademik dan yang boleh di anggap sebagai calon yang ‘winnable’.

Ini juga merupakan tema ucapan Najib di dalam perhimpunan agong UMNO tahun lepas. Cita-cita Khairy untuk menurunkan calon yang mampu membawa kepada kemenangan UMNO merupakan niat yang sangat baik dan patut mendapat sokongan semua pihak terutamanya di kalangan pimpinan dan ahli UMNO setiap peringkat.

Elok kita memberikan sedikit input kepada Khairy apa sebenarnya masalah yang UMNO sedang hadapi untuk membantu beliau untuk membantu UMNO menyelesaikan masalah mengikut kehendak orang ramai yang sebenarnya sekarang ini.

DS Najib sendiri merupakan calon yang ‘winnable’ di Pekan. Begitu juga Muhyiddin di Pagoh dan Zahid Hamidi di Bagan Datoh. Hishamuddin dengarnya menghadapi masalah di Semberong tetapi beliau masih merupakan ‘winnable candidate’ di sana. Ramai lagi yang ‘winnable candidates’ dalam UMNO.

Tetapi setelah mendapat mandat kesemua mereka yang ‘winnable candidates’ inilah yang telah menyebabkan kita menghadapi masalah yang kini kita hadapi. Maksud saya ia bukan setakat mendapatkan ‘winnable candidates’ dalam pilihanraya yang akan datang tetapi Khairy mesti cari selain dari ‘winnable candidates’ itu ialah untuk mendapatkan calon yang boleh dipercayai jika mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah lagi.

Di sinilah masalah besar yang sedang di hadapi oleh UMNO. Semua yang ada di dalam kabinet itu adalah ‘winnable candidates’ tetapi kejujuran mereka yang telah berjaya menempa kemenangan itu masih di persoalkan ramai.

Khairy mesti sedar rakyat bukan setakat mencari ‘winnable candidate’ tetapi sekarang rakyat sudah lebih ‘sophisticated’ dalam kemahuan mereka. Sekarang ini rakyat sedang mencari parti yang ‘winnable’ dan bukan setakat mencari ‘winnable candidates’.

Jika rakyat sudah sampai ke tahap mencari ‘winnable party’, maka semua calon yang di anggap ‘winnable' oleh UMNO itu akan kalah jika rakyat sudah sampai ketahap mencari ‘winnable party’. Yang penting bagi UMNO ialah untuk menentukan samada masalah dan perkara yang di isukan oleh rakyat sekarang mendapat penyelesaian atau pun tidak.

Dalam artikel ini tidak payah lagi mengulangi segala isu yang sedang di hadapi oleh UMNO dalam menghadapi rakyat. Semua pihak tahu apa masalah dan isu yang belum di selesaikan oleh UMNO. Selagi isu kejujuran kepimpinan atasan dan banyak lagi yang semua pihak tahu belum di atasi, UMNO itu sendiri mesti menilai samada parti itu masih parti yang ‘winnable’.

Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib di selesaikan. Kita tentu masih ingat semasa parti UMNO itu merupakan parti yang ‘winnable’ dahulu, calon-calon UMNO pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang.

Sekarang ini PAS dan DAP diundi kerana simbolnya kerana rakyat sudah berkeyakinan kepada parti itu. Ibrahim Ali semasa bertanding sebagai calon bebas telah tewas dan hilang wang pertaruhannya, tetapi apabila bertanding dengan menggunakan tiket PAS beliau telah mendapat lebih dari 7000 majoriti kemenangan beliau. Itulah sebabnya keyakinan terhadap parti itu adalah perkara yang paling pokok.

Sebenarnya, jika orang ramai yang mengundi masih meyakini UMNO, maka semua calon UMNO itu secara automatik menjadi ‘winnable candidates’. Maksud saya UMNO itu sendiri mesti menjadi parti yang ‘winnable’.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails