Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, August 15, 2011

Siapa DANGKAL? Ezam atau Koh Tsu Koon?

Nilaikan sendiri dari kedua-dua laporan berita dibawah.. siapa DANGKAL?

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.


"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini.

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konco mendesak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk menyamakan pembakaran portal berita dengan kebakaran rusuhan London kerana (ia) jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi apabila seorang menteri (Tsu Koon) bersuara, saya wajar jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Tsu Koon menyatakan kekesalan dengan kesediaan Ezam 'membakar' kedua-dua portal propembangkang itu ekoran 'penipuan' kedua-dua agensi berhubung laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ezam menegaskan, kenyataan Tsu Koon itu jelas dangkal dan terkeluar daripada konteks sebenar kerana beliau langsung tidak berhasrat membakar para wartawan serta bangunan kedua-dua portal tersebut.

Justeru itu, Ezam hairan bagaimana Tsu Koon sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum di negara ini begitu cepat menyelar ucapannya tetapi membiarkan kedua-dua portal propembangkang itu 'membakar' hati umat Islam sejak sekian lama.

"Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini (Tsu Koon), kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan perpaduan," katanya - Lidah Rasmi UMNO


Sebelum itu..

Tsu Koon: Sikap Ezam ugut mahu bakar portal berita tidak boleh diterima

LUMPUR, 13 Ogos – Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh (gambar), tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.

“Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.

“Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya,” katanya.

Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan JJais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai “ejen kepada pengkhianat Islam.”

“Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda,” katanya.

Dalam ucapanya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan “perang.” - The Malaysian Insider

5 comments:

Anonymous said...

kedua-duanya dangkal, kedua-duanya mangkuk ayun, kedua-duanya ditolak rakyat, keduan-duanya belaci najib razak, banyak persamaan kedua-dua ni.

Awan Fantasia said...

kata-kata dan perangai membuktikan keperibadian diri..

Entri Terhangat!! :
Muka Baby Masa Pertama Kali Makan Lemon!!
Video Kenakan Kawan..LAWAK GILER!!

FMZam said...

Puki mak kau lah Ezam, nama dia bila terbalik jadi MAZE patut pun perangai macam orang sesat dalam maze cakap pun berbelit2 macam maze. Simbolik kepala hatuk dia, tu mulut dia yang kuncup macam pantat ayam itu yang simbolik. Senator pantat ayam!

Batu Nisan (BN) said...

Senator kotak ezam,kalau dipilih menjadi wakil rakyat munkin rakyat tolak bulat2 dan hilang wang taruhan,puak jahanam mcm ni sanggup bunuh kawan demi duit,luckylah kau diangkat najis jadi pencacai gangsa kalau tak merempatlah kerja sendiri,mcm aku,yg pukimaknya dia tak serik2 fitnah dengkinya spesis ini supaya dia di percaya pencacai umporno amatlah belalak,ingat diri bijak sangat...kerja mcm cibai tikus,spesis ini belum dia tumbang selagi itu dia fitnah membabi buta,dasar spesis pukimak....

Anonymous said...

kalau dah tahu sifat portal hny wujud di alam siber , knape tuan senator guna 'membakar' apa kah tidak ada perkataan yg lebih sesuai supaya mudah difahami oleh pengikut bendol yg dengar. nasib baik dia org tak de keberanian ..

ezam ni terlampu ngidam nak berucap.. kalau yg dtg 10 org mcm 10,000 org yg dengar ..

Archive

Related Posts with Thumbnails