Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, August 5, 2011

Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.


Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

27 comments:

Anonymous said...

Mat hassang kerajaang pepaduang...
Dia buat hal lagi....

ayam hutan said...

tak habis2 anak pak ali ni buat hal lagi. sikap umno tu ada lagi. tolong jangan di calunkan menjadi wakil rakyat pada PRU13 nanti

suahati said...

mmg selalunya orang Islam itu sendiri yg merosakkan agama Islam ini. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain atau musuh agama kita.Kita kena persalahkan diri kita sendiri yang tidak mengikut atau patuh wasiat atau ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw kepada kita.

Anonymous said...

Inilah padahny bila Umno menolak & tidak menghormati ugama Islam. Bila keadaan ini brlaku maka akn datnglah bencana.

Anonymous said...

Hassan Ali sejak ditendang dari jawatan Pesuruhjaya Selangor nak cari publisiti murah.MB Selangor ada hak dan kuasa untuk tarik balik kedudukan Hassan Ali sebagai Exco kalau Hassan Ali terus buat hal.Sejak dulu lagi Hassan Ali nak malukan MB Selangor,buat apa beri fia jawatan Exco.

Anonymous said...

Tiada kaedah lain ka tok serbu serbu saja. Kita lihat banyak kes yang lalu dok tergantong saja

panah said...

Apahal yang duk salahkan Hasan Ali je ? Pihak gereja tu apa cerita? Kalaulah hanya acara berbuka puasa je, mangapa tidak dibenarkan sahaja pihak penguatkuasa tu hadiri sama? menilai sendiri acara tersebut? Pelik juga!!

Anonymous said...

Yg pelik kenapa nak lari dari JAIS. Kalau mereka benar, bagi kerjasama kepada JAIS dan buktikan ape yang JAIS tu buat tidak betul.

Cuba jangan masukkan bab POLITIK dalam hal ini. Takut ade orang yang menangguk di air keruh.

Anonymous said...

menurut perlembagaan rakyat bebas beragama. kalau dia nk sebarkan di dlm gereja apa salahnya lain la tempat awam. JAIS tida hak nak serbu sbb di Malaysia masing2 ada rumah ibadat. perkara spt ini patut dielak bagi menjaga nama baik Islam.

Anonymous said...

dlm kutbah jumaat pun ada sebut injil .. ada sebut kristian .. dlm quran pun ada sebut injil .. jd apa salah kalau dia org sebut quran dan pray ...

melainkan mrk perlekeh quran dlm pengucapan awam ..

Anonymous said...

Orang dlm majlis tu bukan nak lari, tapi bila dah diSERBU macam MOSSAD israel, buat kecoh, sapa yg tak rasa terancam. aku yakin kalau hassan ali pun di majlis tu dia pun akan angkat kaki cabut, nak tunggu apa lagi??

Anonymous said...

setakat ni kita hanya baca lapuran awal pegawai JAIS yg kata pihak penganjur CUBA halang sisatan.
Pengalaman aku di malaysia ni, bila di bongkar dan disiasat lebih detail selalunya lapuran awal ni akan kantoi. Belum ada satu cerita pun disiarkan mengenai kenyataan orang2 islam yg hadir disitu. Kalau nak pass judgement kenalah dengar cerita dari kedua2 pihak.

Anonymous said...

setiap kali amco nazak kena serang setiap kali dia buat hal mcm ni ..

skg dng masalah njib dlm amco..
dgn isu ic utk pendatang ..
dgn rosmah nya ...

Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut. - kan ada 12 org islam yg terlibat dng kutipan dan aids ni tentulah dia org berbuka sesama dia org ... apa lah punya ckp mcm nie ..

Anonymous said...

dr komen ni aku amat ragu ragu dgn hassan ni.. mula mula kata majlis berbuka puasa seolah olah menjd kesalahan ... kemudian point kan ada yg lari pintu belakang .. kemudian ada 12 org islam dlm majlis tsbt ..

LAST ... PERENGGAN TERAKHIR ... baru ckp ada bukti bukti kegiatan penyebaran agama ...

bermakna tujuan mula mula atau maklumat mula mula yg diterima ialah ada majlis berbuka puasa di gereja ..

jgn buat keje bodo laaaa

Anonymous said...

Hassan ali ni walaupun ada PhD, tapi cara berfikir dan ambil tindakan macam orang tak berpelajaran tinggi. selalu di selangor ni, tindakan dia berdasarkan lapuran, orang tu kata, orang ni kata, mereka kata. Apa perlunya Hassan ali percaya bulat2 apa kata orang?? dia ada kakitangan terlatih di JAIS utk buat siasatan terperinci bagi setiap lapuran. Kalau ini dilakukan pasti tak kecoh macam sekarang.
Sekurang2-nya JAIS boleh hantar hanya 1 atau 2 pegawai dia ke majlis tersebut utk dapatkan maklumat sebenar...jika ada kes barulah dipanggil mereka yg terlibat!
Bodoh punya Hassan Ali!!

Anonymous said...

1. kalau tak di serbu org tak kan lari.. dlm tempat awan jika ada serbuan (mcm huru hara) ada yg akan cabut .. mungkin mrk ingat ada org mengamuk dan sudah tentu mrk panik dlm keadaan itu

2. ini bukan lah cara gereja nak sebar agama pd org islam.. cara mrk lebih halus dan berhemah .. tak de mrk nak buat sekali 12 org.

3. sesape pun tak suka kalau masuk tempat org tak bagi salam atau bersopan .. lg sekali kalau tak serbu org tak kan lari .. disini adakah yg lari tu adalah 12 org islam??

4. menurut perlembagaan bebas beragama ttp tak leh menyebar agama .. aku kurang setuju kalau kita berusaha (sebar) nak islamkan org .. kalau kita jaga islam kita.. org akan tertarik dgn sendiri nya dan selain hidayah dr allah ..

5. ckp sikit politik .. dah jd pengetahuan awam tentu lah org ada pandangan..

6. siasata lanjut bg kedua dua kesalahan akan diteruskan .. kesalahan yg mana ? apa kesalahan sek 10 .. mcm nak sorokkan sdgkan dlm berita kes dadah tu pun berulang kali sebut sek setiap kali tangkapan dibuat.. siap dgn hukuman nya

7. jika penganjur utama masih dan mmg beragama islam kenyataan 'yg dipercayai' amat menguris hati ..

Anonymous said...

Penjelasan JAIS penuh dengan penipuan....
Media hanya berat sebelah
Tunggu penjelasan dari pejabat MB.......
Mat hassang kempunan nak jadi MB

serenity9260 said...

die ni boleh caya ke,rmai kate die ni taley caye ekk??

1.10 Kawasan Paya Tercantik Di Dunia(17 Gambar)
2.Pelukis Tatu Berusia 3 Tahun
3.Peluncur Ombak Professional Termuda Di Dunia Ialah 2 Tahun

Anonymous said...

aku keliru la..adakah org gereja tersebut memaksa 12 org yg beragama islam tu masuk gereja atau atas kehendak sendiri? siasatlah...jgn nak salahkan agama lain pula! islam ada kepercayaannya sendiri..takkan dgn senang-lenang mereka nak join agama lain..?

Anak kg pertama said...

Dugaan Allah SWT turunkan pada puak2 yg cakap pandai sangat...depa la yg paling hebat kt Malaysia nie..bila ada kes terkena batang hidung salah org lain pulak!!...lagi sumbang komen2 diatas yg tak tahu hukum hakam agama Islam..main sedap jari nak taip aje.

Anonymous said...

AKP
kau ni tak habis2 dengan bahasa bebal kau. idea nak hujah bals tak pernah dtg dari kau...typical pecacai umno bodoh.
tapi aku tabik spring kat kau yg akhirnya mengaku penjuang2 rakyat "PANDAI CAKAP". kau nak pandai cakap pun boleh... first step, kau kena buka minda kau tu dan stop baca utusan meloya.

Anak kg pertama said...

Anon 12.03pm

"PANDAI CAKAP" tu jika org lebih senang fahan "CAKAP TAK SERBA BIKIN"

Anonymous said...

AKP
apa yg hang dok merepek ni syaitan dlm bulan puasa ni. macam mana hang boleh terlepaih ikatan???
"cakap tak SERBA bikin"??? entah!! kau sorang saja faham lah.

Anonymous said...

dlm soal ini kita bukan ckp psl berpihak kpd parti atau kpd hasan ali tp kita ckp psl islam itu sndiri.

bagus hasan ali buat kerja mcm tu kalau dia buat dgn betul .. niat tu dia dgn allah ..

aku setuju dgn anon 7:40am dengar cerita dr kedua dua pihak .. itu lah sepatutnya tp mcm mana kita nak berpihak kpd hassan sb dr awal mcm tak betul .. selama aku hidup ni .. baru skg aku dengar jais berjaya buat serbuan ada kes mengkristian kan org islam .. pdhal maaf lah ckp psl isu ni sebenar dah lama .. smp sebelah kerabat isteri aku aku pun ada yg dah dikristian kan .. tu cite 20 tahun lalu ...

dr sumber internet pun kita tahu ada amaran paderi melayu masuk msia .. apa langkah jais?

dan aku juga setuju 7:49 hantar pegawai .. kita kan ada sedara islam cina dan india ... kalau dlm ceramah pas boleh pulak dia hantar sb bg ceramah ugama tanpa tauliah ... dlm mesjid pun ada spy kalau khutbah berat kpd pembangkan ..

jd kalau tuan/puan berpengang kpd mendengar kedua dua belah pihak maka fikirkan lah apa yg saya sendiri memikirkan nya..

aku cuba berpihak pd tindakan jais tp sayang kenyataan akhbar hasan buat aku meragui nya lagi..

td aku terbaca akhbar di kedai cermin mata .. lapuran akan diserahkan kpd sultan .. knape tak kpd mb dulu ??

Anonymous said...

bila ada org islam beusaha menonjolkan islam dgn prog dan memberi bantuan .. mcm mcm kerenah mrk buat ..

ingat tak kes tanah runtuh yg melibatkan rumah anak yatim.. mcm mana petugas pas nak masuk ?

kes tsunami bantuan dr badan islam kena serahkan kpd pihak berkuasa bukan kpd mangsa ..

dr asri bg kuliah tertutup pun depa mai kacau ..

Anonymous said...

pulak dlm akbar harian td aku pun terbaca pengakuan seorg wanita yg salah se org dr 12 org ..

kata nya pendakwah tu org melayu kristian .. dpt bible dan pita lagu lagu keagamaan lagi. dia kata dpt duit bantuan lebih dr mencukupi..

kenapa lepas serbuan wanita ini tdak ditahan sdgkan dia masih agama islam .. logiknya mcmana pihak gereja boleh lepas kan wanita ini gitu gitu je ..

bukti begitu jelas tp tak de tangkapan .. dr asri di iring oleh peg jais ..

kita terima lah kata dia.. tp pernah tak kau tenguk org kristian kaum india .. pun ada yg susah .. jd apa ke benda dia nak tolong org yg bukan kristian ..
tentu org yg kristian susah tidak berpuas hati dan mereka boleh tinggal kan agama tersebut tanpa masalah .. tidak mcm islam yg mmg semua tahu susah nak bertukar agama .. krn ada undang undang islam .. kira kontrak persetujuan laa... bukan paksaan..

Anonymous said...

INI LAH LICIK NYA MEREKA TANPA MEMPERDULIKAN AKAN KESAN NYA KPD AGAMA SUCI ISLAM SELEPAS ISU PERKAUMAN YG DI MAINKAN TIDAK BERJAYA.. ISU VIDEO GAGAL .. ISU GANTI KETUA PEMBANGKAN TAK MENJADI.. ISU AMBIGA BAGAI ANGIN YG LALU.

APAKAH SBG EXCO YG DI LANTIK ATAS KAPASITI WAKIL PAS HASAN TAK BOLEH BERMUAFAKAT DG PEMIMPIN PAS YG LAIN.

PAS BANTAH KERAS IKLAN BERSAHUR.. TENTU PAS AKAN MENYATAKAN KEKESALAN KRN ADA AKITIVI TIDAK BETUL DI GEREJA.. DAN SETERUSNYA DR MAKLUMAT TENTU JAIS TAHU ORG YG TERLIBAT DARI SINI JAIS BOLEH MENYIASAT ..

DGN TINDAKAN JAIS INI APAKAH MUDAH UTK MEREKA MEMBUKTIKAN DGN FAKTA MENNGIKUT PERUNDANGAN.. MCM MANA NAK BUKTI KAN CONTOH ORG ITU MURTAD TP DIA KATA TAK .. INI AKIDAH .. SKG PIHAK YG DITUDUH MENGATAKAN ADA MEMBERI BANTUAN UTK HIV/AIDS... KAN DAH SUSAH PUNYA KERJA ...

Archive

Related Posts with Thumbnails