Thursday, August 18, 2011

Serbuan JAIS : Dari mana Blogger pro-UMNO peroleh bukti?

Sebagaimana kita telah melihat dalam kes Video Seks edaran Three Stooges yang mana rakaman asal yang kononnya hanya mempunyai satu salinan, tetapi setelah diserahkan kepada pihak Polis pada waktu siang hari, pada malam hari pula ianya telah diupload kedalam YouTube oleh beberapa orang Blogger Pro-UMNO.

Biarpun pada awalnya pihak UMNO menafikan mereka terlibat dengan pengedaran Video Seks tersebut namun akhirnya banyak bukti-bukti dan maklumat-maklumat yang tersebar di internet menjurus kearah itu.

Bermula dari tempahan dewan di Sri Carcosa hinggalah pengedaran secara terbuka dan berleluasa tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa, jelas kelihatan tindakan penyebaran video seks itu didalangi oleh pihak yang lebih berkuasa dari pihak berkuasa..


Adakah begitu juga halnya dalam isu serbuan JAIS terhadap Gereja ini? Blog-blog pro UMNO menyebarkan bukti yang wujudnya usaha pengkristianan,sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

Siapa yang membekalkan Blog-Blog pro-UMNO itu dengan segala bukti ini?

Jika ianya benar mereka mempertahankan akidah umat Islam yang dikatakan cuba dikristiankan oleh pihak gereja tersebut mengapa hanya Blog-Blog pro-UMNO yang memperolehi dokumen itu tidak Blog-blog prp PR?

Kalau mempertahankan akidah umat Islam tujuan mereka kali ini... dimana mereka agaknya ketika kes Lina Joy sedang berjalan??

Dan dimana pula mereka yang mahu mempertahankan akidah ummat Islam itu setelah 54 tahun UMNO/BN berkuasa 230,000 ummat Islam Malaysia telah murtad? - sila baca di SINI


Bukti blog pro-Umno: Rakyat tunggu tindakan Jais
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melengah-lengah isu menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) atas laporan murtad sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, apabila di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

“Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Dalam isu Jais, Tuan Ibrahim hari ini juga menimbulkan persoalan terhadap beberapa reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu Jais menyiasat gereja – yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Tuan Ibrahim berkata perkara paling aneh ialah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

“Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

“Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, kata beliau ialah kecepatan media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri dan juga demonstrasi yang dilakukan Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal beliau.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails