Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan di London : Tiada Pelajar Malaysia terbabit?

Baca kedua-dua berita dibawah dan bezakan kenyataan Anifah Aman dengan laporan berita yang kedua.. Anifah Aman kata tiada pelajar Malaysia terbabit dalam rusuhan di London..

Berita yang kedua pula adalah sebaliknya.. Adakah Anifah Aman bercakap ikut suka dia semata-mata untuk menyedapkan hati keluarga pelajar Malaysia di London atau beliau memang tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sana?

Jika beliau tidak tahu apa yang berlaku disana.. beliau sebenarnya sedang makan gaji buta.. dasar pemimpin UMNO!! Berbohong dah jadi amalan mereka..


Tiada rakyat Malaysia terbabit rusuhan di London: Anifah Aman

KOTA KINABALU: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam rusuhan di London yang tercetus pada hujung minggu lalu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sebenarnya tiada sama sekali di kawasan itu.

"Saya mendapat laporan daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di sana, Datuk Zakaria Sulong bahawa rakyat kita terutamanya pelajar, sedang bercuti.

"Sebahagian besar daripada mereka sudah pulang ke tanah air, namun saya menasihati rakyat Malaysia di kawasan berhampiran supaya tidak pergi ke kawasan tertentu," katanya selepas majlis berbuka puasa kementeriannya di sini, malam tadi.

Rusuhan dan samun tercetus Sabtu lalu di Tottenham di Utara London susulan tunjuk perasaan berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, Anifah berkata, keadaan masih selamat untuk ke Britain. Namun, menasihati rakyat Malaysia supaya menjauhkan diri dari Tottenham iaitu sebuah kawasan dengan kadar pengangguran yang tinggi dan diselubungi isu perkauman buat sementara waktu. - BERNAMA


Laporan dari The Malaysian Insider - Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails