Saya tersenyum apabila membaca komen pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian mengenai ‘Wanita Pertama’ Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Menurut Ibrahim, pusat bancian Merdeka Center percaya Rosmah tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, walaupun itulah yang ditanggapi ramai.
Bagi Ibrahim, segala-galanya bergantung pada liputan media.
“Media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif. Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Tetapi media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,”katanya.
Bagaimana berita itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.
“Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.
Saya bersetuju.
Tetapi berita yang sampai pun kalau terlebih-lebih sangat, ada mudaratnya. Banyak kerja baik yang dijaja berlebihan bertukar menjadi tidak baik. Ibarat kek, kalau terlebih sangat isingnya, kelat juga tekak nak telan.
Itulah yang dapat saya kesan daripada dua insiden. Pertama, ketika di rumah seorang kawan. Kami berbual sambil menonton Buletin Utama di TV3 apabila dia tiba-tiba mengalih siaran ke saloran lain sebaik sahaja muncul berita mengenai Rosmah.
“Tiap-tiap malam ada dia,” komen kawan itu.
Dalam insiden terbaru pula dua hari lalu di sebuah kedai makan. Pemilik kedai mengalih siaran semasa TV menyiarkan berita Rosmah menghadiri majlis takzirah bersama para anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).
Saya tak dengar dia berkata apa-apa. Tapi mukanya tidak mencerminkan orang yang sedang dalam kegembiraan. Selang dua tiga minit kemudian, dia kembali mengalihkan saloran ke siaran berita semula.
Dua insiden itu mungkin kecil. Tetapi nilainya menjadi agak besar kerana kedua-dua orang itu, kawan saya dan pekedai tadi, adalah orang yang saya ketahui sebagai ahli UMNO dan penyokong kuat BN. Kalau mereka begitu, bagaimana orang lain?
Dan berapa ramai lagi ahli dan penyokong UMNO yang berkongsi perasaan dengan mereka?
Saya teringat ketika mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih berkuasa dahulu. Ketika keluh-kisah orang terhadap kepimpinannya sedang memuncak, ada yang terus tutup TV apabila muka Pak Lah muncul.
Setakat sekarang saya belum lagi melihat orang menutup TV kerana tak mahu melihat muka Najib. Tetapi saya telah melihat orang mengalih-siaran kerana Rosmah.
Dan saya tertanya-tanya mungkinkah suatu masa akan ada orang yang menjual TV kerananya?
Mudah-mudahan tiada.
Tapi siapa tahu…
Dipetik dari Blog Pro UMNO yang nama blognya Rontogdaily

11 comments:
Meredeka center ni dpt info dari survey dan statistic. sepatutnya ibrahim ni cerita perkara yg orang tak tahu..ini nak cerita perkara yg orang dah lama tahu. Namun ibrahim ni masih ketingalan dlm rumusan beliau. orang bukan sekadar meluat melihat gelagat rosmah, lebih penting orang tertanya suami jenis apa najib ni sampai gagal bentuk dan bendung siasah isteri dia....dayus? takut bini? macam ni ka PM Malaysia? macam ni punya weak character pun orang umno boleh angkat jadi president???......rumusan aku...president umno lemah & ahli umno bangang.
Orang UMNO sekarang, bukan sekadar Rosmah...hatta Najib pun dah jemu nak tengok.
Jadi benarlah Rosmah bukan lagi beban kepada Najib sebab kedua duanya sudah jadi beban kepada UMNO.
Ada jugak yang bakor bakor bakor je TV tu nanti...
Hidup Muhyidin! Hidup Muhyidin!
aku sangat setia kepada umno
dari dulu kini dan selama-lamanya
maka demi umno
aku doakan moga najib dan rosmah cepat gol dan undur diri
untuk ahli umno yang lain tu pula, carilah pengganti yang lebih baik dan layak
anon 11.26am..
aku suka kalau rosmah dan najib kekal berkuasa di Malaysia ini sebab bukan sahaja kedua-duanya cepat gol tetapi termasuk juga parti UMNO-BN! percayalah sesiapa yang menggantikan najib sudah pasti akan kekal mengamalkan dasar racis, kronis dan segala macam datuk nenek masalah!! kerana semua pemimpin dan ahli UMNO telah mengalami barah dalam dasar-dasar itu!!
pelik orang umno ni.salah rosmah yg bagong ni pun die setia jugak.kalo kawen bergado.kalo ngan umno,kena sembelih pon kate setia lagi
Galaksi Andromeda Akan Berlanggar Dengan Bumi Dalam 10-20 Tahun Lagi
Sayang Najib undilah BN,
Sayang Rosmah lagi-lagilah kena undi BN.
UMNO kalau berani buat kain rentang dengan slogan di atas. Mesti akan lebih ramai ahli PAS akan mohon borang untuk masuk UMNO... sampai cawangan PAS terpaksa dibubarkan.
Trylah buat... mustajab.
kalau ada jual tv yg auto off tentu laris..
keluar je gambar rosmah .. tv tu off sendiri ... abis je tv tu on sendiri..
kalau ada tlg gtau aku pun nak satu ..
he he he yea ker org tak tutup tv bidila najib kuar kat brita....
Aku bkn setakat tukar channel... Tutup trus TV!Buang karan..
Dulu kini dan .....(dari zaman tok nenek ke ni?) baca Quran kena tunjuk jambul. agama hanya mainan saja pada UMNO, bukan nak dihayati dan diamalkan, tu pun masih ada tok lebai masih sokong, malang-malang, lalu jadilah lebai malang, mudah-mudahan UMNO cepat kojol.
Post a Comment