Maka sekali lagi kita menyaksikan budaya menafikan membabi buta digunapakai dalam menegakkan benang yang basah.. kali ini SPR mempersalahkan JPN pula atas apa yang telah berlaku..Dah jadi macam lagu 'Bangau oh Bangau'.. pakat menuding jari keseluruh arah meletakkan kesalahan terhadap orang lain.. akhirnya Penduduk Tetap (PR)tetap boleh mengundi, dan UMNO akan kekal berkuasa lagi..
Yang rugi Rakyat Malaysia sendiri kerana kedaulatan negara digadai UMNO hanya kerana takut kehilangan kuasa..
SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.
Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.
Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru.
Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
Malaysiakini

5 comments:
Kat semakan SPR tu tercatat -
Jenis Permohonan : Pendaftaran Baru
Status Rekod : Dalam Proses Pengesahan Daftar Pemilih.
Belum jadi pemilih lah tu.
Tentang semakan JPN ... memang menghairankan ... semalam MERAH ... hari ni BIRU ... baru dapat kerakyatan kut.
Nama memang pelik ... tak de binti !!!
JPN kena jawap ni ... segera.
Standard la tu Bang... tangkap org dlm JPN masuk ISA kalau KDN (K'jaan) betul2 telus. Tunjuk sama rakyat pendedahan2 selama ini semuanya benar bukti nyata.
Be eNd nak KANTOI dah niiii!
tak setuju ngan paksu man... jgn di ISA kan... nnt cukup haul dilepaskannya... buat PC... panggil media, suruh puji kerajaan, terima kasih pd kerajaan sbb tahan bwh ISA dan bukan dibicarakan dimahkamah...
sebab, klu masuk ISA, cerita sebenar takkan keluar... biar masuk mahkamah, nnt adalah nama2 yg terkucil semasa bicara....
org yg menjual maruah negara adalah pengkhianat... kalau dimesir hukumannya tali gantung!
Kalau itu salah JPN, siapa pula yang mendafterkan mereka ini sebagai pengundi?
Sya berpendapat JPN dan SPR bersubahat dalam perkara ini. JPN bertanggungjawab memberi Mykad dan SPR mendaftar. Terdapat "online-link" kedua-dua jabatan pengkhianat ini.
setuju dgn komen2 di atas SPR dan JPN serta KDN mrk ni semua nya sama main tarik tyali ' sorong papan tarik papan buah keranji dlm perahu, sama sama makan sama sama simpan, orang lain biar mrk merapu. itu lah moto mrk tp rakyat bukan bodoh, kalau dah 2 juta nanti boleh mengundi maka satu hari nanti yg 2 juta tu lah ada yg akan jadi PM malaysia itu boleh tahan lg tp takut2 malaysia jadi Republik sama spt Indonesia... tak mustahil ini berlaku pd kita org melayu di negara sendiri akan jadi PATI pula amacam? kita tenguk Chow Kit Rd aje dah lah siapa peniaga dia?..fikir2kan lah!!! sebelum Nasi Menjadi Bubur!!!
Post a Comment