"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soal Setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali.
Memang sangat jelas kebulurnya Najib akan undi Kristian.. sehingga beliau sanggup menghabiskan duit dan masa untuk terbang ke Rom bagi berjumpa dengan Pope hanya untuk meraih undi dari penganut Kristian di Malaysia.. sila baca di SINI laporannya..
Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".
Rasanya tak ada sesiapapun yang mahukan PERKASA menjadi orang tengah.. baik dari PR mahupun dari BN sendiri kerana kenyataan-kenyataan yang tak ada otak yang sering dikeluarkan mereka..
PERKASA: Pemimpin Melayu kebulur undi Kristian
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian.
"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya.
Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Justeru, PERKASA memohon supaya Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam menitahkan supaya pemimpin Islam bersidang bagi membincangkan isu murtad.
Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".
Ditanya tentang asas kebimbangannya sedangkan jumlah orang Kristian di negara ini cuma 9 peratus, Syed Hassan berkata:
"Itulah yang kita pelik, 9 peratus sahaja, kenapa hendak kejar sangat undi mereka?"
30 anggota berdemo
Beliau juga berharap JAIS mempercepat siasatan terhadap isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dengan dibantu pasukan polis.
Sebelum itu, Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu.
Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan.
Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.
"Kalau mereka boleh janji tidak buat perkara itu tidak mengapalah," katanya lagi.
Sementara itu, ditanya tentang sambutan tidak menggalakkan apabila tidak ramai menyertai perhimpunan itu, Syed Hassan mengaku kecewa dengan keadaan itu.
"Ini kita buat ad hoc sahaja. Semalam baru cetak poster," jelasnya kepada kira-kira 30 pemberita dan jurugambar.
Malaysiakini

5 comments:
kalau pakatan rakyat tak jaga undi penganut kristian nanti elizebeth wong , theresa cock , hanna yeoh , xavier dan ronnie liu tak menang apa jadi . tak ker pKR dah tak boleh nak perintah selangor lagi ??
Cara ckp tok Jib dh dpt agak bhw PRU akan dtg adalah penipuan yg terbesar dlm sejarah pilihanraya. Semoga Allah terbalikkn pintu hati rakyat asing yg boleh menggundi ni dgn menolak calon BN.
Kepada PenganutPas, Apa halnya yang tok jib jumpa kepala bapak kristian di rom tu, takkan pasai nak ambik selangor dari pakatan je kot, atau pun takut PRU 13 nanti berlaku swing disabah & sarawak dari puak kristian, bukan saja selangor tak dapat, PUTRAJAYA pun terlepas beb. Kita sama-sama tunggu, tak lama lagi dah. mungkin masa tu kita boleh sama-sama tengok muka mynmar, bangla, indon pun keluar buang undi nanti. PUNAHTANAHAIRKU
eemmm tapi yang aku heran kat serawak pun kalau PR menang puak kristian yang berkuasa . sapa namatu baru bian ??. kesimpulan nya kalau puak kristian tak sokong pakatan rakyat , pakatan rakyat tak leh memang punya . dan kalau pakatan rakyat memang puak kristian lah yang akan mengusai pentadbiran kerajaan pakatan rakyat.
hahahaha,perkasa hina umno oii!!kata umno parti melayu,awat perkasa hina melayu lak ni??wakakkaka
Cara Membuat Api Daripada Ais(Video)
Post a Comment