Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.
Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.
Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.
"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dalam satu SMS.
Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.
ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.
JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.
Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.
Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.
"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.
Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.
Malaysiakini

5 comments:
Typical government servant approached, when cornered they will start playing "thi-Chi".
woit ...
Bulan puasa lagi ligat berpusing
...syaitan dah dirantai...
..kalau manusia mesti cakap benar..
kah..kah...kah
tak cukup salahkan kerani,die salahkan jpn pulak,memang berani betul spr ni
1.3 Lagi Planet Kerdil Ditemui Di Sistem Solar
2.Apple Memohon Untuk Tidak Membenarkan Penjualan Samsung Galaxy Tab Di Eropah
3.Rupa Angry Birds Versi Superhero
Kalau dah tahu bermasalah selesaikan lah bangang!! dok berpusing-pusing menyalahkan pihak-pihak lain! Inilah habit sebahagian orang melayu.. selalu menyalahkan pihak lain tapi diri sendiri punya kesalahan tak disedari! bodoh punya Pengerusi SPR! Hentak kepala dengan batu baru tolol!!
bukan senang nk kawal beratus beribu staf.....apa saja kesilapan kecil ke besar ke perlu ditangani....terima kasih kerana menggeledah isu baru ini tetapi jgn la pulak kita marhaen ni tibai kaw2 mereka tu adalah baik kita muhasabah diri.....mungkin tanpa kita sedar kita juga ada buat salah....saya sgt yakin dan pasti staf atau sesiapa yg buat salah tu akan dikenakan tindakan tertib....klu tak percaya lps nih siasat lagi sejauh mana kes ini diselesaikan.
Post a Comment