Thursday, August 4, 2011

Pengakap berhutang bila di ketuai oleh Pemimpin UMNO..

Putrajaya digesa bercampur tangan mengatasi masalah kewangan yang dialami Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini.

“Saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros,” kata bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar.


Persekutuan Pengakap Malaysia kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Langat.


Persekutuan Pengakap defisit RM350,000, Putrajaya digesa tindak segera

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Putrajaya digesa bercampur tangan mengatasi masalah kewangan yang dialami Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini.

Dalam satu surat diedarkan kepada kepimpinan PPM seluruh negara, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin berkata, “dukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengalami defisit perbelanjaan lebih kurang RM350,000.”

Surat itu tidak menyatakan punca, sebaliknya meminta semua pihak dalaman PPM mengambil tindakan mengelak membuat permohonan bantuan kewangan.

Sehubungan itu, kata beliau, PPM berharap pihak dalaman pertubuhan tersebut “tidak lagi mengemukakan sebarang pernohonan bantuan kewangan daripada PPM bagi menampung aktiviti dari program” masing-masing.

The Malaysian Insider menghubungi PPM pagi ini tetapi tidak memperoleh respons daripada Zaki.

PPM kini diketuai oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

Mengulas perkara tersebut, bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata, ini kali pertama PPM berhadapan dengan situasi sedemikian meskipun mempunyai harta dalam bentuk bangunan dan tanah khususnya di Lembah Klang.

“Saya dapati ini tidak sepatutnya berlaku, nampaknya kepimpinan PPM sekarang boros... boros dalam perbelanjaan. Saya dimaklumkan program yang dijalankan melibatkan kunjungan ke luar adalah membazir, boros,” kata beliau lagi.

“Ini kali pertama situasi seperti ini berlaku, ia sungguh menyedihkan dan mengecewakan... bagaimana ia boleh berlaku? Ada yang tidak kena dalam pengurusan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

PPM mempunyai sekitar lapan bangunan dan beberapa bidang tanah di Lembah Klang, kata beliau yang bimbang ia kemungkinan boleh dijual untuk mengatasi masalah defisit.

“Kita tidak mahu hartanah bernilai ini dijual,” katanya.

“Oleh itu saya mengharapkan tindakan sewajarnya. Saya dari PPM dulu, saya tahu bagaimana soal kewangan PPM harus diuruskan,” kata beliau.

PPM merupakan satu pertubuhan beruniform sukarela para belia dan beliawanis dan ia sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia.

Ia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta digubal Parlimen.

PP kini ia dianggotai kira-kira 80,000 ahli di seluruh negara.

“Oleh kerana persekutuan ini ditubuhkan di bawah satu akta Parlimen, soal kewangan seharusnya diuruskan dengan baik. Bagi tujuan itu, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan, SPRM dan polis menyiasat perkara ini agar ia tidak menjadi semakin serius,” kata beliau.

“Setiap ahli membayar yuran RM5, bermakna ia mampu mengutip yuran dalam jumlah besar, walaupun ditolak dengan peruntukan kepada cawangan, ibu pejabat masih ada lebihan.

“Ia juga mengutip sewa dan juga geran kerajaan. Jadi, ke mana perginya wang ini?” kata Kamarudin yang juga Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu.

PPM terletak di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails