Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, August 16, 2011

Papagomo sebar dokumen palsu pula.. MBPJ lapor Polis.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya membuat laporan polis hari ini ke atas seorang penulis blog berhubung dakwaan berkaitan "Ops Sita" ke atas Damansara Utama Methodist Church.

Pengarah bahagian penguatkuasa dan keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, laporan itu dibuat memandangkan pihak berkuasa itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa laporan berhubung Ops Sita, seperti yang didakwa.

Dokumen yang dimuatkan di laman papagomo itu juga merupakan "satu dokumen palsu," katanya lagi dalam laporan polis yang dibuat di IPD Petaling Jaya petang ini.


"Laporan palsu itu dipaparkan sebagai kononnya yang dikeluarkan oleh pihak jabatan saya," tambahnya yang turut menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam tulisan yang dimuatkan di laman berkenaan.

Katanya, dokumen didakwa palsu itu turut mengaitkan tuduhan ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad barisan exco – Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong – serta ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dokumen berkenaan menuduh Pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan telah menyalahgunakan kuasa melalui campurtangan secara langsung dalam tugasnya sebagai pegawai MBPJ.

"Saya tegaskan di sini, tiada salah seorang pimpinan yang dinamakan di atas telah membuat panggilan kepada mana-mana pegawai MBPJ (pada 11 Ogos seperti didakwa)," kata Mohd Fauzi lagi dalam laporan polisnya.





Dalam dokumen yang dimuatkan di papagomo.com bertarikh 13 Ogos itu, pemimpin berkenaan didakwa telah menghubungi pegawai MBPJ, antaranya Khalid Samad yang didakwa telah meminta supaya operasi sita ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church itu dibatalkan.

Seorang lagi pemimpin berkenaan, Ronnie Liu didakwa telah membuat panggilan telefon dan mengancam untuk menukar pegawai berkenaan sekiranya operasi itu diteruskan.

Mohd Fauzi membuat laporan polis berkenaan hari ini dengan ditemani seorang ahli majlis, Latheefa Koya yang berkata, penulis blog berkenaan boleh disiasat mengikut kanun keseksaan kerana membuat dakwaan palsu.

Turut hadir ialah Khalid yang turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan telefon pada tarikh tersebut seperti didakwa dalam dokumen berkenaan.

Bercakap kepada wartawan selepas laporan itu dibuat, Khalid berkata masyarakat sepatutnya dapat menilai bahawa penulis blog yang berkenaan tidak berkredibiliti.

Penulis blog pro-Umno yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa telah menerima "laporan" yang bertanda "sulit" daripada seorang pegawai MBPJ melalui emel pada Jumaat lalu.


Malaysiakini

7 comments:

serenity9260 said...

ada sape2 nk bawak papa ni masuk jalan yang ada nur sikit tak??

Koleksi Gitar Luar Biasa Yoshihiko Satoh(8 Gambar)

Anonymous said...

Tukar nama kepada NUR Papa..
kah...kah..kah...

bangsat ni selagi nampak duit selagi tu tak berubah...

Anonymous said...

kalau di perhatikan pd wajah dan terutama biji mata PAPA GOMO ni memang lah seorang kaki kelentong, penipu tak amanah dan byk lg yg ROH nya mewarisi SIFAT2 MAZMUMAH patut lah NUR Allah swt lari jauh daripada diri nya krn nafsu di atas terpahat kukuh di lubuk hati nya, jgn lah anak2 nya nnti mewarisi sifat jelek ayah nya krn ni x akan dpt membantu nya bila dia dah berada di ALAM BARZAH, tp biasa nya ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi...

Anonymous said...

minta maaf dulu ya..

tp aku pulak kalu tenguk gambar papago ini aku terbyg masa tenguk jasad nya tak bernyawa .. kesian kat jasad nya yg menanggung perbuatan dia .. kalau lah jasad dia boleh bercakap dan hidup balik aku rasa jasad dia ni tak nak lg di jadikan utk papago ni.. org jenis mcm ni terbalik jasad dia yg baik sb jasad dia pun tak sanggup tenguk dosa yg dia buat suka hati ..

papago2hell !!!!

PenganutPAS said...

memanglah tak der laporan pasal OPS sita tu ... sebab DUMC tak jadi di sita . tu lah istimewanya puak puak kristian ni . dari dewan komuniti boleh convert ke gereja dan tiada tindakan dikenakan . kalau gerai makan dah roboh lama dah tu . untung puak kristian ni ada ronnie liu , theressa cock , nik nazmi , elizebeth wong dan khalid samad . uhhh memang teguh pentadbiran kerajaan pakatan rakyat diselangor , mereka sepakat sebulat suara membantah sita keatas gereja tu . kuatnya pengaruh gereja dalam pentadbiran khalid ibrahim . hinggakan PAS hingga saat ini terpaksa buat buat sibuk isu DUMC ni .

Anonymous said...

penganutpas,
kau memang betul, kritian ni memang hebat... hebatnya mereka sampai najib bini rosmah tersungkur di pintu vatican kemaruk nak jumpa pope Benedict.

Anonymous said...

komen penganutpas buat aku confuse mcm seolah olah jais ni dibawah kuasa pakatan sdgkan apa apa hal terus ke sultan...

nak sita ke tidak ke tu jais yg tentukan.. kalau nama pemimpin pakatan yg disebut tu lah yg berkuasa dr awal awal mrk tidak benarkan jais serbu gereja ..

kalau jais tak sita krn khalid ibrahim maka penganutpas sepatutnya mtk peg jais letak jawatan je.. tak berani tegakan islam ...

Archive

Related Posts with Thumbnails