Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, August 4, 2011

PANAS!! Najib bakal diguling?

Andai benar berita ini.. Najib bakal mencipta sejarah sebagai PM yang paling pendek tempoh pemerintahannya..

Suka atau tidak para pencacai UMNO perlu akui bahawa kelemahan Najib ialah takut Bini.. kerana Rosmah, Najib dibenci bukan sahaja oleh para pemimpin UMNO malahan Blogger mereka turut meluahkan rasa tak senang hati.. tapi nak buat macam mana.. kalau dikutuk Najib, elaun tak jalan oleh itu diamkanlah saja...


PAS dakwa wujud gerakan dalam Umno mahu guling Najib

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak ekoran kebimbangan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun parti itu berkata Najib memang sedar tentang usaha sedemikian tetapi enggan meletakkan jawatan kerana bertegas mahu mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin konon pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.


Mustafa berkata, pemimpin-pemimpin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun mengaitkan Najib dan Rosmah dengan skandal itu, yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Perancis selain keputusan kerajaan menghantar pulang peguam negara itu William Bourdon.

Menurut mereka tindakan itu mencetuskan lebih banyak keraguan dalam isu tersebut.

Rosmah juga baru-baru ini dikaitkan dengan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta. Bagaimanapun beliau menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

“Anda tidak boleh memisahkan Najib dan Rosmah,” kata Mustafa ketika menjawab soalan bahawa musuh Najib hanya tidak gembira dengan Rosmah, bukannya Perdana Menteri.

Mustafa menambah dakwaan beliau itu bukan bertujuan mengadakan “perang psikologi” ke atas Umno, sebaliknya menegaskan ia “perkara benar.”

“Najib sedar tetapi degil. Beliau sudah pun mengatakan tidak,” kata Mustafa.

Beberapa blog menulis bahawa Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin iaitu bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dikatakan dihadiri oleh bekas anggota jemaah menteri Datuk Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar iaitu bekas timbalan perdana menteri Tun Ghaffar Baba dan adik kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penawar dikatakan telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara.


The Malaysian Insider

8 comments:

Anonymous said...

tak minat nak ambil tahu rumah tangga umno yg sedia maklum dari dulu, kini dan selamanya dipenuhi dengan manusia rakus kuasa, tamak haloba dan dengki hasad. biarlah sesama dia bertikam samada dari depan atau belakang, pokoknya pemimpin umno ni adalah makhluk tak berguna. Fokus pejuang rakyat, untuk kuburkan umno di pru13. lawan tetap lawan.

Anonymous said...

Woit..jangan guling...gulung aje janda badak tu
kah...kah...kah

Anonymous said...

Lazimnya dalam satu-satu majlis kalau laki tak hadir, bini tak akan hadir......

Anonymous said...

Lebih baik tumpukn pd isu SPR & JPN ni yg secara jelas brsubahat lakukn penipuan utk memenangkn BN pd PRU akn dtg dgn cara yg paling jahat & tidak bertamadun. Jika gagal diprbetulkn nescaya klu calon BN itu dari beruk sekalipun pasti akn menang.

Anonymous said...

UMNOputera harus gulingkan Najib kerana:

1) Keseluruhan Barisan Nasional tahu perbicaraan di Perancis September nanti tentang skandal rasuah pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, tetap akan kuburkan BN.

2) Kesemua puak lain didalam UMNO melainkan puak Najib berada dalam bahaya kalau BN menang PR13 nanti. Ianya akan memperkuatkan posisi Najib maka dia harus hapuskan mereka yg cabar pimpinan dia serta mereka yg tak hormati Rosmah.

FARISZ@AZ.Com said...

Liabiliti yang akan memakan diri.
Pru 13 kemungkinan juga sebelum kes perbicaraan kes kapal selam untuk mengelakkan kesan perbicaraan tersebut.

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

Duit Syiling Malaysia Siri Ke 3
.

Anonymous said...

Boleh percaya mat kerajaan pepaduang dlm gambar tu?

Anonymous said...

boleh caya sb dia pose..

dan kabel masih kuat dgn annok ..maklumat pong dpt dr annok yg suka perpaduan ..

Archive

Related Posts with Thumbnails