Wednesday, August 3, 2011

PANAS!! Kontraktor Melayu dan Blogger Pro UMNO bidas MCA Penang!

Inilah padahnya bila manusia yang cetek pemikirannya dilantik sebagai pemimpin, Nyonya Ketua Wanita MCA (gambar sebelah) menjadi sasaran kecaman kerana kenyataan bodohnya beberapa hari yang lalu.. umpama boomerang yang dilontar, tidak mengenai sasaran tapi berpatah balik dan kena dirinya sendiri..


Beliau dikecam oleh Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP setelah satu kenyataannya yang telah menjadikan Propaganda UMNO sebagai tidak relevan atau dalam lain ayat beliau membakul sampahkan propaganda UMNO kononnya Kerajaan negeri Pulau Pinang meminggirkan kontraktor Melayu dan hanya mengutamakan kontraktor cina. Sila baca di (SINI)

Nyonya Ketua Wanita MCA tersebut disifatkan sebagai jahil, racist dan memandang rendah akan keupayaan kontraktor Melayu

Selain dari dikecam oleh sebagai iaitu Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMPP beliau juga menjadi sasaran kecaman beberapa blogger pro UMNO yang dipercayai berasal dari Pulau Pinang..

Salah seorang dari mereka menulis “Kita berbelah bagi kerana MCA adalah komponen BN dan Guan Eng adalah musuh tradisi Umno-BN. Tetapi jika MCA mempertikaikan hak orang-orang Melayu yang mengikut lunas undang-undang dan peratoran yang sah, maka kita tahu pihak mana kah yang patut kita hentam.

Tulisnya lagi "Disini MCA patut dihentam habis-habisan. Penulis cukup teruja apabila Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Omar Merican, dari Tetuan Zambina Wawasan Sdn Bhd, menentang MCA yang cukup biadap dengan memainkan sentimen rasis dan amat jahil."

Korang cari sendirilah linknya.. aku malas nak tolong promote.

Sebahagian dari Kenyataan Media Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang aku copy dari blog tersebut..

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain”

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini”

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri”

“Ia menunjukkan sikap profesionalnya beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi ” kata Izham lagi

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini”

“Oleh itu bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain (terutaman pembekal barangan dan sub kontraktor)”



Persatuan kontraktor bidas MCA kerana hina Melayu

Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mendakwa MCA menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor bumiputera apabila parti itu mempertikaikan pemberian kontrak kepada mereka.

“Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” kata pemangku yang dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican dalam satu kenyataan media.

Sebaliknya, beliau memuji dan menyanjungi ketua menteri Lim Guan Eng (kiri) yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menuduh Lim sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor bumiputera.

Izham juga mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Secara adil

Katanya, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengenepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan ketua menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh ketua menteri.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan ketua menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya.

Menurut Izham, walau pun persatuannya mempunyai ahli-ahli dari berbagai-bagai parti, termasuk Umno, perjuangan mereka adalah khusus untuk membela warga kontraktor.

Katanya, banyak kontraktor Melayu telah gulung tikar dan pihaknya merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah itu.

“Seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain,” katanya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails