UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam. Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.
Anoloji ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi.
Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik.
Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini.
Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan ‘stop gap’ untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara.
Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama.
Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri.
Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat ‘expedient’ bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini.
Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama.
Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah).
Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala ‘budding leaders’ telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘viable’ kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.
Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini.
Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya.
Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang.
Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri.
Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang.
Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri.
Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, ‘nasib lu lah Najib’.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/08/berikan-pandangan-yang-sejujur-jujurnya.html

14 comments:
Kurang bersetuju untuk menyatakan Najib lebih lemah dari paklah, sekadar setuju Najib lemah kerana sebok membangunkan semula keruntuhan mendadak yang dibuat oleh paklah.
Muhyiddin akan lebih baik dari Najib kerana apa yang ditinggalkan Najib ada asas dan infrasturktur yang lebih baik untuk Muhyiddin kembangkan dan akhirnya UMNO kembali stabil selepas Muhyiddin.
Kebolehan Muhyiddin jauh lebih baik dari Najib kerana Muhyiddin pernah diuji dengan cabaran dalam krisis perlembagaan berdepan dengan Sultan Johor, begitu juga berdepan dengan Tun Musa Hitam dalam kroni politik Johor.
Mana Kementerian di bawah Muhyiddin yang tidak hebat dan terkesan sepanjangnya menjadi Mneteri?
Sedangkan Najib berada dalam posisi selesa dan bangsawan sepanjang kariernya.
Berfalsafah pula si babi kluangman ni. Pemimpin umno sama semuanya...penyamun,rasuah,kaki sex,pembunuh, perogol....macam2 lagi
Jilat jgn tak jilat kluangman. Masih ada masa menjilat...jilatlah
kah...kah...kah
Pd fikiran sdra adakah Najib dan Rosmah, terutamanya Rosmah akn berdiam diri jk ada kumpulan mahu menibai Najib? Selain itu, jangan lupa kepada Ku Li. Saya jangka akan ada perlawanan tiga penjuru yg akn membawa Umno Baru kepada kehancuran.
yg paling hebat di uji di antara muhyiddin dng anwar .. sape? kalau tak anwar ..
pak lah tlh melakukan yg terbaik iaitu memperbaiki badan kehakiman dgn melantik zaid ibrahim .. pak lah yg menekankan pentingnya sumber pertanian (pertanian ialah perniagaan) dan dituduh songsang dgn apa yg mahathir lakukan .. kementerian pertanian pd ketika itu ialah muhyiddin .. pak lah berjaya mdpt majoriti .. tp njb entah di calun ke tidak lepas ni ... pak lah dua penggal baru org kata dia pm yg teruk .. tp najib baru beberapa tahun dah org kata dia teruk ..
hny kepimpinan pakatan rakyat aje yg mampu menghadapi dan menyelamatkan rakyat ...
nasib lu la kluangman jd kluang yg kebas hasil buah buahan org kampung tgh malam ...
Kenapa umno dan bn terlalu lama untuk membuat keputusan untuk pecat Najib ni. Bila dia nak jalan?
Apahal mangkuk hayun di atas tu cerita pasal anwar dan pakatan, wei salah tempat le kau orang nak promosi peliwat tu.. baca tajuk le bangang oi sebelum berhujah.
Pilih le tajuk sesuai dan lain kali je lah nak promote barang busuk tu.
Malang kau kluang man.. hujah hang mudah di patahkan.. yang pasti pemimpin-peminpin dalam UMNO itu sendiri dilumuri najis sekular yang tidak menjadikan islam sebagai budaya. Jika Islam tidak diletakkan di atas maka semua perbuatan dan kerja tidak akan menjadi.
padan lah muke ko.sombong dan berlagak ni tak lame idopnya.ko mesti pikir ko nk wat mubarak jd idola ko ekk??slackk mubarak da kantoi br ko naek,kalo mubarak tak kantoi lagi mesti org wat dunno je
1.Pesawat Spy Yang Boleh Hack Wifi Dan Panggilan Handphone(Video)
2.Lumba Kereta Arked Yang Teramat Real!(Video)(Video)
3.Cool Aje : Gelanggang Tenis Tertinggi Di Dunia
anon 10:53am
kau ni muslim ke? kalau kau kapiaq, aku kata kau anak haram/ Kalau kau muslim, kau dah tempah tiket first class ke jahannam. tuduh orang liwat tanpa bukti syariah dah berdosa besar, menuduh dibulan puasa...pasal tu aku kata kau dah tempah tiket first class neraka jahannam. Bodoh punya penyokong umno...cari dosa kering.
----------------------------------
Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka
kluangman
aku sangat tak setuju dgn komen kau.
Decision making najib lebih teruk dari pak lah. beliau ialah PM yg paling flip-flop dlm sejarah malaysia, yg paling segar, tengok statement dia pasal BERSIH sudah. penuh dengan U-turn dan twisting words, lepas buat statement kemudian menafikan.
----------------------------------
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.
“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).
Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi
Era najib razak, rasuah, jenayah sky rocket!! dari hilang engine jet kepada kapal selam yg tak bersenjata....memalukan!
Dah ketiggalan zaman kut orang yang mengampu pemimpin pimnimpin Bn tu
Tukar je enjin baru tu. Berjuang untok agama dan bangsu kunun.....
Betullah bai, nasib lu lah Najib.
Tulah org tua dulu2 dah pesan jgn takut bini nanti problem ko tak nak dgr. Sekarang ko tanggunglah Najib.
Tak dapek den nolong.
sian kluangman jadi penjilat tegar pak jib mugabe n hantu kak mah.lagi kesian sbb cerita hang menampakkan kebodohan yg amat kritikal akibat selalu menjilat dari sumber2 makanan yg tidak baik.senang cite..hang lah satu2nya spesis kluangman jenis pembangkai.bukan jenis pemakan buah ni.apa kejadahnya.mat din sembab tu pi melawan sultan johor,musa hitam n kroni politik johor...mampus pi la dia nak berlawan dgn sapa pun..ada aku kesah.nampak sangat...puak amenosial ni..di angkat oleh rakyat.semata untuk menjadi wakil bagi menjatuhkan puak2 politik dan cabaran untuk menunjukan kuasa shj .pdhal rakyat angkat naik untuk membela nasib rakyat,menyelami masalah rakyat.bukan suruh naik pi lawan dgn sapa2 pun bangang oi..abis tu macam mana rakyat nak percaya pemimpin macam ni..otak spastik macam hang aja yg mau org macam ni..hak tuihhh!!!!!!!sapa pun tak terkesan dgn mat din sembab kalau dia jadi menteri mana2 pun.banyak projek gajah putih yg duk ada skrg ni di johor semua hasil dari pemikiran lembab dia.kalau dah bagus sangat.kenapa dia pergi duk putrajaya..mesti sultan johor akan kekalkan dia sebagai MB di johor kalau dia bagus sgt.dan infrastruktur mat din sembab ni jugalah sebagai wakil melayu yg membela chua soi sex mengenai premis perjudian di kelantan dgn mempertahankan dasar chua soi sex.
anon 10:53am - kau banding kan yg teruk dgn yg tak pailing tak bagus .. tu yg aku tak setuju
pemimpin yg bagus dan terbaik ada luar amco ..
muhyidin bakal pm.. kan?
anwar pun bakal pm.. kan?
kan ada kaitan tu ..
kau kata muhuiddin pernah diuji
aku pun ckp lah anwar pun pernah diuji ..
aku perhati komen kau.. bila tak dpt pertahan hujah.. kau akan keluar kan kata peliwat ..
nak buat kau faham .. komen aku bukan berkaitan tajuk tp lanjutan dr komen kau yg atas sekali ..
meh aku ajar kau.. lain kali dah tau benggap jgn bagi komen awal awal sekali ... tunggu bg yg pintar pintar masuk dulu ..
Post a Comment