Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, August 15, 2011

Najib memperbodohkan warga Felda pula..

Kata Najib di Felda Air Tawar Dua yang dikunjunginya semalam Kejayaan dan kemajuan Felda, telah membolehkan agensi itu membayar gaji kepada 23,000 kakitangannya, bonus, duit raya serta memberi pinjaman sebanyak RM40,000 tanpa faedah kepada warganya untuk memperbaiki rumah mereka.

Najib juga berkata pembayaran duit raya Felda kepada warganya pada tahun ini mencecah peruntukan RM42 juta, sekolah-sekolah agama di tanah rancangan Felda diberi bantuan kewangan sebanyak RM50,000.


Kenyataan yang boleh dilihat sebagai satu kenyataan untuk memperbodohkan warga Felda, dari 23,000 kakitangan Felda yang dimaksudkan oleh Najib itu adakah ianya melibatkan para peneroka? Sudah tentu tidak.. jadi apa kaitannya dengan Peneroka?

Kata Najib lagi "Warga Felda perlu menguasai ilmu dan teknologi di dalam fasa pembangunannya bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran-cabaran pada masa kini, kegagalan menguasai ilmu dan teknologi boleh menyebabkan Felda mengalami nasib yang sama sebagaimana yang menimpa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dahulu apabila ia dijajah oleh kuasa asing.

Dan jumlah duit raya yang diumumkan dibayar kepada Peneroka oleh Felda yang diumumkan oleh Najib ialah RM42Juta.. memang satu jumlah yang besar, tetapi apa yang diperolehi oleh para peneroka hanyalah RM400 seorang lebih rendah dari bonus yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada kakitangan awam di Pulau Pinang.

Dan adakah RM400 itu jumlah yang wajar diterima oleh para Peneroka?

Menurut ahli Parlimen Telok Kemang, Dato’ Kamarul Baharin Abbas “amaun ini tidak memadai dan mencukupi jika dibandingkan dengan kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka.

“Peneroka sebenarnya berhak memperoleh sehingga RM458,000.00 yang boleh dituntut hasil kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

“Kes ini telah pun dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan dengan tuntutan RM2 juta dan 964 peneroka di Felda Jengka dengan tuntutan RM458,000.

Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh peneroka melebihi RM200 – RM400 seperti yang diumumkan Najib”, kata Kamarul.

Kamarul menjelaskan peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda sebanyak RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang dan setiap peneroka mempunyai 10 ekar.

“Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenarkan pokok getah dijual dengan harga tersebut.

“Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00 untuk setiap 10 ekar.

Sebaliknya jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00 untuk setiap 10 ekar.

Ini menyebabkan setiap peneroka kerugian sehingga RM50,000.00 yang boleh menjadi wang saku tambahan mereka,” jelas Kamarul lagi.

Wang tanam semula dinafikan

Kamarul turut membidas Najib dan Felda dalam isu penanaman semula apabila jika ada peneroka memilih untuk menanam semula, maka Felda hendaklah mengembalikan dana dari Tabung Penanaman Semula sejumlah RM17,000.00 kepada setiap peneroka.

“Namun sehingga hari ini Felda gagal menjelaskan isu dan pembayaran ini.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memerintahkan Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, Kelantan sejumlah RM1.2 juta dari dana Tabung Penanaman Semula ini.

“Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan berlakunya penipuan oleh Felda terhadap peneroka.

Maka wang Hari Raya sekadar RM200 – RM400 kepada peneroka Felda jelas tidak dapat menutup pembohongan dan penindasan Felda selama ini terhadap peneroka.

“Akhirnya Felda terpaksa meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk membiayai kos tanam semula.

“Tetapi bagaimana pula dengan dana asal Tabung Penanaman Semula yang dicarum oleh peneroka untuk proses tanaman semula?

Ke manakah hasil tabungan tersebut?,” soal beliau.

“Felda harus menjelaskan perkara ini secara terperinci,” desak Kamarul.

Kamarul menegaskan jika ini yang berlaku, tidak mustahil peneroka akan terus menerus menyaman Felda akibat salah urus tadbir dan korupsi yang berlaku.

Kamarul menggesa agar pentadbiran Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan urus tadbir yang baik dan merakyatkan ekonomi.

“Hak peneroka Felda selaku rakyat yang sah dalam negara kita serta diiktiraf oleh Perlembagaan harus dihormati oleh pihak Felda,” tegasnya.

Justeru ‘gula-gula’ wang hari raya yang tidak setimpal seumpama ini harus diperbetulkan dengan dikembalikan semula hak serta wang pampasan yang secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung oleh peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri.


Najib Mahu Warga Felda Kuasai Ilmu Dan Teknologi Dalam Fasa Pembangunannya

KOTA TINGGI, 14 Ogos (Bernama) -- Warga Felda perlu menguasai ilmu dan teknologi di dalam fasa pembangunannya bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran-cabaran pada masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kegagalan menguasai ilmu dan teknologi boleh menyebabkan Felda mengalami nasib yang sama sebagaimana yang menimpa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dahulu apabila ia dijajah oleh kuasa asing.

"Esok pada 15 Ogos, genaplah 500 tahun kerajaan Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kita perlu menjadikan peristiwa itu sebagai iktibar," katanya ketika berucap pada majlis Rahmat Ramadan di Felda Ayer Tawar 2, di sini.

Katanya kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 disebabkan dua faktor iaitu ketidaksetiaan serta kegagalan kesultanan dalam menguasai ilmu dan teknologi peperangan moden ketika itu.

Perdana Menteri berkata Melaka masih menggunakan persenjataan seperti tombak dan keris dalam usahanya untuk memerangi kekuatan bala tentera Portugis yang menggunakan meriam dan persenjataan terkini pada waktu itu.

Najib berkata Felda telah mencapai banyak kejayaan pada ketika ini dan warganya menikmati pelbagai pembangunan hasil perancangan teliti yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau memberitahu perasaan gembiranya ketika melawat sebuah rumah milik peneroka di Felda Tunggal pada sebelah petang, yang merupakan bukti jelas kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh warga agensi pembangunan tanah itu.

Katanya rumah banglo milik peneroka itu jika dinilaikan di Kuala Lumpur berharga lebih daripada RM1 juta.

"Kejayaan Felda dan kemajuan yang dinikmati oleh warganya disebabkan kesetiaan dan sokongan terhadap usaha-usaha kerajaan. Kerajaan mempunyai perancangan yang teliti dalam usahanya untuk memastikan Felda terus maju," katanya.

Kejayaan dan kemajuan Felda, katanya, telah membolehkan agensi itu membayar gaji kepada 23,000 kakitangannya, bonus, duit raya serta memberi pinjaman sebanyak RM40,000 tanpa faedah kepada warganya untuk memperbaiki rumah mereka.

Perdana Menteri berkata pembayaran duit raya Felda kepada warganya pada tahun ini mencecah peruntukan RM42 juta, sekolah-sekolah agama di tanah rancangan Felda diberi bantuan kewangan sebanyak RM50,000.

Najib juga menyifatkan sebagai 'gimik politik' janji-janji yang ditabur oleh pembangkang kepada warga Felda jika ia berkuasa dan menganggapnya sebagai 'umpan' bagi mendapatkan undi daripada warga Felda.

"Ia hanya 'political gimmick' oleh pembangkang, sama seperti janji mereka untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008, tetapi saya berkeyakinan warga Felda 'tidak lut' dengan gimik pembangkang," katanya.

Sementara itu, berucap pada majlis yang sama, Abdul Ghani meminta para peneroka hari ini dan generasi pengganti supaya mempertahankan semangat 'penerokaan' bagi membolehkan Felda terus mengorak langkah cemerlang.

Abdul Ghani berkata budaya muafakat yang dipupuk oleh masyarakat Felda merupakan penentu kejayaan pada hari ini dan akan datang yang mencakupi pelbagai aspek.

"Masyarakat Felda telah melalui tempoh pembangunan hingga berjaya. Inilah satu kelompok masyarakat yang melalui transformasi yang besar. Inilah contoh kita (kerajaan) berjaya membangunkan masyarakat.

"Ada yang asalnya datang dari kampung dengan tekad melalui proses penerokaan dan hari ini masyarakat Felda telah menjadi keluarga kelas menengah yang kukuh di negara ini walaupun berada jauh dari bandar," katanya.

Abdul Ghani berkata beliau percaya masyarakat Felda dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas pembangunan yang dinikmati melalui pelbagai rancangan yang dibangunkan kerajaan.

Merujuk kepada Kota Tinggi, beliau berkata 29 kawasan felda di daerah berkenaan melibatkan 10,000 keluarga telah melalui pelbagai transformasi sejak kesemua felda itu diwujudkan 30 hingga 40 tahun lepas.

Beliau berkata Felda Semenchu, Belitong, Kledang dan Tunggal menunjukkan kejayaan yang besar dalam tempoh empat tahun ini selepas menjadi juara anugerah 'Felda Ceria' di peringkat kebangsaan.

Katanya Felda Air Tawar Dua, yang dikunjungi Perdana Menteri hari ini, pula pernah menjadi Naib Johan 'Felda Ceria' di peringkat kebangsaan pada tahun 1982.

BERNAMA

7 comments:

Famili Ceria said...

peh..sikit gila duit yang peneroka dapat...Najib penipu...

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4

Anonymous said...

sikap segelintir masyarakat felda yg meyokong umno buta-tuli terus membuat najib rasa bahwa felda adalah talian hayat nya yg terakhir dan reliable.
kadang2 wang ringgit boleh mensasarkan seseorang dari kebenaran. sebab tu alah swt wujudkan syurga dan neraka.

Anonymous said...

Orang felda perlu tanya kat najib samada duit ni duit felda atau duit kwsp?? kalau dia bagi jawaban setengah masak, maka duit ni kemungkinan besar ialah duit kwsp yg felda pinjam tu. najib ni memang kaki temberang.

serenity9260 said...

die akan terus membodohkan orang dan mencari orang2 yang bodoh untuk pastikan umno terus berkuasa

Hidupan Paling Pantas Di Atas Bumi=10000 Kali Kelajuan Bunyi

BOMBO said...

kebodoan org felda akan membuat najib lebih melaga kuasanya,justru itu najib ingin membodokan org felda supaya kesinambungan kuasanya bergantung kepada yg bodo dan berkuasakan duit saja dpt menerina cakap temberang najib,inilah satu2nya talian hayat umno utk terus berkuasa kerjanya hanya menipu siapa yg mengaku dirinya bodo dunia akhirat,persoalannya kenapa melayu felda saya ketinggalan dan senang dibodo...

AntiAPCO said...

Sedarlah wahai makcik pakcik Felda... cincin dengan gelang rosmah pun jauh lebih mahal dari jumlah keseluruhan "duit raya" tuh!!
Hentilah dari dijajah oleh melayu bodoh ni... sekurang-kurangnya masa dijajah oleh kapir barat dulu pun dapat jugak ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan teknologi... sekarang dijajah oleh melayu bodoh UMNO ni satu hapak pun tak dapat, agama Islam pun dipermainkan, asyik kena perahhhh je... kesian melayu, diperbodohkan oleh bangsa sendiri!

PenganutPAS said...

Dato’ Kamarul Baharin Abbas , MP Telok Kemang cerdiknya dok ulas benda yang sama jer pasal felda . bila dato' nak buat majlis berbuka puasa kat felda . dato bagilah sumbangan pada golongan fakir miskin yang ada dalam felda tu . takkan sembang jer tak buat apa apa kot.

Archive

Related Posts with Thumbnails