DATO Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja.
Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.
KEADILAN Selangor ingin bertanya, bukankah ini satu kerja gila lagi jahat yang dilakukan oleh pengkhianat negara? Kami mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan isu pemberian kerakyatan seterusnya pendaftaran warga asing ini sebagai pemilih sah SPR kepada seluruh rakyat Malaysia, para Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong dengan kadar segera. Apakah sekarang Najib sudah mula membuktikan kata-katanya, bahawa beliau akan 'mempertahankan Putrajaya - at all costs!' itu adalah benar?
Adakah dengan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing untuk mengundi ini merupakan langkah terakhir UMNO Selangor merampas Selangor setelah usaha gigih sebelum ini menemui jalan buntu?
Bukti-bukti yang disampaikan kepada KEADILAN Selangor seperti yang ada di senarai pengundi Parlimen Hulu Langat cukup untuk mengesahkan bahawa sememangnya UMNO Selangor dan Najib secara langsung terlibat dalam dalam kerja-kerja tidak beretika menggadai maruah negara ini demi mempertahan kuasa. Siapakah yang mempunyai akses kepada keselamatan negara hari ini jika bukan kepimpinan UMNO?
KEADILAN Selangor mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Najib Razak untuk menjawap pendedahan ini, apakah membiarkan tanahair ini tergadai pada warga asing merupakan agenda terbaharu UMNO di Selangor?
KEADILAN Selangor akan komited memantau perkembangan yang mengerikan ini dan percaya akan ada lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahwa JPN dan SPR yang didalangi oleh UMNO Selangor ini sedang giat menjalankan kegiatan menggadai negara ini demi mempertahan kuasa. Sebarang usaha oleh puak tidak bertanggungjawab ini akan dilawan habis-habisan.
UMNO Selangor sudah tidak peduli lagi pada asas penubuhan negara ini dan mula menggadai segala prinsip demi mempertahan baki kuasa di Purtajaya. Ketakutan dasyat yang dialami oleh UMNO Selangor kerana penolakan rakyat terhadap mereka telah memungkinkan mereka untuk mengambil jalan paling tidak beretika dengan menjual negara. Apa pun, saya ingin ingatkan pimpinan UMNO Selangor, segala perancangan jahat untuk merampas semula Selangor dengan cara jijik ini akan ditentang habis-habisan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.
KEADILAN Selangor berikan nombor pengenalan sekali sebagai bukti pemberian kerakyatan pada warga asing yang diberi hak untuk mengundi yang tertumpu di Parlimen Hulu Langat yang mana kawasan ini UMNO-BN tewas pada PRU 12. Apa lagi yang hendak dinafikan?
Apa kata UMNO Selangor?
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda
NOTA:
jus soli = Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.

8 comments:
ramai lagi yg buat2 buta psal ni sebab nk tgk umno kesayangan diorang tu menang dan segan puak kesayangan diorang kalah.tu lah org melayu,xnk terima kekalahan
1.Adik Mark Zuckerberg Keluar Dari Syarikat Facebook
2.Robot Yang Boleh Berfikir Dan Berdikari(Video)
3.Bahagian Yang Tak Sepatutnya Didemamkan Oleh Angry Birds!
Benda yg sama berlaku di Sabah 10 tahun yg lalu. Berribu2 malah beratus ribu PATI filipina dan indonesia di beri IC untuk mengundi BN. Selama ini banyak pihak menutup sebelah mata, malah menganggapnya sebagai fitnah semata2. Bila terjadi depan mata, baru tersedar. Sekarang banyak pemegang IC palsu ini berada di Semenanjung. Tumbangkan saja BN/UMNO ni.. mereka memang pengkhianat besar negara.
Kerja ni dah bermula di zaman Mahathir dan berterusan sehingga kini. Kalau nak korek balik semua ni kena mula dari zaman Mahathir. Kena carik balik kerani JPN pencen dan SPR yang dah pencen, senang jer.
Mahathir yang mulakan kerja ni dibantu oleh Megat Junid yang dah mati.
Ini adalah hasil titik peluh UMNO Mahathir sehingga kini.
Bas JPN sentiasa bersama Adun BN bila sessi brtemu rakyat. LUARBIASA!!..
Nampaknya orang UMNO sendiri yang khianat bangsa dan negara sendiri.
Orang Cina DAP lebih sayangkan negara Malaysia daripada melayu UMNO haprak.
Jom rakan rakan kita bersatu dan tumbangkan sampah masyarakat UMNO haprak.
Kibarkan bendera PAS, PKR & DAP.
melayu yg terus menyokong umno adalah dari spesis buta mata, buta hati dan buta perut.
umno sepatutnya di humban ke lubang najis.
melayu yg menyokong umno adalah PENGKHIANAT sebenar negara mrk nsanggup menggadai MARUAH NEGARA kpd PATI yg sebelum ni PATI di tangkap dan di hantar pulang tp hari ni PATI di bagi PR dan seterusnya warganegara dan boleh mengundi,saya berharap DYMM RAJA2 MELAYU DAPAT BERTINDAK segera dan fikir lah siapa pengkhianat negara sebenar nya yg sebelum ni pembangkang di tuduh dgn bermcm2 tuduhan terutama ketua pembangkang DSAI. kpd PAS dll parti pembangkang siloa buat laporan polis dgn segera dan bawa kes ni ke MAHKAMAH, ini bukan kes main2 kalau pembangkang yg buat mcm ni dlm beberapa jam sj mrk akan di tangkap x yah tunggu laporan polis, itulah dia undang2 yg terdpt di malaysia ini sbb itu rakyat dah bertmbh benci dgn pemerintah dan jab.2 suruhannya. jgn lupa jgn pangkah dacing- rakyat yg syg kan malaysia dari jatuh ke tgn PATI!!!
senang cite, MB perlu jumpa DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan memperjelaskan isu ini kpd Agong sendiri utk memohon penggunaan dakwat kekal.
Kalau titah Agong berkenaan dakwat kekal pun BN ingkar, entahla
Post a Comment