Wednesday, August 31, 2011

Mat Indera juga Pejuang Kemerdekaan - Berita Harian.



Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.


Tarikh serangan telah dilakukan ialah pada 23 Februari 1950, iaitu tujuh tahun sebelum Malaysia Merdeka.. faham betul-betul.. TUJUH tahun sebelum Merdeka bukannya selepas Malaysia merdeka iaitu pada tahun 1957 lebih lanjut korang baca di SINI.

Kerana kenyataannya itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Jika Mohamad Sabu dikatakan menghina Pejuang yang Berkhidmat untuj penjajah British dengan menganggap Mat Indera sebagai Hero sebenar… Apakah pula tindakan yang akan dikenakan terhadap Berita Harian kerana pada 13 Disember 2010, Berita Harian telah menyiarkan satu artikel dengan tajuk ”Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera”.

Dalam artikel yang disiarkan oleh Berita Harian ini (sila baca di bawah) Mat Indera dianggap sebagai Pejuang oleh masyarakat Jawa Ponorogo dan dilabel sebagai petualang oleh Kerajaan Inggeris.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.

Dan kenyataan diatas yang dipetik dari artikel yang disiarkan oleh Berita Harian juga menafikan komen yang ditinggalkan oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai “pasjuga’ sebelum ini iaitu:
MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.- sepenuhnya sila baca di SINI

Sila baca artikel dari Berita Harian (Lidah Rasmi UMNO jugak ni..) ini….

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

2010/12/13

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.

Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails