Wednesday, August 17, 2011

Masya Allah! Milo Suam sebar fitnah di bulan Ramadhan?



Menurut sebuah blog Pro UMNO dalam entrynya yang bejudul “Masya Allah! Blogger Pembangkang Kantoi Fitnah Bulan Ramadhan. Sebarkan.” Blogger Pro PR kononnya menyebarkan fitnah maha besar dalam bulan Ramadhan ini..


Tak tahulah pula sebesar mana fitnah itu jika dibandingkan dengan fitnah ‘DAP berjaya menghapuskan Azan di Pulau Pinang’ yang dimainkan oleh blogger Pro UMNO beberapa hari sudah yang akhirnya terserlah sebagai fitnah bila Mufti Pulau Pinang sendir telah bersuara.. sila baca di SINI.

Menurut pemilik blog tersebut Apa yang didedahkannya itu adalah satu pembohongan maha besar blogger pembangkang yang bernama MILO SUAM. Yang telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Bongkar! Skrip sumpah PATI agar Menyokong BN. Menurut blog tersebut, gambar itu didapati dari Keadilan Daily.




dari Keadilan Daily


Aku dapat dari Zunar


Beliau menunjukkan bahawa beliau tidak reti bahasa disini bila menulis ‘sumber gambar itu didapati dari Keadilan Daily tapi beliau masih menyalahkan Milo Suam… apa ke hal ni?

Dalam artikelnya itu blogger Pro Umno itu telah melampirkan satu salinan dokumen yang menurutnya ialah Borang Sumpah yang ditetapkan dalam jadual pertama perlembagaan yang entah dari mana sumbernya..








(Eh.. tadi aku pergi bayar zakat tapi Amil tu suruh aku baca akadnya pada satu keping kertas yang telah ditulis dan ditampal olehnya atas meja tu.. bukannya dia suruh aku baca apa yang tertulis dalam resit zakat tu..boleh ka? Sedangkan jika menurut Blogger Pro UMNO tu ikrar atau akad yang perlu dibaca adalah yang terdapat pada dokumen asal)

Bagi menyokong dokumennya itu beliau menyiarkan pula pengakuan seorang bekas pemilik PR yang telah diberikan taraf warga negara. Pengakuan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia – sila baca di SINI

Kalau korang baca apa yang ditulis oleh seseorang yang menggunakan nama Pencinta Negara Malaysia itu apa yang kelihatan beliau hanyalah pencacai UMNO.. menurutnya Beliau mengatakan amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan warganegara, hatta membawa surat sokongan dari Najib sendiripun belum tentu boleh dapat kerana kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja...

Mungkin sukar baginya seorang kerana beliau bukanlah orang tertentu itu.. Jika beliau salah seorang dari 1.6 Juta orang tertentu yang telah diberikan IC di Sabah ianya pasti mudah..

Tulis blogger Pro UMNO itu lagi “Ertinya pengakuan ini bukan sesuatu yang direka-reka dan bersifat reaktif untuk menjawab tuduhan pembangkang. Secara logiknya, jika dikeluarkan hari ini mestilah surat ini telah diposkan ke pejabat utusan lebih awal.”

Diposkan?? Ikut suka dialah…

Diakhir entrynya pula Blogger Pro UMNO itu berkata beliau meminta pembacanya menilai sendiri betapa buruknya akhlak pembangkang di dalam bulan puasa ini. Oleh kerana MILOSUAM telah melampaui batas, maka beliau terpaksa membongkarkan identiti blogger ini esok.

Satu pembongkaran yang amat dinantikan oleh aku juga.. malangnya hingga sekarang masih tiada yang dibongkar..

Apa jawapan Milo Suam? Korang bacalah di Milo Suam

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails