Wednesday, August 10, 2011

Koh Tsu Koon 'Biawak Hidup' buat GERAKAN?

Kalau Najib dikatakan kini menjadi liabiliti buat UMNO/BN kerana sikap lebih sudu dari kuah isterinya Rosmah, Koh Tsu Koon pula dianggap sebagai liabiliti besar atau dalam lain ayat 'Biawak Hidup' buat GERAKAN.

Beliau dianggap sudah hilang ‘taring’ kerana semakin tidak mendapat sokongan dalam partinya sendiri sehingga dilihat menjadi liabiliti besar Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.


''Kita boleh tanya Tsu Koon, berapa kali beliau turun semula ke Pulau Pinang untuk berjumpa rakyat selepas kalah di Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum lalu.' kata Tan Tee Beng..

Kata aku pula "Kita boleh tanya pimpinan PR, berapa kali mereka turun semula ke kawasan di menangi mereka untuk berjumpa rakyat selepas menang di Parlimen pada pilihan raya umum lalu.'


Koh Tsu Koon sudah hilang ‘taring’?

BUTTERWORTH 9 Ogos – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dianggap sudah hilang ‘taring’ kerana semakin tidak mendapat sokongan dalam partinya sendiri sehingga dilihat menjadi liabiliti besar Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, bukan menjadi satu rahsia lagi wujud kumpulan besar dalam parti itu yang mahu melihat perubahan kepimpinan berikutan prestasi Tsu Koon yang jatuh merudum selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang.

‘‘Saya bercakap sebagai penduduk dan pengundi di Pulau Pinang, masyarakat boleh menilai prestasi Tsu Koon selama 18 tahun sebagai Ketua Menteri dan kini dia hilang seolah- olah sudah tidak mahu pulang.

‘‘Jadi saya tidak hairan kenapa kini wujud gelombang anti-Tsu Koon dalam parti Gerakan sendiri. Ini gambaran betapa ahli kecewa ekoran kegagalan beliau untuk menggerakkan usaha bersungguh-sungguh merampas semula Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN negeri yang diketuai Tsu Koon mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya mempertahankan 11 kerusi manakala 29 kerusi berjaya dikuasai pakatan pembangkang.

Tee Beng yang juga bekas Naib Pengerusi Pemuda Gerakan berkata, kekalahan tersebut sepatutnya dijadikan iktibar oleh Tsu Koon dengan bekerja lebih keras untuk memenangi hati rakyat tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila pemimpin itu dilihat tidak menyerlah.

‘‘Keputusan memberinya jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga adalah satu kesilapan dan kita patut tanya apa sumbangan yang signifikan daripada beliau setakat ini? Orang yang kalah tetapi diberi jawatan, rakyat akan menjadi kecewa.

‘‘Kalau inilah orang (Tsu Koon) yang mahu dijadikan ketua BN untuk merampas semula Pulau Pinang, maka BN sebenarnya sudah tewas sebelum berperang,” tegasnya.

Menurut Tee Beng, beliau membuat teguran tersebut secara ikhlas untuk melihat Gerakan menjadi kembali kuat malah bapanya, Tan Gim Hwa sendiri juga merupakan antara pengasas parti itu sebelum kedua mereka dipecat pada tahun 2000.

Tee Beng menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2007 tetapi meletak jawatan pada Mac tahun lalu kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan pembangkang selain kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwanya gila kuasa.


Singkir pemimpin lapuk dalam Gerakan

BUTTERWORTH 9 Ogos - Parti Gerakan perlu dirombak sepenuhnya jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berkata, ketika rata-rata parti komponen BN sudah dibarisi kepimpinan baru, Gerakan pula masih diterajui pemimpin 'lapuk'.

Oleh itu, kata beliau,,,,,,,, jika tiada langkah drastik dibuat, hasrat parti itu menakluki semula Pulau Pinang hanya menjadi satu angan-angan kosong.

''Ini bukan perkara baru malah saya sudah bangkitkan sejak dua tahun lalu. Parti ini perlu dirombak sepenuhnya daripada pemimpin-pemimpin lapuk yang tidak mampu menyumbang secara berkesan kepada parti dan rakyat Pulau Pinang.

''Pemimpin seperti (Presiden Gerakan), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan (Pengerusi Gerakan negeri), Datuk Dr. Teng Hock Nan perlu berundur kerana mereka bukan lagi pemimpin pilihan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memetik kenyataan bekas Naib Pengerusi Pemuda Gerakan, Tan Tee Beng yang berpendapat bahawa Tsu Koon perlu disingkirkan jika Gerakan serius untuk merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Cheng Guan berkata, pucuk pimpinan BN perlu campur tangan bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap Gerakan termasuk memastikan parti tersebut dipimpin oleh muka baru yang lebih berkarisma.

''Sebab ramai percaya rakyat bukan tidak mahu menyokong Gerakan tetapi mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin ini masih berada dalam parti. Pendek kata, mereka ini adalah pemimpin yang gagal.

''Dalam hal ini, ada baiknya kita renung kembali kritikan keras Penasihat Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik terhadap Tsu Koon, semua kritikan itu mempunyai asas dan pucuk pimpinan BN perlu melakukan sesuatu mengenainya," tambahnya.

Beliau menarik perhatian bagaimana rakyat mahu menyokong Gerakan sekiranya Tsu Koon tidak menunjukkan minat untuk membantu rakyat malah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dilihat tidak lagi turun padang selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu.

''Kita boleh tanya Tsu Koon, berapa kali beliau turun semula ke Pulau Pinang untuk berjumpa rakyat selepas kalah di Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum lalu.

''Jadi pemimpin inikah yang mahu memimpin BN merampas semula Pulau Pinang? Bagi saya ia hanyalah satu angan-angan," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails