Wednesday, August 24, 2011

Kes Liwat : Hari Ketiga, Borang proforma didakwa tidak lengkap.

Hari ini masuk hari ketiga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dengan pendakwaraya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenaan yang merupakan saksi ketiga peguambela, semalam memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan mendedahkan keputusan yang diingini.

Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari dua hari selepas kejadian dikatakan berlaku.

9.02 pagi: Hakim Mohamad Zabidin mengambil tempat dan mahkamah mula bersidang.


9.05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusoff Zainal Abiden memulakan soal-balas terhadap pakar forensik dari Australia, Dr David Wells.

Yusof menunjukkan laporan polis dibuat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada Dr Wells dan bertanya jika laporan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah perubatan.

“Ya, saya setuju ia boleh jadi sumber maklumat, ” balas Dr Wells.

Namun, menurutnya, sejarah perubatan lain seperti samada pengadu pernah mengalami masalah perut meragam (bowel movement) juga perlu direkodkan.

9.13 pagi: Menurutnya, sejarah perubatan berkaitan perkara itu penting kerana melaluinya mahkamah dapat tahu samada pengadu pernah melalui pembedahan untuk masalah itu.

9.17 pagi: Sewaktu ditunjukkan borang proforma oleh Yusof, Dr Wells menegaskan ia tidak lengkap.

Menurutnya, borang itu merekod tuduhan yang dibuat pengadu sedangkan ia sepatutnya menjelaskan perkara yang terkandung dalam borang itu sendiri.

Proforma sepatutnya membantu merekodkan perkara seperti samada pelincir digunakan atau tidak, dan sebagainya.

Beliau juga berkata borang proforma itu sepatutnya merekodkan jika sebarang keganasan ada berlaku.

9.24 pagi: Yusof bertanya apa yang Dr Wells definisikan sebagai pemeriksaan lengkap.

Beliau menjawab ia adalah pemeriksaan hujung rambut ke hujung kaki. (Top to toe)

Beliau juga mempersoalkan borang proforma yang tidak menyatakan penemuan daripada calitan kapas dari mulut Saiful.

9.30 pagi: Menurutnya, memandangkan pemeriksaan terhadap Saiful dibuat lebih 48 jam daripada masa kejadian didakwa berlaku, doktor sebenarnya tidak perlu mengambil calitan kapas dari dalam mulut Saiful.

10.06 pagi: Yusof memohon mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10.25 pagi: Mahkamah bersambung semula. Yusof meneruskan soal balas Dr Wells.

Yusof mencadangkan kepada Dr Wells bahawa sampel DNA yang diambil dari tubuh Saiful, jika ia tercemar, ia mungkin mengandungi DNA daripada empat orang doktor yang memeriksanya.

“Setuju, itu satu sumber pencemaran. Satu lagi sumber pencemaran adalah DNA daripada orang lain yang memang berada pada pakaiannya,” balas Dr Wells.

10.45 pagi: Yusof seterusnya menarik perhatian Dr Wells kepada laporan perubatan yang menyatakan ‘tiada penemuan konklusif penetrasi’.

Menurut Yusof, pada pemahamannya ia bermaksud tiada penemuan klinikal berlakunya penetrasi.

Dr Wells memberitahu beliau kurang bersetuju kerana perkataan ‘konklusif’ membawa maksud ada kemungkinan kecil wujud penetrasi.

Beliau menegaskan pendiriannya semalam bahawa doktor yang memeriksa perlu betul-betul pasti samada penetrasi berlaku atau tidak.

10.55 pagi: Yusof merujuk kepada buku tulisan Dr Wells yang menyatakan hubungan seks melalui dubur melibatkan lelaki dewasa juga boleh tidak mendatangkan kecederaan kepada individu yang diliwat.

Dr Wells bersetuju, dalam kes Saiful, jika tiada kecederaan, penetrasi dubur juga boleh berlaku.


http://www.keadilandaily.com/?p=19419

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails