Monday, August 15, 2011

Kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini.

“Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.


Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian.

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengambil alih peranan PAS sebagai pembela Islam atas alasan parti itu gagal dalam mengotakan objektifnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, mengecam PAS sudah lemah dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Islam dan mengabaikan nilai-nilainya kerana cita-cita politik - The Malaysian Insider

Lihat video kenyataan Ibrahim Ali, PERKASA ganti PAS di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails