Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, August 8, 2011

Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR - Nazri Aziz

Kata Nazri Aziz "Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,”

Bukti lagi? Aku kata buta IT karang ada orang marah..tapi kenyataannya memang nampak macam orang buta IT.. dah begitu banyak yang disiarkan dalam berbagai Blog dan juga portal berita on line.. dia minta bukti lagi.. tak mahu buat sidang tergempar cakaplah terus terang..


Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima surat rasmi daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu tersebut. – Bernama

15 comments:

Hery said...

Kalau camnilah strategi umno tipislah harapan pr nak tawan putrajaya.

Melainkan pr berkempen supaya org umno pangkah pr pada pru13 nanti. Gunakan isu2 yg sensasi sambil tu pikat hati org umno. Macam nak ngorat aweklah, takkan guna bahasa kasar kan. Romantiklah skit.:)

Biar pati undi bn, berapa kerat je pati kalau nak dibandingkan dgn local.

Tapi nampak cam mustahil je cadangan aku kan.

yobrizab said...

menteri hampeh!

Anonymous said...

Hery.. memang nampak cam mustahil sebab kepala hotak melayu UMNO dah bertaik dengan slogan hidup UMNO!!

Anonymous said...

nazri aziz ni seekor anjing kurap tak kira siapa...seekor anjing yang setia pada tuan dan aka menggigit bekas penjaga dia dulu...menteri paling lahanat dlm semua2 menteri umno...sebijik dapat kat anak...perangai mcm haram jadah...

akula said...

Salam semua,

saya nak petik balik kata2 menteri dia atas tuh..

beliau berkata...


"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, TETAPI KALAU MEREKA ADA BUKTI BAWALAH KEPADA SPR UNTUK DISIASAT,”


APA PUNYA STATEMENT NI!!!!!


Sepatutnya sbg menteri dlm negeri 'yg baik', beliau akan panggil dan meminta pihak SPR melakukan siasatan mendalam dan buat penyelidikan yg TELUS agar perkara yg dibangkitkan tersebut adalah TIDAK BENAR dan DIBUKTIKAN bahawa SPR adalah sebuah badan yg BEBAS dan BERSIH daripada perkara yg dibangkitkan ITU!!!


dan


BUKANNYA suruh pihak yg KOMPLAIN SPR tak betul bawak bahan bukti dan ketika itu barulah pihak SPR terhegeh-hegeh nak lakukan siasatan dan penyelidikan...


BETULLAH ZAMAN SEKARANG NI DAH IKUT UNDANG2 HUTAN...


DAH TERBALIK...SAMALAH MCM KATA2 DI BAWAH NI..


"Kamu adalah BERSALAH selagi tidak dapat dibuktikan bahawa kamu adalah TIDAK BERSALAH"


DAN YG SEPATUTNYA DILAKUKAN ADALAH..


"Kamu adalah TIDAK BERSALAH selagi tidak DAPAT dibuktikan bahawa kamu adalah BERSALAH"


Renung2 kan lah...

Anonymous said...

hahaha klu dh jd penyokong tegar nih langsung x boleh terima walo macam mana pun penjelasan dari kerajaan hehe lucu la lu orang nih x bley pikir secara ilmiah ker......sy nih pd awalnyer dok pikir juga camner bley jd org yg ic merah tetiba bbrp jam jer dpt biru.....tp taklah merapu mcm lu org penyokong tegar yg merapu....sy tunggu dlu penjelasan dr pihak yg berkaitan....sy sndri ada sedara usia dkt nk 40 sampai lani msih ic merah. dh tnya dia apamcm dh dpt ic biru ker jwpnyer blum lg pun haaha lu org plak bley merapu sampai mcm nih....pelik la luorg nih hahah

Anonymous said...

anon 10:06am,
Kau ni hantu ha..ha..ha ke yg terlepas ikatan bulan Ramadhan ni?
penjelasan dari umno kabur, tak jelas, macam mana nak terima.
nazri kata dia tak tahu tu..dia sebenarnya lying between his teeth.
PR, NGO dah banyak buat lapuran polis...tak dijawab, pengurusi spr "menafikan" tapi pada masa yg sama tak bagi bukti balas. Cuma nafikan dan kata tak tahu.....mana boleh terima penjelasan macam ni....kecuali lembu daging UMporNO macam kau.

Penggali Kubuq said...

Nazri ni sebenarnya dah tahu lama.. tapi buat2 tak tahu dan tak percaya.. biasa la pemimpin umno kaki putar alam. dia ingat selamanya boleh tutup penyelewengan. Bila dah kantoi dan nampak PR lebih bersedia, mula la dia buat lembek tengkuk macam tak tahu apa2.. ni semua soladariti mereka laa.. takkan mereka tak tahu. benda dah berlaku berpuluh tahun lagi.

Aku yakin skrg ni JPN, SPR tegah bersiap sedia nak bagi jawapan apa, mungkin juga dia akan padamkan semua maklumat tersebut dan nanti merka kata PR dapat maklumat dari saluran yg salah.. maca2 boleh berlaku daa..

Anonymous said...

kepada Anonymous August 9, 2011 11:14 AM

terima kasih kerana menggelar saya lembu daging UMporNO macam kau. saya beragama Islam saudara saya tak tahu beragama apa....justeru saya mendoakan anda dibukakan pintu hati untuk menerima Nur Islam daripada Allah Taala.....sesungguhnya anda memang tidak layak berbicara hal ehwal politik selagi anda tidak boleh kawal emosi anda. saya percaya anda mengerti apa yang saya maksudkan......mudah2an Allah mengampunkan keterlanjuran anda atas hendakNya

akula said...

Salam semua,



khas buat anon 10.06 dan 3.03..


Bak kata bidalan,


"siapa yang makan cili,dialah yang terasa pedasnya...

dan

siapa yang makan jering pula,dah tentulah mulutnya yang berbau busuk!!.."

so,


Renung2kan lah...

Anonymous said...

buat akula

anda harus renung2 diri anda dahulu sblm menawarkan org lain merenung2...


jgn hanya tahu bermadah pujangga bagai sasterawan negara.....jikalau diri belum kendiri takut nnt duri di kanan kiri

Anonymous said...

Anon 10:06, 3:03, 3:43

Nko ni orang Indon ye?
Ayat nko ada iras orang seberang.
Sedara nko yang dah 40thn tu pn orang Indon juge ke?
Pergi la Putrajaya adjust IC biru macam Bangla, Pakistan dan sedara-sedara nko dapat sekarang nih!

Anonymous said...

to Anonymous August 9, 2011 5:35 PM

aku org malaysia tp darah mengalir dlm diri aku darah JAWA

sedara aku dtg dr sne dr usia bwh 1 thn.....beliau cemerlang dlm spm pangkat 1...tp oleh krn ic merah x dpt belajar mne2 ipt krjn....tu xper lg....alhamdulillah skrg berjaya dlm bisnes dia....ko ada geng kt ptrjy ker bley tolong percepatkan permohonan ic biru bro....klu ada bg add emel bro

Anonymous said...

anon 8:34am
sapa pun tak tanya pasal hang dengan adik beradik hang!!! Yang dok ramah sangat ni awat?
kalau nak komen baca rencananya dulu, jangan lari dari topik.
ada faham!!!!

Anonymous said...

hoi Anonymous August 10, 2011 11:49 AM

xder sapa lari jln citer kat sini
klu x tau citer jgn pandai nk komen aku = anon 8:34am baca semua komen2 diatas baru ko tau jalan citer komen2 nyer...ada paham lenkali klu nk komen jgn main terjah ADA PAHAM DOL!!!jgn malas

Archive

Related Posts with Thumbnails