Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, August 7, 2011

Ke mana perginya wang zakat kita?

“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.


Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.
Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam.

“Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

“Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu,” kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka.

“Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin.

“Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’,” katanya.

Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk “Sogok wang gadai akidah” melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu

Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan “Kami diberi Bible versi Melayu.”

Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan “pendekatan lembut” untuk menarik umat Islam.

Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri.

Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.

“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.

“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.

Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.

“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.

“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.


The Malaysian Insider

25 comments:

Anonymous said...

setuju... zakat kemana menghilang?? orang2 yang layak pun kena lalui mcm birokrasi..

sistem pembayaran zakat pula canggih pula...sistem online gitu..

Anonymous said...

ntahhhhhhhh makan sorang aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa skitt a pencuriiiiiiiiii
hahahha

Penggali Kubuq said...

Wang zakat habis dibayar untuk upah amil zakat, pegawai2 zakat, bonus prestasi kakitangan, renovate pejabat zakat, program2 kuliah berkaitan zakat, promosi kepada pembayar zakat dan sewa pejabat2 cawangan zakat seluruh negara.

Akhirnya... fakir miskin, muallaf, ibu tunggal, anak2 yatim dapat bantuan dari gereja.. apa nak jadi institusi islam yang diamanahkan?

Farouk said...

pedas, tapi itulah kebenaranya, mmg pejabat zakat begitu gah, canggih dan mewah, tapi yang sebenar hak... terus terusan terpinggir

OrgPasJoho said...

cop penggali kubuq...zakat diuruskan by setiap negeri la...mana ada negeri selangoq punya duit dok pi guna kat PUZ Joho...

usaha atas iman dan amal said...

BERSANGKA BAIKLAH SESAMA SENDIRI SAHABAT2KU, ALLAH SWT YANG MENENTUKAN SEGALA TIAP SESUATU PERKARA DAN ALLAH SWY JUGALAH YANG AKAN MENYELESAIKANNYA. ADA HIKMAH DAN ADA PELAJARAN DISITU. (WALLAHUALAM)

Anonymous said...

Betul...Allah akan tentukan penyelesaiannya....
Usaha itu perlu untuk membentuk keadilan...
Menentang kezaliman dan penindasan itu adalah wajib.....bukan nak goreng tasbih je

serindit said...

Masjid kariah saya tu AJK membazirkan duit derma dng jamaun makan ada majlis adalah makan saya rasa ini adalah pembaziran kerana yang datang masjid bukan nak makan tapi kalau dah ada makan depa pi makan la dan bila dah kenyang melampau jadi ulaq sawa bukan pandai pikiq jadi benak itu lah pasai isu gereja ni depa awai2 hentam pas otak dah jam dng kolestrol.

Anonymous said...

HAHAHAHA

SOALAN CEPU GANGSA

MANA DUIT ZAKAT SELANGOR, RAMAI LAGI ORANG SUSAH DI SELANGOR

JAWABLA WAHAI JEMBALANG ALIM BERTOPENGKAN ISLAM

Anonymous said...

Aku rasa macam nak mencarut tapi bila pikir ni bulan Ramadhan aku tak jadi....

Dari dulu lagi aku rasa was-was adakah duit zakat yang aku bayar sampai kat tangan orang miskin......

Aku cadangkan Pakatan Rakyat tubuhkan satu badan 'Baitulmal' mereka sendiri yang bertanggung jawab untuk cari dan war-warkan sesiapa orang Islam yang kesempitan hidup sila daftar kat sini..

Maka kita semua penyokong Pakatan Rakyat dan jugak golongan atas pagar yang rasa selama ni bayar duit zakat tapi duit tu masuk kat kantung Perompak yang duduk kat Pusat Zakat......kita alihkan dari membayar zakat ke Baitulmal tajaan umPORno ke Baitulmal Pakatan Rakyat yang lebih telus.

Setiap 6 bulan mintak badan ni buat pengumuman berapa duit zakat dia terima dan berapa banyak duit yang dia dah hulur kat orang miskin.

dengan cara ni duit zakat yang kita bayar insyAllah sampai ke tangan orang yang berhak....

Aku takut.... selama ni duit zakat dan cukai yang kita semua bayar digunakan oleh Lady Gajah untuk beli cincin RM 24 Juta tu,.... Duit kita pun abis... tapi pahala takut tak dapat.....

Anonymous said...

1: Pertama kita kena sedar, pegawai yang bertugas adalah warisan dari KERAjaan dahulu dan telah sebati dgn standart pengurusan dahulu.
2: Kedua jika sebarang usaha pemutihan ingin dilakukan, memakan masa yang lama dan kemungkinan tidak berapa putih wujud kerana mata dan telinga KERAjaan dahulu masih ada link dgn penguasa di pusat. Terdapat kes pegawai kerajaan negeri yang tak berapa berani nak bertegas dalam tindakan.
3: Ianya juga bergantung kepada exco agama di negeri berkenaan.Kalau exco tu, walau bergelar doktor sekalipun tapi jiwanya masih merindui belaian umnoapco (kebetulan dia pun dari lubang itu dahulunya ) memanglah tak akan ketara perubahannya.
4: Negeri-negeri PR yang lain seperti Kelantan, Kedah dan P. Pinang juga menghadapi masalah sebegini, cuma kadarnya agak rendah dengan merujuk kepada exco agama negeri tersebut.
5: Negeri-negeri di bawah Be eNd laaaagi hagru!!!!

Anonymous said...

Anonymous said...
HAHAHAHA

SOALAN CEPU GANGSA

MANA DUIT ZAKAT SELANGOR, RAMAI LAGI ORANG SUSAH DI SELANGOR
.................................

Kah...kah...kah.... duit tu masuk kantung Lanun Perompak Harta Rakyat yang sekarang ni tengah daftarkan Mat Bangla dan Mat Indon berbondong-bondong supaya pendatang haram ni boleh mengundi PRU 13 ni untuk pastikan Gerombolan United Monkey No Otak
(umPORno) kembali menawan semua negeri yang mereka hilang PRU 12 dulu...

Kah...Kah...Kah!!!!...

Anak kg pertama said...

Soalan cepu besi...aku dah bertahun dah bayar zakat pendapatan, tiada was-was di hati aku sebab aku sendiri pergi bayar zakat pendapatan pd bulan 12 dan kesempatan itu aku sendiri dapat lihat buku laporan PUZ dan faham apa yg dah depa buat duit2 zakat tu...lain le yg tak pernah pi bayar zakat...asyik komen aje aje yg tahu...

Anonymous said...

Salam Ramadhan.

Statement macam ni lah Dr Asri di katakan 'pengganas' dan 'wahabi'...Apa pun mampuih pi kat depa...Dr, teruskan 'keberanian' anda, berjuta-juta ummah di belakang anda...Doa ku semoga Tuhan 'menambahkan' kekuatan saudara Asri dalam 'membumikan' Al-Quran.

Anonymous said...

Semoga Dr Asri terus memperjuangkan Islam. tahniah kpd Dr Asri kerana berani menegakkan kebenaran. Mana mufti dalam Malaysia ni yg nak memperkatakan tentang kemelut wang zakat sekarang.....kenapa diam. Tidakkah Mufti2 setiap negeri tidak merasa sedih melihat saudara Islam kita begitu ramai yg hanyut akidah mrk sehingga sanggup menerima bantuan gereja serta memeluk agama baru. Aku geram sungguh dgn apa yg berlaku kini. Datuk Khir wat apa?????? Jangan syok pi melawat Vatican aje sampai tak peduli apa yg berlaku pd rakyat .......

Anonymous said...

akp byr zakat duit haram .. claim ot tipu .. claim meal/mileage tipu .. ponteng kerja .. klau berniaga untung nak lebih .. niat semata mata nak untung .. dpt tapak niaga tak jolok pakai kabel...

tu sbb hang faham apa depa buat duit zakat ..

apa hang ingat hang lagi cerdik dr dr asri ka??

Anonymous said...

oleh krn yg beriya iya nak pertahankan islam ni dimulakan oleh hasan ali maka apa yg dicakapkan oleh dr asri ni hendak lah dijawab dgn ilmu dan fakta yg ada pada hasan ali..

dan satu soalan dr aku ut hasan dan pegawai zakat .. perlukah duit zakat digunakan utk berniaga spt memiliki harta bangunan dr membantu saudara kita yg susah.. mana kah yg patut diutamakan..?

Ini baru zakat .. belum kita redah Yayasan yg lain.. yadim.. yapeim .. tak silap aku la..

Anonymous said...

Anak kg pertama said...

Soalan cepu besi...aku dah bertahun dah bayar zakat pendapatan, tiada was-was di hati aku sebab aku sendiri pergi bayar zakat pendapatan pd bulan 12 dan kesempatan itu aku sendiri dapat lihat buku laporan PUZ dan faham apa yg dah depa buat duit2 zakat tu...lain le yg tak pernah pi bayar zakat...asyik komen aje aje yg tahu...

-----------------------------------

Fuyyooo.... Anak kg pertama bayar zakat tiap2 tahun tanpa gagal dengan hati yang suci lagi ikhlas kerana Allah Taala Wooo.... Fuf!!!!

Siap dapat tengok sendiri ngan mata kepala kat mana wang zakat kita diagihkan....

Cuma .. permintaan aku yang kecil ni... kalau tiap-tiap tahun kau dapat tengok agihan wang zakat kita.....

BOLEH TAK KAU SENARAIKAN 10 JE kat mana wang zakat kita ni pegi ?....


hahahaha...... cepat jawab....

serenity9260 said...

tgk bersamamu pon da taw yg zakat memang tak pnah wat keja.penah ke korang tgk zakat bg duet dalam cite tu??sume syarikat beras je la yg bg sumbangan.tak pnah tgk zakat bg harta kt diorg walau 50 hengget skalipun

1.HTC Ruby Dikantoikan!(Video)
2.Pewaris Samsung Galaxy S2, Samsung Hercules(Video)
3.Nak Kentut Kena Bayar Sekarang Ni

Anonymous said...

Kalau dah was was macam ini kita orang Islam cari fakir miskin kita bayar zakat sendiri , biar nanti bangunan dan gaji kakitangan zakat tak bolih depa nak bayar.Biar mereka muflis nanti umno bn tangung depa noh. dah tentu lebih afdal kita dapay pahala dunia akhirat lagipun tak semestinya kita berzakat hanya melalui kerajaan je kan... kan..kan

Anonymous said...

Anonymous said...
Kalau dah was was macam ini kita orang Islam cari fakir miskin kita bayar zakat sendiri , biar nanti bangunan dan gaji kakitangan zakat tak bolih depa nak bayar.Biar mereka muflis nanti umno bn tangung depa noh. dah tentu lebih afdal kita dapay pahala dunia akhirat lagipun tak semestinya kita berzakat hanya melalui kerajaan je kan... kan..kan

August 8, 2011 12:10 PM
-------------------------------------------------

aku setuju ngan cadangan kau. Kalau aku cikgu kau, aku bagi kau markah 99%..... hehehehe... ske tak?

Anonymous said...

Saya rasa terlalu banyak penyelewengan dan sala guna wang kutipan zakat dan baitulmal berlaku..maka ramailah fakir2 miskin telah dinafikan hak mereka..dan natijahnya mereka ini terus hidup merempat. Sedangkan ramai jutawan UMNO yang langsung tak peduli nasib mereka ini..Boleh buat rumah rm24 juta, beli cincin permata berpuluh juta, beg tangan beratus ribu, beri komisyen ratusan juta,,dan banyak lagi kalau nak disenaraikan..OH MELAYU..!!! SALAH SIAPA ???

Anonymous said...

kepada Anonymous August 7, 2011 11:32 PM

saya doakan anda diberi petunjuk dan hidayah Allah SWT dibuka pintu Taubat untuk menginsafi fitnah yg anda timbulkan dgn kata2 anda terhadap kakitangan2 Pusat Zakat yg anda maksudkan

Anonymous said...

brape zakat yg tlh dikeluarkan oleh big mama... kalau cincin je 24 juta tentu harta dia beratus juta .. mungkin sama dgn syarikat travel agency...

Anonymous said...

saya setuju kerenah birokrasi sgt teruk . pengalaman menolong seorg mualaf yg tgh mengandung dan kematian suami akibat kemalangan di tambah dgn mertua yg tidak suka bangsa lain -ketika berurusan di pej kebajikan masyarakat amat mendukacitakan..dilayan dengan kasar , menganggap kami pengemis dan borang yg akan diproses lebih 6 bln...persoalannya kemana mualaf itu nak tuju..? b/ mana nak cari kerja dlm sarat mengandung? teruk sgtkah ICT di pejabat kerajaan...tak rasa bersalahkan jika mualaf itu kembali ke agama asal akibat kecuaian kita....rakyat membayar zakat dan cukai, rasanye kalau diurus dgn sistematik bil org miskin akan berkurang dgn byk....

Archive

Related Posts with Thumbnails