Thursday, August 11, 2011

Kami akan GEMPUR!!! kononnya... (Video Inside)



“Amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan." kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Ali Baharom.


Veteran Tentera?? Tapi dalam video ni aku nampak muda-muda saja.. kalau setakat service 11 tahun kemudian berhenti jangan nak mengaku Veteran lah Skot!!

Pahlawan biasanya berjuang hingga akhir hayat.. ini tidak service setengah jalan berhenti keudian nak mengaku pahlawan..

Bila ianya berlaku di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat maka banyaklah muncul NGO-NGO yang kononnya menyokong Raja-Raja Melayu.. bila di Terengganu dulu Sultan digelar 'Natang' mana korang? Ketika Mahathir menghakis kuasa Raja-Raja Melayu dulu mana korang?

Mempertahankan Islam konon... Najib guna Blogger Pro Yahudi yang membunuh orang Islam Palestine tu pergilah tegur kalau benar mempertahankan Islam..

Rosmah mempengerusikan Festival Fesyen yang mempersendakan Islam dulu tu kenapa tak tegur?

‘Kami tidak teragak-agak untuk gempur’

SHAH ALAM: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) memberi amaran keras kepada

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak bersikap ‘double standard’ berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mahu mencegah penganut Islam dari murtad.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom juga mahu agar Khalid tidak mencampuri urusan Jais yang menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kepentingan agama Islam.

Beliau berkata amaran itu turut ditujukan kepada pihak pembangkang dan sekiranya ia gagal maka mereka tidak teragak-agak untuk menggempur mana-mana pemimpin yang mengaibkan Islam.



“Menteri Besar jangan biadap dan derhaka dengan Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah). Jangan diperkudakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sedangkan MB berjiwa Islam. Kami kecewa dan mahu MB mohon maaf kepada umat Islam dan Sultan,” katanya.

Ujar beliau, “amaran ini juga dituju kepada pembangkang. Ini bukan arahan Umno-Barisan Nasional tapi kami suara pahlawan.

“Harap pembangkang dengar masalah dan kami tidak akan teragak-agak untuk gempur mana-mana pemimpin yang mengaib dan memecah-belahkan orang-orang Islam,” katanya yang berpiket di luar Bangunan SUK dan turut disertai kira-kira 60 anggota.

Satu memorandum turut diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Pegawai Media Tuan Nazuri Tuan Ismail, bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Besar.

Sementara itu Pengerusi NGO Petaling Jaya Armand Azha pula menyifatkan tindakan Jais bukan untuk menolak agama lain tetapi hanya mahu memartabatkan Islam.

“MB kalau tidak faham diam. Jais hanya jalankan amanah untuk hal ehwal agama dan Sultan Selangor. Jais nak martabatkan agama Islam bukan tolak agama lain,” katanya.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails