Friday, August 5, 2011

Kaitkan Besan Rosmah dengan Mafia : Media Indonesia berniat jahat?


Anak Najib Najwa, Tunang Anak Najib Daniyar Nazarbayev dan Bakal Besan Najib Maira Nazarbayev

Nampaknya sia-sia sajalah kunjungan Ezam Mohd Noor ke Indonesia untuk mendedahkan perilaku Anwar Ibrahim Julai lalu.. beliau berkunjung ke Indonesia untuk memburukkan Anwar tapi media Indonesia pula menyerang Rosmah Mansor.


Antara kata-kata Ezam dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo “Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia terjerat kerana polis mempunyai bukti sperma Anwar.

“Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenal baik, pasti yakin itu Anwar, terlihat dari bentuk tubuhnya,”

“Sebanyak 90 peratus anggota keluar parti, bererti ada sesuatu yang salah. Anwar bercita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri dan fokus ke sana. Dia hanya mengejar itu, maka kredibiliti dia turun, teman-teman banyak yang kecewa. Populariti dia di Malaysia juga terus turun,”- sepenuhnya sila baca di SINI

90% Keluar Parti?? Ikut suka hanglah Ezam ooii..

“Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi” - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.

Menurut laporan KOMPAS lagi, krisis pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia dan senjata-senjata pertahanan yang lain didakwa telah mengakibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaarribuu pada bulan April 2006.

“Kerana menuntut terlalu banyak (komisen), akhirnya dia ditembak mati, lalu tubuhnya diletupkan,” tulis laporan itu lagi, sambil menambah bahawa dua orang, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.



Kontroversi lain yang melingkupi Rosmah, kata laporan tersebut adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev (gambar atas) yang berasal dari Kazakhstan.

“Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap keluar bersama Datin Rosmah,” tambah laporan itu lagi.

Sepenuhnya sila baca di SINI..

Jahat sungguh laporan Media Indonesia itu ya.. kalau di Malaysia sudah tentu editornya dipanggil ke KDN memberikan penjelasan atau diberikan surat tunjuk sebab.. atau diharamkan terus pengeluarannya..

Ada ka patut First Lady Of Malaysia tu dikatakan berkawan dengan Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia…

Lagipun takkan Rosmah nak berkawan dengan orang yang ada kaitan dengan Mafia Rusia tu kot.. UMNO lainlah, UMNO berkawan dengan Komunis dinasihat pula oleh Yahudi.. kan lebih teruk tu..

Lagipun apa salahnya kalau Rosmah benar-benar beli cincin permata bernilai 24 Juta tu.. kan dia pengerusi Permata Negara.. jadi dia kena pakai barang kemas yang banyak permatalah untuk disesuaikan dengan jawatannya itu..

Langkah terbaik bagi Kerajaan UMNO/BN untuk menghalang Kompas iaitu Media dari Indonesia tersebut memburukkan Rosmah adalah menghalang penyebarannya di Malaysia.. sekatlah kot mana pun.. kan UMNO pandai menyekat maklumat..

Kalau tak boleh nak haramkan kemasukkannya ke Malaysia hitamkan semua tulisan mengenai Rosmah tu.. takkan tak biasa kot??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails