Sunday, August 7, 2011

‘Dimana UMNO kuat disitu Melayu merempat’ ada benarnya...

Sedikit berkenaan motto ‘Dimana UMNO kuat disitu Melayu merempat’..

Asal motto ini adalah dari satu forum iaitu Utara Online yang membincangkan perkataan-perkataan yang sesuai untuk digunakan pada banner yang hendak dibuat dan di pasang sekitar kawasan Penanti, ketika PRK Penanti beberapa tahun yang lalu..

‘Dimana UMNO kuat disitu Melayu merempat’ telah dicadangkan oleh seorang former yang menggunakan nickname SECJDM3P044 dan telah dipersetujui oleh ramai former di forum tersebut.


Malangnya UMNO tidak mahu bertanding di dalam PRK tersebut kerana mendapat maklumat yang mengatakan mereka akan kalah dalam PRK itu..

Mungkin ramai yang terlepas pandang dalam kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang mengatakan pada PRU13 ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau secara tidak langsung mengakui akan ada kebenarannya motto ‘Dimana UMNO kuat disitu Melayu merempat’ itu..

Kenyataan Adun Kuang itu, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

“Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

“Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia),” kata beliau dengan senyuman.

Berita sepenuhnya sila baca di (SINI)

Apa yang tersirat dari kenyataan tersebut adalah UMNO/BN sememangnya mahukan bangsa Melayu itu susah hidupnya bagi membolehkan mereka terus memperbodohkan masyarakat Melayu dengan propaganda yang dibawa oleh media tunggangan mereka iaitu Utusan.

Bagi mereka adalah satu malapetaka jika masyarakat luar Bandar mempunyai akses yang tidak terhad kepada Internet, media sosial dan media alternative kerana mereka tidak mungkin mampu mengawal segala berita tentang keburukan pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu masyarakat Melayu luar Bandar masih diperlukan oleh UMNO agar terus hidup melarat supaya mereka tidak mampu untuk melayari internet....

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails