Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, August 21, 2011

Daftar 75 pengundi, dakwa punya 27,000 Ahli Baru..

Bagi menolak dakwaan bahawa parti itu sudah tidak relevan, Presiden GERAKAN Koh Tsu Koon mendedahkan bahawa 27,000 ahli baru telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak 2008.

Ramai tu..

Jika dikatakan sejak dari tahun 2008 GERAKAN telah menerima seramai 27,000 ahli baru dari mana datangnya mereka, adakah GERAKAN juga mendapat bantua PATI untuk didaftarkan sebagai ahli mereka?


Mari kita lihat jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh berbagai parti politik dari tahun 2009.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).

PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.

Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan GERAKAN dilihat kurang menyerlah apabila hanya membuat pendaftaran baru sebanyak 641 di 14 negeri.

Abdul Aziz menjelaskan, tiada sebarang pendaftaran baru oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) sepanjang Mei lalu.

Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75), katanya – sepenuhnya sila baca di SINI

Apa yang perlu kita ketahui adalah kebanyakkan Parti mendaftarkan pengundi-pengundi yang bari mendaftar sebagai Ahli mereka, jika dalam masa satu tahun GERAKAN hanya mampu mendaftarkan seramai 75 pengundi baru.. dari mana datangnya 27,000 ahli baru GERAKAN yang didakwa oleh Koh Tsu Koon itu?

Tsu Koon: 27,000 ahli baru sertai Gerakan

Gerakan menolak dakwaan bahawa parti itu sudah tidak relevan, sambil mendedahkan bahawa 27,000 ahli baru telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak 2008.

Presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata di Sabah sahaja,terdapat kira-kira 10,000 ahli baru dan kira-kira 4,000 lagi di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, Pulau Pinang mencatatkan bilangan ahli baru yang lebih rendah - kira-kira 1,000 orang - kerana banyak cawangannya mempunyai keahlian penuh.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 50,000 ahli Gerakan di Pulau Pinang.

"Ini mencerminkan bahawa kita (Gerakan) masih relevan. Benar kita daftar lebih ramai ahli di negeri-negeri lain di mana kita tidak mempunyai pengaruh kuat sebelumnya, tetapi kini kita mendapat sokongan di sana," katanya ketika berucap di hadapan 200 hadirin di majlis makan malam parti itu malam tadi.

"Kita adalah satu-satunya parti yang mencatatkan peningkatan 100 peratus dalam (bilangan) YB (ahli parlimen dan ADUN)... kami mempunyai empat orang selepas pilihan raya umum lepas, dan kini disertai empat lagi wakil rakyat bebas dari Sabah dan Pahang," katanya .

Mereka ialah tiga dari Sabah - Raymond Tan Shu Kiah (Tanjung Papat), Au Kam Wah (Elopura) dan Peter Pang En Yin (Karamunting) - dan seorang dari Pahang - Ho Yip Kap (Tanah Rata).

"Jadi, jangan kata kita tidak relevan. Bagaimana YB ini memilih kita, dan bukan yang (parti) lain?" soalnya.

5 comments:

Yong said...

Sape le yang bangang teramat yang nak jadi ahli parti yang takde mase depan nih.

Anonymous said...

27,000 ahli baru tu barang kali makhluk asing. Hahaha.

Anonymous said...

Alahai sukun, nak selamatkan diri pun biarlah ceritanya berfakta sikit.

Wajib baca:

Waspadalah!! Seorang Wanita Dapat Menarik Empat Lelaki Masuk Neraka

Anonymous said...

jangan le geram2 dan marah2 kat "ko su kun" ni kerana apa yang dia cakap tu betul belaka.
ahli2 baru tu ialah dari indonesia, bangladesh, india, pakistan, cina, vietnam dan lain2 la. .
meriah sungguh parti ni ye. sungguh majmuk kn kn3

serenity9260 said...

cuba cek umur ngan ic yg 27000 org tu

Perbezaan Broadband Malaysia Dan USA(Ada Beza Ke?)

Archive

Related Posts with Thumbnails